Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Friday, January 3, 2014

sandaran ukhwah

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hasan al-Banna menjadikan ukhwah sebagai salah satu rukun bai'at yang semuanya berjumlah 10 rukun. Beliau menjelaskan makna ukhwah ialah: "Berbagai hati dan jiwa terikat dalam ikatan akidah, sedangkan akidah merupakan ikatan yang paling kuat dan tinggi. Ukhwah adalah saudara iman sedangkan perpecahan adalah saudara kekafiran. kekuatan paling minimum adalah persatuan sedangkan persatuan tidak mungkin wujud tanpa cinta. Tingkatan cinta paling rendah adalah hati yang tulus sedangkan tingkatan cinta yang paling tinggi adalah sikap mengutamakan orang lain (itsar)."

Duhai sahabat, ukhwah itu akan terasa indah jika kita tautkan bersama cinta kepadaNya. Kata Syeikh Ibnu 'Atha'illah:

"لا تصحب من لا ينهضك حاله ولا يدلك على الله مقاله"

Maksudnya: Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaannya tidak membangkitkan semangatmu dan pembicaraannya tidak membimbingmu ke jalan Allah.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?" Baginda menjawab, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah. Apabila kamu mendengar percakapannya, pengetahuan kamu bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat pada kehidupan Akhirat..."

Ketahilah, tingkat ukhwah ada 3. Tingkat yang paling rendah ialah berlapang dada manakala tingkat ukhwah yang tertinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain). Antara keduanya ada lagi satu tingkat ukhwah iaitu kesamarataan.

Atas kanvas oren itu ---->>> 
Indahnya ukhwah bersulamkan cinta Ilahi.
Disaluti tarbiah atas jalan dakwah yang penuh mehnah.
Semoga halawatul ukhwah ini bisa membawa halawatul iman.
InsyaAllah...
ukhuwwah itu. tempat untuk saling bersandar tika lemah. tempat bermuhasabah waktu tersalah arah. tempat cerminan sahabat untuk berubah.


Monday, June 18, 2012

Kubah putih itu!

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Ada peristiwa di sebalik kubah putih itu...~ with k.bida & mira

"Rindunya pada bumi barakah walaupun tidak pernah ke sana... waaa~ teringin sgt!"

Alhamdulillah... beberpa hari lepas ana diberi peluang untuk berada di Yayasan al-Jenderami untuk sambutan maulid ar-rasul. Majlisnya sangat sederhana, namun ketenangan semasa berada di sana... Subhanallah. Acapkali terkeluar di bibir ini,"Bestnya! Syoknya dok kat sini!" 

Kemudian pastinya ditegur oleh naqibah ana, "Syukur dik dengan apa yang kita miliki..." 

Akhirnya ana tersenyum malu sambil mengangguk tanda mengiyakan. Namun jauh di sudut hati, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan tika itu.

Allahu Akbar! Ramainya muslimin muslimat di sana. Bersama warga emas, kaum ibu dan anak-anak kecil, suasana sangat-sangat meriah. Diiringi pula dengan qasidah2 dan selawat memuji Rasulillah s.a.w. Subhanalllah... "Bersyukurnya aku dengan kurniaanMu Tuhan kerana walaupun tidak selalu, sekurang-kurangnya aku pernah merasai betapa ni'matnya berada dalam majlis memperingatiMu."

Ana berasa malu sendiri. Ketika tercari-cari helaian demi helaian sambil mulut terkumat-kamit kononnya berzikir, suara ana... sudah pastinya tidak kedengaran, baca pun merangkak-rangkak. Teruja dengan anak-anak kecil di sana seusia 3-4 tahun, yang sudah mampu menghafal dan membaca dengan lancar zikir2 yang dibaca. Allah... malu sungguh ana dengan mereka. Dengan Allah apatah lagi. Sungguh, diri ini sering alpa & leka.


Suasana sekitar majlis sambutan maulid di Yayasan al-Jenderami

   




Sedikit perkongsian daripada Tuan Guru Haji Hafidz bin Selamat di Yayasan al-Jenderami. Beliau mengatakan : "Mengapa umat Islam berpecah? >> kerana mereka memperbesarkan perkara-perkara yg tidak perlu dibesarkan~ Apakah perkara yg perlu dibesarkan? >> iaitu Rasulullah s.a.w. Bagaimana? >> dengan meletakkn al-Quran & sunnah dlm kehidupannya..."

Katanya lagi, "Jika Rasulullah tidak ada, maka takkan ada Israk Mikraj, takkan ada perintah solat..."

Banyak lagi perkara yang beliau kongsikan dengan kami. InsyaAllah akan ana update pada post biiznillah.

Setelah tamat majlis, kami berempat ke gerai jualan di perkarangan masjid Yayasan al-Jenderami. Sedang asyik memilih minyak wangi yg berkenan bersama naqibah ana, tiba-tiba pak cik yang menjual itu pun bertanya pada kami.

"Kamu tahu bagaimana sepatutnya cara muslimat pakai minyak wangi? Ada ustaz2 ajar?"

Kami hanya menggeleng, beliau menyambung :

"Mula-mula, sapukan minyak wangi tersebut pada sapu tangan atau yang seumpamanya (bukan pada pakaian atau anggota badan). Sekiranya ada muslimin yang terbau sehingga menimbulkan fitnah, buangkan sapu tangan yang disapu minyak wangi tadi..."

Alhamdulillah, dapat ilmu baru. Harap perkongsian ana memberi manfaat pada semua.


Berpeluang berusrah hanya berdua seusai solat subuh dengan naqibah tercinta berasa sangat bertuah. Naqibah ana ni sangat cintakan ilmu dan sedikit sebanyak ana cuba belajar menanam rasa cinta kepada ilmu itu daripadanya. InsyaAllah, semoga ukhwah kami berkekalan hingga ke Syurga biiznillah.

Jazakumullah buat keluarga roomate tersayang, Ila yang sudi menumpangkan kami tidur. 
Terima kasih kepada Ila, Mira & k.Bida kerana sudi bersama-sama ana merealisasikan impian. :)
Ada lagi satu impian yang belum tercapai, harap kita dapat bersama-sama lagi!
Percutian yang sangat-sangat menarik! 
Tersenyum sendirian bila teringat semula peristiwa kita bersama di malam hari.
Kenangan yang sangat indah sepanjang berukhwah dengan kalian semua!


Uhibbukum fillah...
Hamdan wa syukran Lillah~

Sunday, March 25, 2012

~warkah hamasah~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Salam alaik! 
Keif hal ya ukhti? Sihat? Apa khabar IMAN? Apa khabar AMAL?

Ukhtiku sayang, 

"Ingatlah! Kadang2 kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang. Kadang2 kita minta untuk cerdik tapi masalah tak faham, kadang2 kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula yang menjelang... Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tahu dan semua itu ada HIKMAH, inshaAllah".

Kalau enti resah, sedih, ingatlah ALLAH, banyakkan berbicara denganNya kerana dengan DIA kita tidak akan dikecewakan, tapi kalau sahabat2, kita akan benci kalau mereka buat benda yang kita tidak suka, tak nak kawan kita..Betulkan? KIta akan rasa menyampah kalau kawan kita buat salah, tapi dengan ALLAH, TIDAKKAN?

Ukhtiku yang amat disayangi, 

Jangan kita harap kasih dan sayangnya manusia kerana satu hari nanti pasti kita akan ditinggalkan. Enti marahkan kawan2 ke? Atau marahkan diri enti sendiri? Jangan kerana ikutkan EMOSI, enti tinggalkan benda2 yang patut kita jadikan sebagai kenangan/memori indah. Wahai ukhti, rugi tau kalau enti sia2kan masa yang ada ni untuk tidak mencipta sebanyak kenangan dengan kawan2 sebab kenangan2 indah itulah yang memberi QUWWAH dan HAMASAH pada masa akan datang. Cuba ya sayang..jangan sia2kannya...

"Ceriakan harimu dengan kalimah TAYYIBAH, cuba hilangkan rasa amarah itu dengan KALAMULLAH, bingkiskan senyuman dibibirmu yang paling indah kerana inshaAllah jua kita ikhlas LILLAH, DIA akan bantu, dan yang penting ialah USAHA!      

Don't give up my dear!!

Wassalam..:)

Tuesday, March 20, 2012

cheklist seorang.....

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hati madu' itu ibarat sabun buku. Tidak perlu gunakan pisau untuk mencairkannya tapi memadailah dengan hanya menggunakan air yang lembut untuk mencairkannya. Dakwah yang berhikmah itu ibarat air jernih yang lembut tapi mampu mencairkan hati madu' yang keras.

Tika ini, ana begitu teringat pada madah sahabat tercinta, Ukhti Khaliesah lebih kurang 5 tahun dulu. Madah yang dikirimkn tika diri ini jatuh pada satu masa dulu. Rindunya ana pada sahabat ana yg jauh tu. Syukran sahabat atas quwwah yang diberikan, walaupun jasad kita terpisah jauh namun jiwa & hati kita tetap bersatu biiznillah.

Dulu, selalu kami bermuhasabah bersama. layakkah kami gadis sekecil ini memikul beban & tanggungjawab yang sangat besar?

Untuk menjadi seorang da'ie/ah, mari sama-sama kita lihat ini ~

~cheklist seorang dai'e/ah~
















Status : Banyak lagi kekhilafan diri yang perlu diperbaiki. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. 

Allahu Ta'ala A'alam...~

Monday, February 6, 2012

WARKAHCINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


WARKAH CINTA BUAT BAKAL BIDADARI-BIDADARI SYURGA,

Salam kasih & sayang buat permata-permata Islam yang sangat-sangat dirindui!

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar amal? Apa khabar study? Apa khabar segala-galanya? Ana harap adik-adik ana sentiasa ceria serta dilindungi dengan limpahan rahmat & redha Ilahi.

Adik-adikku sayang tingkatan satu,

Mungkin kalian tidak pernah bertemu dengan kakakmu ini. Namun ketahuilah, ana sayang pada kalian. Ana sayang pada mereka yang benar-benar mencintai Allah & Rasul dalam kehidupannya. Ana sayang pada mereka yang ingin belajar akan hakikat kehidupan dan terus mencari kebenaran.

Adik-adikku sayang tingkatan dua,

Mungkin diri ini kalian pun sudah ingat-ingat lupa dalam kotak memori. Tidak mengapa duhai adik-adikku. Cuma satu perkara yang ingin ana pesan, jagalah dirimu dengan sebaiknya, penuhilah ia dengan ilmu & iman.

Adik-adikku sayang tingkatan tiga,

Ya Allah… betapa sayangnya ana pada kalian. Kalian yang memberi keceriaan pada ana dan sahabat-sahabat dalam menempuhi kehidupan di bumi sliss ini. Harapan pada adik-adik ana yang solehah, moga diri kalian tidak berubah. Berubah daripada kebaikan dengan melakukan perkara-perkara yang Allah tidak suka. Jangan malas-malas study, fokus pada pelajaran & yakinlah padaNya Dia akan bantu kalian ‘ala kulli hal.

Adik-adikku sayang tingkatan empat,

Banyak sekali kenangan  kita bersama. Masihkah kalian ingat? Sungguh, ana tidak pernah ada rasa benci pada kalian. Maafkan kakakmu ini andai ada tindakan yang mengguris perasaan & hati kalian. Hiasilah diri kalian dengan akhlak & iman adik-adikku. Moga kehidupan kalian sentiasa diberkati.

Adik-adikku sayang tingkatan lima & enam,

Kalianlah kini kakak-kakak kepada adik-adikmu di bumi sliss. Corakkanlah dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Adik-adikku, teringin sekali ingin ana melihat sekolah kita punya iklim dinie a.k.a biah solehah mungkin seperti satu ketika dulu. Ingin sekali ana melihat kalian seperti serikandi-serikandi Islam yang bisa menggoncang dunia. Ana tinggalkan mereka pada kalian dengan harapan sliss mampu melahirkan muslimah yang tsabat qolbinya, yang mantap imannya, yang tinggi ilmunya & kuat pengabdiannya pada yang Esa. Jadikanlah diri kalian qudwah kepada mereka. ‘Ala kulli hal semoga berjaya fil imtihan dunia wal akhirah.

Akhir kalam,

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu SENYUMAN walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah MEMAAFKAN walau dirimu terluka, hiduplah dalam IMAN walau harimu dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.

“Ana sayang kalian kerana Allah…”

"Tuhan... saat ku merindui kalimahMu menyinari bumi ini, hatiku merintih sayu. Bilakah zaman kegemilangan itu akan kembali lagi? Tuhan…tsabatkanlah aku dalam menempuhi permusafiran ini…”

Dari kakakmu yang merindui~

Wednesday, January 4, 2012

Rindu kamu!

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Tika ini, ana sangat-sangat merindui seseorang yang sangat-sangat ana cintai. Seseorang yang sentiasa tersenyum saban waktu. Seseorang yang hanya diam tatkala ana asyik becerita & sudi menjadi pendengar setia. Mungkin dia tidak istimewa di mata orang lain namun pada ana dialah sahabat ana dunia Akhirat insyaAllah. Mungkin juga dia tidak dikenali ramai seperti sahabiah yang lain namun ukhwah antara kami tidak mampu ana ungkapkan dengan kata-kata. Subhanallah... besarnya ni'mat yang Allah beri untuk kami merasai sedikit rasa kasih sayang itu. Alhamdulillah.

Ukhti hebibati,

Banyak cita-cita dan angan-angan kita kongsi bersama dari dulu hingga kini dan ana tidak pernah lupa. Bukan itu sahaja, malah kita sanggup berkongsi segalanya dan ukhti tidak pernah sekalipun berkira dengan ana. Sungguh! Amat sukar untuk mencari sahabat & juga untuk menjadi sepertimu. Ukhti, kita jarang sekali berjumpa dan ana masih ternanti-nanti saat itu. Oh, Alangkah indahnya!

Ya ukhtiel karimah,

Yakinlah dengan Allah yang Dia tengah uji ukhwah kita. Dia tengah uji sejauh mana kita mampu membendung rasa rindu ini dan kerana itu Dia tangguh dahulu pertemuan kita. Ukhti, ana ingat lagi saat kita terpisah selepas tingkatan lima, betapa kecewanya ana tika itu kerana tidak dapat mengejar impian kita bersama. Impian untuk masuk ke Darul Quran, impian untuk sama-sama mengislahkan diri di bumi huffaz itu. Haluan kita berbeza, ana menyepikan diri seketika, dan berasa malu denganmu. Namun ukhti, kau tetap merisik khabar tentang diriku. Kau masih seperti dulu malah keindahan peribadimu lebih-lebih lagi dan kian terserlah. Kau juga masih menganggap diriku ini sahabatmu & ana cukup berbangga punya sahabat sepertimu ukhti.

Allahu Ta'ala A'alam...

" khas buatmu ~ Ukhti Nurasnida binti Yusof "

Sunday, December 11, 2011

Kehilangan

Bibismillah wa astargfirulllah 'ala kulli zanbin...
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hampir 3 bulan ana berada di alam kampus, selama itu juga kehidupan ana kian serabut. Diri ini benar-benar sibuk. Sibuk dengan urusan dunia dan akhirnya leka dengan kesibukan yang kadangkala ana cipta sendiri atau bahasa mudahnya sibuk yang dibuat-buat. Sibuk dengan aktiviti kolej, assignment, kerja redaksi dan program-program serta usrah. Astargfirullah... Kini, ana betul-betul rindu pada zaman pesekolahan yang ketika itu langkahku teratur kemas dan terjaga. Solat, study, makan dan tidur semuanya teratur dan tersusun di samping sahabat-sahabat yang sentiasa ceria. Semua perkara dilakukan bersama dan halawatul ukhwahnya sangat-sangat terasa. Dulu, jika ada sahabat yang melakukan kesalahan, pasti ada yang menegurnya, jika ada di antara kita yang menangis pasti ada yang turut sama menangis. Jika ada antara kita yang tidak faham apa yang diajar dalam kelas pasti ada yang ringan tulang untuk membantu. Jika ada sahabat yang bangun tahajud di malam hari, kita juga akan bangun bersama sebab jeles dengan dia. Ya Allah... rindunya saat-saat itu. Detik-detik indah menjalinkan ukhwah dengan kalian. Sungguh bila berada di depan mata, kita tidak akan merasainya tetapi bila sudah tiada baru kita merasai kehilangannya.

Sibuk-sibuk dulu pun, masih ada lagi masa untuk solat jemaah. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi ada ruang untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi berpeluang untuk tadarus bersama sahabiah. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi sempat untuk beriadah dan makan berjema'ah. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi sempat untuk berbual dengan makcik-makcik dewan makan, makcik cleaner dan pakcik guard untuk mendengar nasihat daripada mereka. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi kaki ini ringan untuk berjumpa huru-guru bertanya apa yang tidak faham dan mengadu masalah. Sibuk-sibuk dulu pun masih lagi ada masa untuk mendengar masalah adik-adik junior dan berdiskusi dengan mereka.

Bila difikirkan semula, sibuk manalah ana sangat sekarang sampai tidak ada masa untuk yang Maha Pencipta. Tidak ada masa untuk menatap al-Quran walaupun hanya sebentar, tidak ada masa untuk berzikir dan bermuhasabah. Tidak ada masa untuk bertafakur lama di sejadah. Tidak ada masa untuk menjalinkan ukhwah bersama para sahabiah. Tidak ada masa untuk kaki ini melangkah ke taman-taman Syurga yang sentiasa ada di sini. Tidak ada masa untuk muraja'ah bersama sahabat-sahabat. Tanpa sedar, amanah yang terpikul kini semakin berat. Amanah sebagai pelajar, anak, sahabat, pelajar FPI (ustazah) dan yang paling penting amanah sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.  "Ya Allah, berilah diri ini peluang dan kesempatan untuk berubah. Peliharalah diri ini dengan rahmat dan kasih sayangMu..."

Allahu Ta'ala A'lam...

Saturday, October 22, 2011

~Ikut Kata Hati~

Bibismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...

Sepanjang keberadaan ana di 'perbukitan ilmu' hampir dua bulan setengah menjadikan ana seorang pemikir, pemikir untuk membuat sesuatu keputusan. Jika dahulu, semua langkah diatur dengan cukup sempurna dari pagi hingga ke malamnya namun kini tidak lagi. Sungguh, tika ini ana sangat-sangat merindui zaman persekolahan. Zaman bersama sahabat-sahabat yang kini semuanya membawa haluan sendiri.

"Panorama petang di atas perbukitan IZISH, kolej ana.
Waktu ni ana stop kjp stlh penat mendaki tangga..."

Kini, tiada siapa yang akan peduli pada aturan langkah kaki ini. Semuanya terpulang pada diri jalan mana yang harus dipilih dan sememangnya pilihan itu bukan satu. Di sini, satu ni'mat besar yang ana belajar selain ni'mat Iman dan Islam ialah ni'mat zuqnya menuntut ilmu. Allahu Akbar! Saban malam cuba berusaha mengikuti daurah thaqafah au mengaji kitab turath di Masjid UKM menjadikan ana semakin kenal akan kelemahan dan kekurangan diri. Teringat kata-kata naqibah ana, "Ilmu itu sifatnya bersih dan suci, jika kita tidak menjaga adab dengannya maka dia akan lari dari kita..."

Pada mulanya ana kurang faham apa yang dikatakan. Niat di hati untuk bertanya dengan lebih lanjut namun seketika kemudian sambungnya lagi,

"Jika kita lihat di pusat pengajian sekarang bagaimana keadaan bilik kuliah? Bagaimana ilmu hendak berkat jika kaki anak murid lebih tinggi dari kepala guru!" 

Kata-kata dari ustaz sewaktu kelas pengajian Akidah di masjid diulang semula. Ana terkesima dan tersentak. Rasa rugi yang teramat tidak  dapat ikut majlis ilmu pada malam itu. Sungguh baru ana terfikir dan mungkin inilah salah satu agenda yahudi untuk menjatuhkan Islam. Licik sungguh mereka bila mampu membawa sekularism dalam sistem pendidikan di negara kita dan seterusnya sedikit demi sedikit mencucuk generasi kita pada hari ini dengan hedonism yang kian melata. Astarghfirullah... ummat kita sudah tenat. termasuklah ana yang kian lalai dan leka. Sudahlah hobi ana suka duduk kat tempat tinggi-tinggi bila di bilik kuliah tapi lepas ni ana tak nak buat macam tu lagi. Astarghfirullah... Syukran ukhti atas nasihat dan perkongsian.

Di sini, banyak sangat pilihan samada yang haq au batil. Kadangkala menitis air mata ana dalam membuat pilihan tatkala hingga satu ketika ana perlu memilih satu dari empat perkara dalam satu masa. Kerdilnya ketika itu bila ana merasakan betapa sedikitnya kemampuan yang ada pada ana untuk mewaqafkan diri pada agama. Allah... Betapa dilemanya diri ini hanya DIA yang Maha Mengetahui dan Maha Mengerti. Kini, baru ana belajar bila masa untuk mementingkan diri dan bila masa untuk mementingkan orang lain dan sememangnya semua itu perlukan pengorbanan dan kefahaman yang tinggi. Selain itu, buat sesuatu itu haruslah ada tujuan dan matlamat. Mohon untuk ana terus diberikan nusrohNYA untuk itu.

Mutiara hikmah : "Apabila Tuhan membukakan bagi kamu satu jalan untuk ma'rifat (mengenal pada-Nya), maka jangan menghiraukan soal amal kamu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak akan membukakan bagi kamu, melainkan DIA akan memperkenalkan diri kepada kamu. Tidakkah engkau mengeti bahawa ma'rifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepada kamu, sedang amal perbuatan kamu hadiah daripada kamu. Maka di manakah letak perbandingannya anara hadiah kamu dengan pemberian kurniaan Allah kepada kamu?" ~Ibnu 'Ataillah fi syarah al-hikam al-'ataiyyah, hal. 118~

Allahu Ta'ala A'alam...

Saturday, August 13, 2011

'berBUKA & berBBQ'

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Semalam, kami pelajar-pelajar ex-SKS5 berkumpul lg. Kali ini kami berpeluang berbuka puasa dan berBBQ di rumah Cg. FB a.k.a Pn. Faridah Borham atas cadangan Hamizah Matsom & sokongan daripada Atiq Masri, ex-head boy kami. Entah kali yg ke berapa ana pun tidak pasti. Alhamdulillah... Walaupun masing-masing berbeza haluan, berpisah sudah lama namun masih ada ikatan antara kami walaupun agak kekok dan segan pada mulanya. Apa yang paling berharga ialah kami masih lagi berhubung dengan guru-guru kami walaupun sudah hampir 7 tahun meninggalkan alam sekolah rendah.  

Macam-macam khabar sahabat-sahabat ana sekarang. Yg ikhwahny kalau ana jumpa tepi jalan sejujurnya memang ana tak cam. Lain benar, fizikal, suara, gaya dan semuanyalah. Akhowatny pun semua sudah punya imej baru. Semoga kalian sentiasa dirahmati & diredhai, insyaAllah.

SEBELUM BERBUKA

Suka suasana rumah cikgu, pekan tp mcm kat kampung. Permai...~

Yg depan ni posing je, jejaka2 kt blkg nun yg bwt keje. he...~

KETIKA BERBUKA

Muka-muka kelaparan. "ayam2!" kata mereka.
Awat sedih je muka cikgu, cikgu teringatkan seseorang ya?

SELEPAS BERBUKA

Cikgu, anak didikmu dah boleh jd imam pun...~

Dah mcm picture raya ana tgok. Meriah! Sedih, time ni ana dh balik...~

Apa-apa pun jazakumullah khairan jazak pada semuanya terutama kepada Cg. Faridah & keluarga. Sayang Cikgu sgt2 krn Allah. Semoga kasih sayang ini kekal ke JannahNYA. Semoga Cikgu & keluarga juga  sentiasa diberkati & diredhai serta dimurahkan rezeki biiznillah...~

Buat sahabat-sahabat, bak kata Cg. Faridah a.k.a cikgu kesayangan kita : "Bersyukurlah dengan nikmat kejayaan yang DIA beri."  Walaupun siapa kita & apa yg kita bakal jadi suatu hari nanti, ingatlah kita dari kampung yang sama, sekolah yang sama & guru yang sama. Moga kalian bisa menjadi Qudwah kpd masyarakat & berbakti utk Agama serta Ummah. InsyaAllah...~

Allahu Ta'ala A'alam...~

*P/s : Sumber gambar dari FB Cikgu Faridah Borham.

Saturday, May 21, 2011

Mabruk jami'an!

Assalamualaikum...

Mabruk ya buat adik2 yg kini telah mendapat tempat utk sambung belajar. Alhamdulillah... Di mana-mana pun kita, ingatlah!

Halatuju kita tetap sama...

Tugas kita tetap sama...

Fikrah kita juga sama...

Suka untuk ana berkongsi dengan kalian,

"Ilmu Allah itu luas... ada di mana-mana
Oleh itu, kita sbg hambaNYA perlu cari dan terus mencari
Tidak kira walau di mana dan apa sahaja
Pandanglah semua yg kalian lalui itu dengan kaca mata IMAN
& carilah HIKMAH yg tersembunyi di sebaliknya
InsyaAllah... moga redhaNYA tetap bersama."

Allah Ta'ala A'alam...~

Friday, April 29, 2011

Pilihlah TING. 6

Assalamualaikum...
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian,

Buat adik-adik lepasan spm pastinya kini kalian dalam dilema. Maklumlah banyak sangat tawaran demi tawaran yang diterima membuatkan kalian semakin serabut. Kalau boleh, semua borang nak isi & mungkin pada pendapat adik-adik nanti senang untuk membuat pilihan. Terpulanglah pada kalian, & ingatlah yang akan membuat keputusan itu adalah kita sendiri, Jangan sampai kita tersilap langkah!

Wednesday, April 20, 2011

.:Salam Mujahadah di bumi France:.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Buat sahabatku ,
Asiah Yusra a.k.a Serikandi Umar

Masih ingatkah ukhti akan gelaran itu… Gelaran yang sama-sama kita impikannya satu ketika dulu, saat tika mana kita perbaharui ukhwah kita? Puncanya, buku ‘Tautan Hati’ karya Saudari Fatimah Syarha Mohd Nordin. Amat memikat jiwa seterusnya cukup terkesan dalam kehidupan kita bukan?

Wednesday, April 13, 2011

Ber'UKHWAH' hingga ke Syurga


.: UKHWAH FILLAH :.

Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-NYA semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni


*Lagu ni ana dapat dari kakak naqibah ana pada liqa' minggu lepas semasa sesi taujih beliau. Amat menyentap jiwa jika dihayati kerana terlalu sukar untuk kita ber'ukhwah' dlm erti kta sebenar-benar ukhwah spt dlm bait-bait lagi ini. Ana cuba cari videonya yg penuh tp x jmpe & lagu ni klu x silap ana dirakam pd tahun 1991....~ 

Sunday, April 10, 2011

Yallah Mardhiah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Ku serahkan sepenuh hati & jiwa ini hanya kepadaMu, Duhai Pemilik Cintaku...

Ana baru lepas membaca blog seorang sahabat kesayangan, KLIK DI SINI Pilu rasanya hati ini bilamana melihat beliau telah berjaya menghadiahkan sebuah kejayaan pada ayah dan ibunya. Menitis juga air mata kerana tidak dapat bersama utk naik pentas menerima anugerah pelajar cemerlang stpm. Entah bilakah akan tiba saat itu? Saat tika dapat melihat air mata abah & umi atas nikmat sebuah kejayaan. Saat tika menerima pelukan mesra & kucupan hangat di pipi dari dua insan yang tercinta.

Sedih? Pastinya ada, cemburu & kecewa. Dek kerana itu ana menyibukkan diri mengikuti 'Program SPIES' pada tarikh keramat itu (9 April 2011). Tidak mahu sedih terus mencengkam diri & alhamdulillah emosi ana kembali stabil.

Sebenarnya bukanlah perkara itu yang ana ingin kongsikan. Ana ingin berkongsi pengalaman mengenai 'Program SPIES' namun jari-jemari ini begitu lincah menaip & terus-menerus tanpa henti. Ana gagahkan juga...

Ana sangat sedih & cemburu dengan kejayaan sahabat2 yang sma2 berjuang menuntut ilmu, sahabat2 yg berlumba-lumba bertanyakan guru jika ada yg tidak faham, sahabat2 yang sma2 dalam gerak kerja dakwah, sahabat2 yg sma2 berada di tampuk kepimpinan sekolah & asrama, sahabat2 yg sma2 berdebat bagi memastikan jawapan siapa adalah yang betul & tepat, sahabat2 yg sma2 tersenarai sbg pelajar cemerlang bagi stp kali Ujian Prestasi & Peperiksaan. Namun, pada tarikh itu ana tidak bersama kalian. Sungguh... ana teramat sedih. Sedih & cemburu melihat gambar kalian naik pentas menerima anugerah, dapat bergambar dgn para guru & dpt menggembirakan mereka dgn kejayaan kalian. Namun, suka ana untuk katakan di sini. Walaupun sedih & cemburu ana rasa sgt bahagia melihat sahabat2 seperjuangan bahagia.

Justeru, ketahuilah kalian... Mungkin jalan yg kita pilih slps ini tidak sama & masing2 punya haluan yg berbeza. Namun, ana harap kita masih lagi ber'sama-sama' & akan sentiasa ber'sama' dlm menyambung rantai perjuangan Rasulullah yg akn sentiasa menjadikan al-Quran & sunnah sbg manhaj hidup juga meletakkan Allah yg paling aula dlm kehidupan. Marilah sma2 kita menuju redhaNYA...~

Alllahu Ta'ala A'alam...

" Madah indah buat sahabat-sahabat seperjuangan..."

* Tajuk kali ini lain benar dgn entrinya. Sebnrnya ktk di 'Program SPIES', ana mendapat nama panggilan baru daripada Ust. Fauzan iaitu (مرضية ) bermaksud 'yang diredhai'. Ana cukup suka & sgt berterima kasih kpd ustaz krn memanggil dgn satu nama yg amat bermakna pd ana. Kini, ana cuba utk belajar menjadi seorang yg redha krn matlamat 'orang beriman' yg plg aula dlm hidup ini adalah 'mardhatillah'...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...