Saturday, October 22, 2011

~Ikut Kata Hati~

Bibismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...

Sepanjang keberadaan ana di 'perbukitan ilmu' hampir dua bulan setengah menjadikan ana seorang pemikir, pemikir untuk membuat sesuatu keputusan. Jika dahulu, semua langkah diatur dengan cukup sempurna dari pagi hingga ke malamnya namun kini tidak lagi. Sungguh, tika ini ana sangat-sangat merindui zaman persekolahan. Zaman bersama sahabat-sahabat yang kini semuanya membawa haluan sendiri.

"Panorama petang di atas perbukitan IZISH, kolej ana.
Waktu ni ana stop kjp stlh penat mendaki tangga..."

Kini, tiada siapa yang akan peduli pada aturan langkah kaki ini. Semuanya terpulang pada diri jalan mana yang harus dipilih dan sememangnya pilihan itu bukan satu. Di sini, satu ni'mat besar yang ana belajar selain ni'mat Iman dan Islam ialah ni'mat zuqnya menuntut ilmu. Allahu Akbar! Saban malam cuba berusaha mengikuti daurah thaqafah au mengaji kitab turath di Masjid UKM menjadikan ana semakin kenal akan kelemahan dan kekurangan diri. Teringat kata-kata naqibah ana, "Ilmu itu sifatnya bersih dan suci, jika kita tidak menjaga adab dengannya maka dia akan lari dari kita..."

Pada mulanya ana kurang faham apa yang dikatakan. Niat di hati untuk bertanya dengan lebih lanjut namun seketika kemudian sambungnya lagi,

"Jika kita lihat di pusat pengajian sekarang bagaimana keadaan bilik kuliah? Bagaimana ilmu hendak berkat jika kaki anak murid lebih tinggi dari kepala guru!" 

Kata-kata dari ustaz sewaktu kelas pengajian Akidah di masjid diulang semula. Ana terkesima dan tersentak. Rasa rugi yang teramat tidak  dapat ikut majlis ilmu pada malam itu. Sungguh baru ana terfikir dan mungkin inilah salah satu agenda yahudi untuk menjatuhkan Islam. Licik sungguh mereka bila mampu membawa sekularism dalam sistem pendidikan di negara kita dan seterusnya sedikit demi sedikit mencucuk generasi kita pada hari ini dengan hedonism yang kian melata. Astarghfirullah... ummat kita sudah tenat. termasuklah ana yang kian lalai dan leka. Sudahlah hobi ana suka duduk kat tempat tinggi-tinggi bila di bilik kuliah tapi lepas ni ana tak nak buat macam tu lagi. Astarghfirullah... Syukran ukhti atas nasihat dan perkongsian.

Di sini, banyak sangat pilihan samada yang haq au batil. Kadangkala menitis air mata ana dalam membuat pilihan tatkala hingga satu ketika ana perlu memilih satu dari empat perkara dalam satu masa. Kerdilnya ketika itu bila ana merasakan betapa sedikitnya kemampuan yang ada pada ana untuk mewaqafkan diri pada agama. Allah... Betapa dilemanya diri ini hanya DIA yang Maha Mengetahui dan Maha Mengerti. Kini, baru ana belajar bila masa untuk mementingkan diri dan bila masa untuk mementingkan orang lain dan sememangnya semua itu perlukan pengorbanan dan kefahaman yang tinggi. Selain itu, buat sesuatu itu haruslah ada tujuan dan matlamat. Mohon untuk ana terus diberikan nusrohNYA untuk itu.

Mutiara hikmah : "Apabila Tuhan membukakan bagi kamu satu jalan untuk ma'rifat (mengenal pada-Nya), maka jangan menghiraukan soal amal kamu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak akan membukakan bagi kamu, melainkan DIA akan memperkenalkan diri kepada kamu. Tidakkah engkau mengeti bahawa ma'rifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepada kamu, sedang amal perbuatan kamu hadiah daripada kamu. Maka di manakah letak perbandingannya anara hadiah kamu dengan pemberian kurniaan Allah kepada kamu?" ~Ibnu 'Ataillah fi syarah al-hikam al-'ataiyyah, hal. 118~

Allahu Ta'ala A'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...