Sunday, May 20, 2012

❀ cafe canselori ❀

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


- "Bestnyer dapat makan kat canselori!"

+ "Kenapa? Lauk sedap?"

- "Takla... best dpt tgok ramai ustaz-ustaz kt sini. sejuk mata memandang. Untungnya awak kan?" 

Allahu Akbar. Hampir tersembur air di mulutku mendengar jawapan daripada sahabat sekolej. Si dia hanya tersenyum simpul. Aku juga tersenyum. Beruntungkah? Hari-hari dapat melihat panorama  ini. Panorama si muslimin berkopiah putih dan si muslimat bertudung labuh.

❀ KITA QUDWAH MEREKA 

Bila ana fikirkan semula rasa juga beruntungnya berada di Fakulti Pengajian Islam (FPI) ini lebih-lebih lagi apabila dikelilingi mereka yang betul-betul membudayakan ilmu dan hidup bersunnah. Rasa bahagia. Namun ada segelintir dalam kalangan kita tidak ambil peluang ini. Peluang berada di majlis-majlis ilmu, menghadiri program-program ilmiah dan diskusi agama malah ada yang tidak cakna langsung tentangnya. Alangkah ruginya bukan? Lagi rugi apabila kita tidak mengambil peluang untuk mengislahkan diri dalam biah yang solehah ini. Biah yang mana kita dapat peluang mendengar nasihat dan bimbingan oleh para asatizah dalam kalangan pensyarah-pensyarah kita. Biah yang mana kita berpeluang membuka kitab-kitab turath (lama) dan mengkaji kitab-kitab ulama' muktabar. Subhanallah, indahnya hidup ini!

Tiba-tiba teringat bait-bait hikmah para masyaikh al-kiraam beberapa bulan lepas dalam satu majils ilmu. Suka untuk ana kongsikan dengan sahabat-sahabat semua...~

Beruntunglah kita krn telah terpilih utk mempelajari Sirah Nabawiyah krn kata syiekh: "Mereka yang tidak pelajari Sirah Nabawiyah adalah mereka yang gagal dalam kehidupan kerana mereka tidak dapat berhadapan dgn masalah itu mengikut sunnah Rasulullah..."


Beruntunglah kita krn telah terpilih utk mempelajari bahasa arab krn penyampaian para masyaikh sgt terasa zuqnya jika kita mampu memahami & menghayati bait2 mereka. Namun apakah daya, diri ini masih baru belajar, terpaksa menggunakan translater utk memahami mutiara hikmah masyaikh al-kiraam.


♥ Rasa sgt bahagia krn dpt menatap wajah-wajah para masyaikh & ulama' dunia. Subhanallah, tawadhu'nya mereka bkn hanya terpancar di wajah ttp pada bicaranya & pergaulan mereka. Rindu menjengah kepadamu Ya Rasul, Lau kana bainana al-habib~


Kata al-Habib, "Mereka yang mencintai majlis ilmu & majlis zikir, dia berbeza dgn orang kebanyakan krn dia lebih dewasa dalam menjalani kehidupan..."


♥ "Kebangkitan Islam itu bukan hanya kebangkitan para ulama' tetapi ianya disokong oleh para pemerintah..."


♥ "Aku tidak pernah berasa bahagia sebahagia hari ini. Maka Ya Allah, saksikanlah di mana aku berada dalam kalangan orang yang aku cintai. Ya Allah, berikanlah cintaku kpd mereka. Maka kelak kumpulkanlah aku bersama mereka walaupun solat & ibadahku tidak seperti mereka..." ~Anas ibnu Malik~ (Doanya ketika berkumpul dgn Rasulullah & para sahabat)

Jadi, tugas kita? Penuhilah dada dgn ilmu & hiasilah peribadi dgn sunnah Rasulullah...^__^

Ayuh sahabat2, semaikan cinta kpd Rasulullah & jom hidup bersunnah!
❀ إحيأ سنة رسول الله  

Andai diri ini leka & lupa mencintai baginda Rasulullah saw tolong ingatkan ya,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ 


Alhamdulillah wa syukur lillah.
Allahu Ta'ala A'alam wa tabarakallah...~

Friday, May 18, 2012

* P.U.J.I.A.N *

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

"Seorang mukmin itu suka menyibukkan diri menyanjung Allah, 
sehingga tidak sibuk untuk memuji diri sendiri. 
Dan ia sibuk menunaikan kewajiban kepada Allah, 
sehingga ia lupa akan bahagian untuk dirinya sendiri."

~Ibn 'Atha'illah~

mood : testing2.. akhirnya blog berjaya bertukar wajah. Alhamdulillah.

Friday, April 27, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Kadang-kadang rasa diri ini terlepas pandang pada keadaan dan sahabat-sahabat di sekeliling. Hingga sampai satu ketika, diri ini terasa tiada lagi kudrat untuk berbakti kepada agama. Kerdilnya diri kerana tidak mampu untuk menghargai mereka seperti yang sepatutnya. Letih, kecewa, dan hilang semangat hanya Dia sahaja yang mengerti beban yang terpikul pada diri juga perasaan tika ini. Hakikatnya, cita-cita untuk mewakafkan diri pada agama adalah yang utama. Allahu Akbar! Moga Allah redha segalanya. 'Ala kulli hal, kita semua adalah rantai perjuangan Baginda. Mungkin cara & jalan tidak sama tapi ingatlah kita semua adalah saudara seagama.

" Satu Aqidah, Satu Fikrah, Satu Amal "

* Baru berkesempatan menjenguk blog ini. Allah, lain benar rupanya dengan yang dulu. Ada siapa2 tahu bagaimana nak kembali pada blog lama? Waaa~ nak blog yang dulu! Mohon bantu ya ^__^

Sunday, March 25, 2012

~warkah hamasah~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Salam alaik! 
Keif hal ya ukhti? Sihat? Apa khabar IMAN? Apa khabar AMAL?

Ukhtiku sayang, 

"Ingatlah! Kadang2 kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang. Kadang2 kita minta untuk cerdik tapi masalah tak faham, kadang2 kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula yang menjelang... Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tahu dan semua itu ada HIKMAH, inshaAllah".

Kalau enti resah, sedih, ingatlah ALLAH, banyakkan berbicara denganNya kerana dengan DIA kita tidak akan dikecewakan, tapi kalau sahabat2, kita akan benci kalau mereka buat benda yang kita tidak suka, tak nak kawan kita..Betulkan? KIta akan rasa menyampah kalau kawan kita buat salah, tapi dengan ALLAH, TIDAKKAN?

Ukhtiku yang amat disayangi, 

Jangan kita harap kasih dan sayangnya manusia kerana satu hari nanti pasti kita akan ditinggalkan. Enti marahkan kawan2 ke? Atau marahkan diri enti sendiri? Jangan kerana ikutkan EMOSI, enti tinggalkan benda2 yang patut kita jadikan sebagai kenangan/memori indah. Wahai ukhti, rugi tau kalau enti sia2kan masa yang ada ni untuk tidak mencipta sebanyak kenangan dengan kawan2 sebab kenangan2 indah itulah yang memberi QUWWAH dan HAMASAH pada masa akan datang. Cuba ya sayang..jangan sia2kannya...

"Ceriakan harimu dengan kalimah TAYYIBAH, cuba hilangkan rasa amarah itu dengan KALAMULLAH, bingkiskan senyuman dibibirmu yang paling indah kerana inshaAllah jua kita ikhlas LILLAH, DIA akan bantu, dan yang penting ialah USAHA!      

Don't give up my dear!!

Wassalam..:)

Tuesday, March 20, 2012

cheklist seorang.....

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hati madu' itu ibarat sabun buku. Tidak perlu gunakan pisau untuk mencairkannya tapi memadailah dengan hanya menggunakan air yang lembut untuk mencairkannya. Dakwah yang berhikmah itu ibarat air jernih yang lembut tapi mampu mencairkan hati madu' yang keras.

Tika ini, ana begitu teringat pada madah sahabat tercinta, Ukhti Khaliesah lebih kurang 5 tahun dulu. Madah yang dikirimkn tika diri ini jatuh pada satu masa dulu. Rindunya ana pada sahabat ana yg jauh tu. Syukran sahabat atas quwwah yang diberikan, walaupun jasad kita terpisah jauh namun jiwa & hati kita tetap bersatu biiznillah.

Dulu, selalu kami bermuhasabah bersama. layakkah kami gadis sekecil ini memikul beban & tanggungjawab yang sangat besar?

Untuk menjadi seorang da'ie/ah, mari sama-sama kita lihat ini ~

~cheklist seorang dai'e/ah~
















Status : Banyak lagi kekhilafan diri yang perlu diperbaiki. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. 

Allahu Ta'ala A'alam...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...