Wednesday, January 4, 2012

Rindu kamu!

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Tika ini, ana sangat-sangat merindui seseorang yang sangat-sangat ana cintai. Seseorang yang sentiasa tersenyum saban waktu. Seseorang yang hanya diam tatkala ana asyik becerita & sudi menjadi pendengar setia. Mungkin dia tidak istimewa di mata orang lain namun pada ana dialah sahabat ana dunia Akhirat insyaAllah. Mungkin juga dia tidak dikenali ramai seperti sahabiah yang lain namun ukhwah antara kami tidak mampu ana ungkapkan dengan kata-kata. Subhanallah... besarnya ni'mat yang Allah beri untuk kami merasai sedikit rasa kasih sayang itu. Alhamdulillah.

Ukhti hebibati,

Banyak cita-cita dan angan-angan kita kongsi bersama dari dulu hingga kini dan ana tidak pernah lupa. Bukan itu sahaja, malah kita sanggup berkongsi segalanya dan ukhti tidak pernah sekalipun berkira dengan ana. Sungguh! Amat sukar untuk mencari sahabat & juga untuk menjadi sepertimu. Ukhti, kita jarang sekali berjumpa dan ana masih ternanti-nanti saat itu. Oh, Alangkah indahnya!

Ya ukhtiel karimah,

Yakinlah dengan Allah yang Dia tengah uji ukhwah kita. Dia tengah uji sejauh mana kita mampu membendung rasa rindu ini dan kerana itu Dia tangguh dahulu pertemuan kita. Ukhti, ana ingat lagi saat kita terpisah selepas tingkatan lima, betapa kecewanya ana tika itu kerana tidak dapat mengejar impian kita bersama. Impian untuk masuk ke Darul Quran, impian untuk sama-sama mengislahkan diri di bumi huffaz itu. Haluan kita berbeza, ana menyepikan diri seketika, dan berasa malu denganmu. Namun ukhti, kau tetap merisik khabar tentang diriku. Kau masih seperti dulu malah keindahan peribadimu lebih-lebih lagi dan kian terserlah. Kau juga masih menganggap diriku ini sahabatmu & ana cukup berbangga punya sahabat sepertimu ukhti.

Allahu Ta'ala A'alam...

" khas buatmu ~ Ukhti Nurasnida binti Yusof "

4 comments:

analisiszikri said...

waa..buat sy rindu pd teman2 lain .hihi

rimbunhijau said...

dah agak dah, mesti as..
hehe,deejay..merindui dari jauh itu lebih indah dan menjadikan kita syukur dan lebih menghargai sebuah ukhuwah dan ikatan persahabatan, semoga sampai ke syurga kasihnya :)

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

untungnya menjadi sahabat sesolehah itu

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

anis> rindu itu anugerah Allah. hargailah ia. akk pun rindu kt shbt2 smbest.dkt 3 tahun dh xjmpe.cume bbrp org je yg tlh dpt mlelpaskn rindu.hihi Alhmadulillah

imah> ala ima.bg la ana can nk jiwang2.. ima kn dh besa bwt jiwang2 gini.he betulke?? moga ukhwah kita untill Jannah. insyaAllah

yati> yati jga shbt ana yg solehah.ana beruntung dpt shbt mcm yati tw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...