Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

h.a.l.a.q.a.h c.i.n.t.a

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Alhamdulillah, masih diberi nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk hidup menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu untuk curi masa memberi ruang pada hobi. Oh ya! waktu a.k.a masa juga merupakan satu nikmat kepada manusia. Apabila kita ambil berat dengan masa, kita akan rasa bahagia kerana apabila kita manfaatkan masa dengan sebaiknya, insyaAllah tidak akan timbul penyesalan dalam kehidupan. Ya Allah, moga kami dimatikan dalam husnul khotimah.

Bila rasa sedih dan hilang semangat
Letaklah segala pergantunganmu pada Allah
Bila rasa sendirian dan tidak punya teman
Yakinlah bahawa Allah ada untuk mendengar coretan insan
Ambillah hikmah di sebalik didikan itu
Kerana bicaramu tidak akan sebarangan

Usahalah didik hati untuk jauh dari melakukan maksiat
Dengan dekatkan diri pada Allah
Bersahabat dan dampingilah orang-orang soleh
Juga mereka yang berusaha untuk mengislahkan diri ke arah kebaikan


Solat bersama ahli halaqah cinta KIZ. Allah ghoyatuna... Allah! Allah!

Bulatan yang menyatukan hati-hati kami. Al-Quran dusturna.






25 Zulkaedah 1434H
01.40 a.m.
Kolej Ibu Zain, UKM

Thursday, August 2, 2012

* h.i.d.a.y.a.h *

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Konsep beragama bukanlah hanya mereka yang belajar agama tetapi konsep beragama adalah yang dalam hatinya begitu teringin untuk mendengar dan berbicara tentang agama.

Alhamdulillah. Pagi semalam berpeluang ke Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi bersama beberapa akhowat untuk mendengar kuliah subuh dari Syiekh Ali Saleh Muhammad Ali Jaber. Sebenarnya ana kagum dengan kesungguhan mereka yang bukan pelajar jurusan agama namun cinta mereka kepada ilmu itu lebih dari kami yang belajar agama. Termalu sendiri apabila diajak ke majlis-majlis ilmu a.k.a taman-taman Syurga, hati ini penuh dengan alasan dan kemalasan. Astargfirullah...

Kata syiekh dalam kuliahnya, "Ni'mat yg terbesar dalam hidup kita ialah ni'mat hidayah. Apabila hidayah sampai kepada kita, kita akan mendapat keni'matan iman & Islam. Beruntunglah kita apabila terpilih menjadi orang yang membina & membela agama serta bersungguh di jalan Allah..." 

Kata syiekh lagi, "Agama Allah akan tersebar & cahayanya akan bersinar sikit masa lagi..."


Yakin dengan janjiNYA, "Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..."

Janji manusia bagaimana pula???


Malam kelmarin baru  keluar result untuk sem 2, 
Natijahnya??
erm.. seperti yang dijangka tidak sebaik sem lepas.
Alhamdulillah.

Apabila hati itu tidak ikhlas hilang barakahnya.
>monolog seorang hamba<

*mood : tingkatkan momentum untuk mencapai anugerah TAQWA di bulan barakah.
Moga DIA redha pada setiap langkah kaki ini.

Allahuta'ala a'lam.

Sunday, June 24, 2012

.: Mana Milik Kita :.

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Alhamdulillah... Allahuakbar3!! Sesungguhnya janji Allah itu pasti buat hamba2NYA yg beriman. Sambil mendengar lagu "Mana Milik Kita" alunan Rabbani, hati ini tiba-tiba diruntun rasa sayu. Sayu kerana selama ini kurangnya rasa bersyukur kepadaNYA. Namun, kasih sayangNYA subhanallah, dapat terus dinikmati hingga ke hari ini. MasyaAllah wa hamdan Lillah. Suka untuk ana kongsikan kata-kata daripada seorang senior di kolej ana mengenai kemenangan DR. MORSI yang baru diumumkan sebentar tadi. 

 "Alhamdulillah. ia adalah usaha berterusan yg dberkati Allah. Landskap politik rantau akan berubah dan pastinya bakal mempengaruhi landskap politik dunia. rantau asia barat selalu menjadi penentu halatuju dunia. kpd mereka yg maklum tntg hadith akhir zaman ini adalah antara tanda2nya. dr Allah kita dtg kpdNya kita kembali. kemenangan Islam makin hampir utk mengakhiri episod kehidupan dunia..."

"Kalau kita tengok beza Ahmad Syafik dgn Dr Morsi tak jauh bezanya. Dengan parlimen yg dibubarkn baru2 ini, jika percentage undian bezanya tak jauh, maka, kita akan dpt lihat ujian pertama di Egypt slps ini, di dlm kabinet parlimen itu sndri, akan ade penentang ISLAM yg sgt2 kuat! maka kita kena mantapkn iman kita! bersangka baik dengan sangat baik kpd Allah! Harapkan pertolongan Allah dgn sgt kuat! ALLAH akn sntiasa menapis hamba2NYA utk mnguji siapa yg lebih baik amalNYA! Allahuakbar! Berdoalah supaya ALLAH akan sntiasa permudahkn dan kuatkn Dr Morsi dan semua ummat Islam walaupun kita akn diuji dgn dahsyat slps ni. (mngikut sunnatullah apa jd pd zmn Rasulullah)!" ~status drp seorang shbt~


tiba2 pulakla ada bendera Malaysia kt situ ^__^

Pesanan Dr.Sofwat Hijazi kpd Dr.Muhammad Morsi :

"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."


Saat ini, ku merindukan daulah Islam tertegak di tanah air tercinta. Ku merindukan kembali takbir & kalimah LAILAHAILLALLAH bergema di seantero dunia. Allahu Rabbi! KAU perkenankanlah keinginan hambaMU yang faqir lagi hina ini. Allahuakbar! Di Mesir sudah, tanah air kita bila lagi ya? InsyaAllah... the next will be Malaysia biiznillah... Allahu musta'an!! Allahua'lam~

Imtihan masih lagi berbaki 3 paper
Mohon nusrohNYA & doa shbt2 ya
Juga kekuatan utk terus menuntut ilmu krnNYA

break time: ba3da muraja3ah (kononnya)

Monday, June 11, 2012

~fatrah imtihan~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

SALAM MUJAHADAH BUAT SEMUA !


Pagi tadi, fatrah imtihan sudah bermula. Perasaan ana? Berdebar? Takut? Gelisah? Allahu Akbar. Mungkin apabila Allah tidak ada di hati, semuanya itu akan datang. Astaghfirullah... Banyak kali ana cuba mengingatkan pada diri ana sendiri, belajar bukan untuk exam tapi untuk jadi orang yang berilmu dan beramal dengannya. Akhirnya diri ini kembali tenang. Ingat lagi dulu kalau nak periksa, pasti telefon arwah tok di kampung. Pesan beliau: "Kak, banyakkan berselawat dan baca surah al-Insyirah ya..." Pesanan daripada abah pula pagi pertama hari periksa: "Belajar bukan kerana periksa kak tapi kerana Allah. Nak periksa tu jangan gelabah sangat, tenang-tenang je..." InsyaAllah, DIA akan berikan yang terbaik buat kita. Yakin dan sentiasalah bergantung harap kepadaNYA setelah bersungguh-sungguh berusaha.

~Allahumma faqihna fiddin wa 'alimna takwil~

Teringat zaman sekolah dulu. Buat kerja otai (contengan dinding dorm). Gila-gila jugak kami dulu. Astarghfirullah... Tak tau nak kata kalau kantoi dengan ketua warden, Ust. Rahim dan Umi Bibah, penyelia asrama ketika itu. Mesti kena denda kaw2 dengan ustaz. Alhamdulillah selamat...he

preview zaman sekolah : hasil kerja kami~ lawa jgk >.< he ( time exam stpm)



Ya Allah... 
Jika kecemerlangan & kejayaan dalam peperiksaan ini 
merupakan wasilah 'izzahnya Islam, 
KAU kurniakanlah kecemerlangan ini 
kepadaku dan sahabat seakidah seperjuanganku

masih berbaki 7 paper,
Ya Allah... permudahkanlah~

Friday, April 27, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Kadang-kadang rasa diri ini terlepas pandang pada keadaan dan sahabat-sahabat di sekeliling. Hingga sampai satu ketika, diri ini terasa tiada lagi kudrat untuk berbakti kepada agama. Kerdilnya diri kerana tidak mampu untuk menghargai mereka seperti yang sepatutnya. Letih, kecewa, dan hilang semangat hanya Dia sahaja yang mengerti beban yang terpikul pada diri juga perasaan tika ini. Hakikatnya, cita-cita untuk mewakafkan diri pada agama adalah yang utama. Allahu Akbar! Moga Allah redha segalanya. 'Ala kulli hal, kita semua adalah rantai perjuangan Baginda. Mungkin cara & jalan tidak sama tapi ingatlah kita semua adalah saudara seagama.

" Satu Aqidah, Satu Fikrah, Satu Amal "

* Baru berkesempatan menjenguk blog ini. Allah, lain benar rupanya dengan yang dulu. Ada siapa2 tahu bagaimana nak kembali pada blog lama? Waaa~ nak blog yang dulu! Mohon bantu ya ^__^

Sunday, March 25, 2012

~warkah hamasah~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Salam alaik! 
Keif hal ya ukhti? Sihat? Apa khabar IMAN? Apa khabar AMAL?

Ukhtiku sayang, 

"Ingatlah! Kadang2 kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang. Kadang2 kita minta untuk cerdik tapi masalah tak faham, kadang2 kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula yang menjelang... Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tahu dan semua itu ada HIKMAH, inshaAllah".

Kalau enti resah, sedih, ingatlah ALLAH, banyakkan berbicara denganNya kerana dengan DIA kita tidak akan dikecewakan, tapi kalau sahabat2, kita akan benci kalau mereka buat benda yang kita tidak suka, tak nak kawan kita..Betulkan? KIta akan rasa menyampah kalau kawan kita buat salah, tapi dengan ALLAH, TIDAKKAN?

Ukhtiku yang amat disayangi, 

Jangan kita harap kasih dan sayangnya manusia kerana satu hari nanti pasti kita akan ditinggalkan. Enti marahkan kawan2 ke? Atau marahkan diri enti sendiri? Jangan kerana ikutkan EMOSI, enti tinggalkan benda2 yang patut kita jadikan sebagai kenangan/memori indah. Wahai ukhti, rugi tau kalau enti sia2kan masa yang ada ni untuk tidak mencipta sebanyak kenangan dengan kawan2 sebab kenangan2 indah itulah yang memberi QUWWAH dan HAMASAH pada masa akan datang. Cuba ya sayang..jangan sia2kannya...

"Ceriakan harimu dengan kalimah TAYYIBAH, cuba hilangkan rasa amarah itu dengan KALAMULLAH, bingkiskan senyuman dibibirmu yang paling indah kerana inshaAllah jua kita ikhlas LILLAH, DIA akan bantu, dan yang penting ialah USAHA!      

Don't give up my dear!!

Wassalam..:)

Tuesday, March 20, 2012

cheklist seorang.....

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hati madu' itu ibarat sabun buku. Tidak perlu gunakan pisau untuk mencairkannya tapi memadailah dengan hanya menggunakan air yang lembut untuk mencairkannya. Dakwah yang berhikmah itu ibarat air jernih yang lembut tapi mampu mencairkan hati madu' yang keras.

Tika ini, ana begitu teringat pada madah sahabat tercinta, Ukhti Khaliesah lebih kurang 5 tahun dulu. Madah yang dikirimkn tika diri ini jatuh pada satu masa dulu. Rindunya ana pada sahabat ana yg jauh tu. Syukran sahabat atas quwwah yang diberikan, walaupun jasad kita terpisah jauh namun jiwa & hati kita tetap bersatu biiznillah.

Dulu, selalu kami bermuhasabah bersama. layakkah kami gadis sekecil ini memikul beban & tanggungjawab yang sangat besar?

Untuk menjadi seorang da'ie/ah, mari sama-sama kita lihat ini ~

~cheklist seorang dai'e/ah~
















Status : Banyak lagi kekhilafan diri yang perlu diperbaiki. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. 

Allahu Ta'ala A'alam...~

Monday, February 6, 2012

WARKAHCINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


WARKAH CINTA BUAT BAKAL BIDADARI-BIDADARI SYURGA,

Salam kasih & sayang buat permata-permata Islam yang sangat-sangat dirindui!

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar amal? Apa khabar study? Apa khabar segala-galanya? Ana harap adik-adik ana sentiasa ceria serta dilindungi dengan limpahan rahmat & redha Ilahi.

Adik-adikku sayang tingkatan satu,

Mungkin kalian tidak pernah bertemu dengan kakakmu ini. Namun ketahuilah, ana sayang pada kalian. Ana sayang pada mereka yang benar-benar mencintai Allah & Rasul dalam kehidupannya. Ana sayang pada mereka yang ingin belajar akan hakikat kehidupan dan terus mencari kebenaran.

Adik-adikku sayang tingkatan dua,

Mungkin diri ini kalian pun sudah ingat-ingat lupa dalam kotak memori. Tidak mengapa duhai adik-adikku. Cuma satu perkara yang ingin ana pesan, jagalah dirimu dengan sebaiknya, penuhilah ia dengan ilmu & iman.

Adik-adikku sayang tingkatan tiga,

Ya Allah… betapa sayangnya ana pada kalian. Kalian yang memberi keceriaan pada ana dan sahabat-sahabat dalam menempuhi kehidupan di bumi sliss ini. Harapan pada adik-adik ana yang solehah, moga diri kalian tidak berubah. Berubah daripada kebaikan dengan melakukan perkara-perkara yang Allah tidak suka. Jangan malas-malas study, fokus pada pelajaran & yakinlah padaNya Dia akan bantu kalian ‘ala kulli hal.

Adik-adikku sayang tingkatan empat,

Banyak sekali kenangan  kita bersama. Masihkah kalian ingat? Sungguh, ana tidak pernah ada rasa benci pada kalian. Maafkan kakakmu ini andai ada tindakan yang mengguris perasaan & hati kalian. Hiasilah diri kalian dengan akhlak & iman adik-adikku. Moga kehidupan kalian sentiasa diberkati.

Adik-adikku sayang tingkatan lima & enam,

Kalianlah kini kakak-kakak kepada adik-adikmu di bumi sliss. Corakkanlah dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Adik-adikku, teringin sekali ingin ana melihat sekolah kita punya iklim dinie a.k.a biah solehah mungkin seperti satu ketika dulu. Ingin sekali ana melihat kalian seperti serikandi-serikandi Islam yang bisa menggoncang dunia. Ana tinggalkan mereka pada kalian dengan harapan sliss mampu melahirkan muslimah yang tsabat qolbinya, yang mantap imannya, yang tinggi ilmunya & kuat pengabdiannya pada yang Esa. Jadikanlah diri kalian qudwah kepada mereka. ‘Ala kulli hal semoga berjaya fil imtihan dunia wal akhirah.

Akhir kalam,

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu SENYUMAN walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah MEMAAFKAN walau dirimu terluka, hiduplah dalam IMAN walau harimu dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.

“Ana sayang kalian kerana Allah…”

"Tuhan... saat ku merindui kalimahMu menyinari bumi ini, hatiku merintih sayu. Bilakah zaman kegemilangan itu akan kembali lagi? Tuhan…tsabatkanlah aku dalam menempuhi permusafiran ini…”

Dari kakakmu yang merindui~

Friday, January 13, 2012

14 JaN~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Abah... panggilan yang tidak pernah lekang dari bibirku ini. Dari kecil hingga kini, abahlah orang yang sentiasa bersamaku selain mama yang telah pergi berbelas tahun dulu dan tok beberapa tahun lepas.

Abah... Biarpun kasihmu tidak kau zahirkan, aku mengerti yang kau amat menyayangiku, adik-adik dan umi, insan pengubat duka laramu. Terima kasih umi kerana menjadi penguat semangat abah untuk beliau terus meniti kehidupan mencari redha Ilahi. Semoga keluarga kita terus dilimpahi kasih sayang dan rahmatNya. InsyaAllah.

Abah... kau lah insan yang telah mencorak hidupku hingga menjadi seorang muslimah insyaAllah. Caramu sungguh istimewa. Bukan dengan kegarangan dan kekerasan tetapi kelembutan dan ketegasan yang luar biasa. Biarpun diri ini pernah dirotan dan diikat dek kenakalan dan 'keras kepala' yang sangat menggila, pastinya kau akan datang memujukku kembali. Bagaimana bisa aku menceritakan tentang dirimu, abah? Abah yang itu dan ini...

Abah... Anak gadismu kini sudah menginjak dewasa. Mungkin beberapa tahun lagi, aku bukan lagi menjadi 'amanah'mu. Tapi ketahuilah abahku tercinta, aku tetap selamanya menyayangimu dan terus menyayangimu.

'EIDUL MILADI YA ABI! SYUKRAN LAKA 'ALA KULLI HAL WA BARAKALLAH FIK!!


"Kakak sayang abah kerana Allah. Semoga kita sekeluarga bertemu di Syurga, insyaAllah~"


penangan mendengar lagu 'saat lafaz sakinah' dgn roomate, Halilah Ismail~
tiba-tiba teringat kisah satu malam bersama adik tersayang :

+ Kakak, nak dengar tak satu lagu ni, hayati betul-betul tau
 - erm...xde feel pun dik, lagu pasal apa?
+ ala, dengarla betul-betul
 - yelah-yelah
+ masa adik first2 dengar lagu ni, adik terbayangkan kakak ngan abah.
adik nangis kak...macam mana la time kakak nikah nanti kan?
- aik, ke situ pulak... sdih ke? sayang jugak hang kat kakak kan...hihi

Friday, November 11, 2011

''ukhwah''

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


peringatan utk DIRI SENDIRI dan muslimat sekalian..^_^
Ukhwah' bukan satu tiket membolehkan perbualan mesra di alam maya


Cukup bagi kita bermesra dengan sesama jantina
Tinggikan rasa malu dengan yang berlainan jantina.


Ikhtilat di alam maya dan nyata perlu sama dijaga
Kerna Allah memerhatikan kita tiap masa dan ketika.


Wahai muslimah
Jangan mudah berbalas komen dengan lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting yang memerlukan perhubungan dengan lelaki
Pelihara maruahmu
Jaga akhlakmu


Wahai muslimin
Bataskan bicara dan kemesraanmu
Jagalah hati para mujahidah yang mudah terusik dengan kebaikanmu.


Jangan terlalu asyik di alam maya
Hingga terabai perjuangan di alam nyata


Peringatan buat diri agar tidak lalai dan terleka


InsyaAllah
Amin~

Thursday, October 27, 2011

``Aku Takut``


"Wahai yang telah menyelimutiku dengan pakaian kecintaan,

dan memberikan rasa tenteram dari ujian selama memakainya,

Aku takut,

setelah Engkau berikan mahkota hidayah-Mu kepadaku,

Setelah Engkau percayakan kebaikan dan memberi anugerah yang banyak,

Engkau akan lepaskan pakaian inayah-Mu dari hatiku,

Engkau pelindung diriku,

dan aku paling takut seandainya Engkau berbuat begitu.


Aku selalu melakukan kesalahan,

Sedangkan Engkau selalu memaafkan dan mengampuni,

Jika aku berbuat salah, Egkau tidak menyiksaku

Bahkan kejahatanku dibalas dengan kebaikan-Mu,

Engkau perhatikan orang yang berbuat salah

dengan kebaikan dalam kemurahan-Mu,

Ampunilah aku duhai Yang Maha Pemberi Kurnia..."


Allahu Ta'ala A'alam...~

Sunday, August 28, 2011

bersederhanalah

 Bibismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin...

Seminggu hanya mampu memandang blog ini sepi. Merasakan tiada entri yang bermanfa'at untuk dikongsi akhirnya, ditinggalkan begitu saja. Hari ini hari terakhir kita semua di 'akademi tarbiyyah ini'. Sebak di dada bila mengenangkan amal sepanjang 29 hari yang dilalui entah diterima atau tidak. Dapat bersua dengannya pada tahun depan atau tidak dan esok adalah hari kemenangan. Kemenangan bagi kita umat islam kerana berjaya menghabiskan latihan intensif iman ini. Namun adakah kita menang dalam erti kata sebenar? Kemenangan sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin? Juga natijahnya, adakah kita mampu mencapai tingkat tertinggi dalam akademi ini iaitu puncak taqwa? Ana mengharapkan, moga 1 syawal esok menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur & taqqarub billah. Dalam kita riang gembira menyambut hari raya, usahlah dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik. Pandanglah kiri dan kanan kita, selamilah  kesengsaraan dan penderitaan mereka dan bantulah kepada insan-insan yang memerlukan. Kepada insan-insan tersayang yang telah terlebih dahulu dijemput panggilan Ilahi, usah lupa untuk sedeqahkan al-fatihah juga surah al-ikhlas untuk mereka. Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh & beriman. Perlu diingatkan juga untuk diri ana  sendiri, bersederhanlah! Bersederhanalah 'ala kulli hal kerana Rasulullah amat suka umatnya yang bersederhana dalam setiap urusan mereka. Allah... Moga Dia redha segala usaha kita. Amiin... 












Buat saudara-saudaraku yang dicintai Lillah...
Maaf andai diri ini bisa melukakan & mengguris hati kalian,
Maaf andai diri ini pernah terkasar bahasa, tersalah tingkah tanpa disedari,
Maaf andai diri ini bukan anak, kakak & sahabat yang baik untuk kalian,
Kerana diri ini bukanlah gadis yang kamilah
Namun cuba berusaha untuk menjadi muslimah, mukminah, muslehah & suffiah biiznillah
 
Moga rabithah hati antara kita tertaut berlandaskan cintaNya
Moga kita semua sentiasa dirahmati & diredhai
Amiiin....~

Ya Rabbul Jalal 
Ampuni aku kerana diri ini bisa melanggar perintahMu
Meremehkan syariatmu juga tidak menjaga sensitiviti terhadap agamaMu
 Aku hambaMu yang lemah ini mohon
Mohon nusroh agar Kau bisa pegang hati ini
tetap utuh pada jalanMu yang Kau redhai
 
Allahu Ta'ala A'alam

Tuesday, August 16, 2011

Little steps towards JANNAH...~


Antara keta'atan dan keinginan
Dia terpaksa memilih
Berkorban diri untuk orang lain
atau mementingkan diri ikut kepuasan hati

Dan
Keta'atan itu dipilih
walau dia tidak pernah merasai bahagia
Keta'atan itu dipilih
walau hatinya penuh sengsara
Keta'atan itu dipilih
walau jiwanya lama merana
Keta'atan itu dipilih 
walau saban hari ditemani air mata duka
Keta'atan itu dipilih
walau terpaksa melalui derita

Dan
Keinginan itu
Tersimpan di sudut hati yang paling dalam
Masih rigid di situ
Menanti detik-detik bahagia
Bebas dari derita
Jauh dari sengsara


"Bersama menuju mardhotillah..."

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan ya al-kareem

Bi bismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin

Ramadhan kareem!!

ALLAHU AKRAM!!!

Alhamdulilllah... stlh 11 bulan kita lalui kini tibanya 1 bulan yg penuh barakah. Bulan yg org mukmin tunggu2. Tabarakallah! Nikmat ganjaran hanya Dia yg mengetahui. Bergembiralah! Bersyukurlah 'ala ni'matuhu! Kita masih lagi diberi peluang utk hidup dan yg paling penting DIA masih bagi peluang utk kita beribadah kepadaNYA di bulan tarbiyyah ini. Sungguh... Rasailah kebahagiaan di bulan Ramadahan yg penuh mulia ini andai kita betul-betul mengambil peluang yg diberikanNYA. Marilah sma2 kita usaha ke arah itu.

Ingatlah duhai ikhwah wa akhowat fil Islam,

Usahlah kalian berkira utk kita melakukan ibadah padaNYA. Berkira dalam mengaji, berkira dlm bersedekah, berkira dlm melakukan kebaikan spt menolong mereka yg memerlukan. Usahlah kita rasa kita sudah cukup dgn amalan kita yg hanya sedikit ini. Usahlah kita merasa puas dlm beribadah kpdNYA krn DIA sntiasa beri nikmat pada kita. Ingat tu!

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat

Oleh itu, di bulan mulia dan penuh rahmat ini dapatlah kita nilai siapakah diri kita yg sebenarnya krn yg tinggal hanya nafsu kita kan? Astarghfirullah... sama2lah kita muhasabah & ayuh! Sama2lah kita tingkatkan segalanya. Moga ALLAH redha InsyaAllah...~

Salam Mujahadah di Bulan Tarbiyyah!

Friday, July 15, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


ALLAH answers ur doa in 3 ways, HE says :

'YES' and gives what you want

 'NO' and gives you something better

'WAIT' and gives you the best in HIS own time



Hamdan wa syukurillah...

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

                           PROGRAM : K103 - IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
                                                      (PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM)
 
                           IPTA         : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Allahu Akbar3x!! Menitis air mata ana tatkala terpampang tulisan seperti di atas di skrin laptop. Tidak disangka Allah berikan pilihan pertama yang mungkin agak sukar utk ana capai krn pointer stpm nya pun tidaklah seberapa. Betapa Pemurahnya YA RABBI!! Syukur padaNYA krn memberi yang terbaik utk hambaMU ini.

"Perjalanan hidupku masih panjang, moga DIA terus mengiringi stp derap langkahku dlm menuju mardhatillah... " Allahu Ta'ala A'alam...~

"satu-satunya gambar yg ckup 30 orang ana kira..."

p/s : ALFUN MABRUK buat sahabat2 seperjuangan! Walau di mana pun kalian, moga UkHwah yg terjalin kekal hingga ke JannahNYA. Jazakmullah khoir jazak buat abah, umi, keluarga, guru2 dan sahabat2 atas doa kalian. Barakallah fikum!! 

Monday, July 11, 2011

Keliru...~

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Menghitung hari demi hari, terasa kerdilnya diri ini. Betapa cetek ilmu yang ana miliki. Itu tak tahu, ini tak pasti. Segala perkara di sekeliling ana, masih lagi keliru. Mana yang betul, mana yang salah? Siapa yang betul dan siapa yang salah?  Allah... kerdil dan hinanya hambaMU ini.

 Sms dari sahabat tercinta di 'bumi huffaz', Darul Quran bermain-main di minda,

"Saya merenung sendirian, ternyata saya sentiasa bersyarat dengan Allah... Saya bagi syarat hanya orang tertentu saya hormat, saya bagi syarat hanya solat tertentu waktunya saya tepat, saya bagi syarat hanya ketika susah saya berdoa penuh berharap... seolah-olah Allah hamba dan saya yang berkuasa. Saya berfikir, kalaulah Allah beri syarat pada saya 'Kalau solat khusyuk baru dapat rezeki, kalau bersedekah baru dapat melihat, kalau itu dan kalau ini'.
Apakah yang akan terjadi pada saya jika gagal penuhi syarat2NYA ??"

Ya Allah...
Betapa faqir dan lemahnya hambaMU ini
Sudilah Kau pandang hambaMu
Untuk meraih meraih cinta & kasih sayangMu

Ya Rabb...
Usahlah Kau lempari aku ke lembah hina
Jalan kepura-puraan & penuh dusta
Bimbinglah aku, kasihilah aku
Dalam menuju kehidupan mardhatillah...~

Allahu Ta'ala A'alam.

Thursday, June 30, 2011

Hasrat

Hati kecil ini...

Berbicara penuh resah,

"Adakah kan ku gapai hasrat itu?"

 Menghitung hari, mengorak langkah

 Bertemankan impian yang masih tersisa

Sesekali air mata leka mengalir

Dalam penantian penuh harapan


"Ku serahkan segala rahsia hati ini hanya kepadaMu duhai Pemilik Cintaku..."


Soalan dari seorang sahabat :

"Kalau contoh tak dapat U,
nak pi mana?"

Allah...hati ini tidak boleh tipu walau tampak tenang di wajah.

"Allahumma Faqihni Fiddin, wa 'Alimni Takwil..."


Wednesday, June 15, 2011

Bulan Penuh! Subhanallah~

Bi Bismillah wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Malam ini, buat pertama kalinya setelah berlalunya alam persekolahan ana merenung ke langit. Lama... Dulu, selalulah juga merenung ke langit menemani Mumtaz untuk melihat bintang dan acapkali ana mengusiknya, "Teringat orang jauh?" Dia hanya tersenyum.

Ya... bulan penuh! Maknanya, esok 14 Rejab la kan? Jadi?? MasyaAllah, dah separuh bulan Rejab berlalu tapi tak bertambah-tambah amal ibadah malah diri ini makin malas rasanya. Astaghfirullah... Ana pandang lagi ke langit. Kali ini lebih lama. Saja nak amik feel. "Subhanallah... Indahnya!"  Tapi bulannya tidak berapa terang. Suasana yang agak suram membuatkan ana cepat-cepat masuk ke rumah. (He... agak takut sebenarnya.) Terngiang-ngiang pertanyaan abah siang tadi,

"Kakak nak pi solat gerhana malam ni kat masjid?"

Ana apa lagi mengangguk laju tanda setuju. Semangat beno. Tapi yalah kita hanya mampu merancang kan? Mudah-mudahan ada peluang untuk itu. Hamdalah tiba di bilik, terbuka blog seorang sahabat Raihana Nazri. Jazakillah khoir about ur info. Katanya : "Malaysia bakal bergerhana malam ni, bermula jam 1.20 hingga 4.25 pagi (kalau tak silap, thanks IKIM.fm)."

Nak tahu tentang SOLAT GERHANA (Khusuf & Kusuf) ? KLIK DI SINI (Ihsan dari mukhlisahfillah.blogspot.com)

Jom! Jom sama-sama kita lipatgandakan usaha beribadah kepadaNYA! InsyaAllah. barakah bulan Allah yang mulia ini, moga-moga kita semua diredhai & dilindungi dengan rahmatNYA. Amiin...

Allahu Ta'ala A'alam...~

Friday, June 3, 2011

Kehadiranmu dinanti...~

Dengan nama Rabbi wa astaghfirullah 3la kulii zanbin...

Sudah lama jari-jemari ini tidak ditugaskan untuk menaip entri. Hati berkeinginan cuma kekangan masa & hal-hal lain menjadi halangan. Tup... tup... Dah masuk bulan REJAB. Cepat kan masa berlalu? Allah... Terasa futurnya diri ini. Bila makin dewasa, makin banyak pula khilafnya. Bila makin dewasa, makin banyak fe'el yang bukan-bukan yang mungkin tidak perlu sebagai seorang muslim. Ana akui, kini setelah 20 tahun berpijak di bumi Allah ini, ana masih belum mengerti akan hakikat kehidupan. Ana masih belum terasa halawahnya hidup sebagai seorang muslim dengan nikmat Islam & Iman yang sebenar. Astaghfirullah... Mungkin diri ini banyak main-main & berseronok dengan nikmat duniawi.

Kini,
Rejab sudah tiba!

Duhai diri...
Ayuh!!
Bangkit dari lenamu
Bulatkan tekadmu
Teguhkan azammu
Pergiatkan amalmu
Kuatkan semangatmu
Dekatkanlah dirimu dengan Rabb
Amiin...~


"اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان"

Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..."

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]



Sunday, May 8, 2011

Kerana Hari Ibu...


بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak hari Sabtu, adik-adik perempuan ana sibuk nak mencari hadiah utk umi. Nak beli kek lah, beli kain baju, bunga & macam-macam lagi. Kebetulan pula tanggal 8 Mei itu merupakan hari lahir umi. Pening kepala abah nak melayan ragam mereka, sudahnya tugas mencari hadiah itu diserahkan pada ana. Tapi lain pula kisahnya dengan adik kembar ana, dari pagi hingga ke petang mereka menghilang, rupa-rupanya pergi mencari hadiah utk umi. Tidak diberitahu pada abah kononnya ingin membuat surprise. Mereka sanggup berjalan kaki dari rumah ke Medan Sg Besar, gara-gara utk meraikan umi. Manakala adik lelaki ana yang sorang lagi, dalam diam telah menyiapkan satu lukisan khas utk umi. Ermmm... ana pulak yang rasa terharu dengan fe'el mereka, umi apatah lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...