Wednesday, April 20, 2011

.:Salam Mujahadah di bumi France:.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Buat sahabatku ,
Asiah Yusra a.k.a Serikandi Umar

Masih ingatkah ukhti akan gelaran itu… Gelaran yang sama-sama kita impikannya satu ketika dulu, saat tika mana kita perbaharui ukhwah kita? Puncanya, buku ‘Tautan Hati’ karya Saudari Fatimah Syarha Mohd Nordin. Amat memikat jiwa seterusnya cukup terkesan dalam kehidupan kita bukan?


" Novel yang banyak membawa pengislahan pada diri... "

Ukhtiku, Khaliesah...
Banyak perkara yang kita kongsikan walaupun cara kita berlainan, haluan kita berbeza, & enti kini jauh di rantau orang… Namun itu bukanlah penghalang untuk kita terus menjalinkan ukhwah ini. Kenangan kita? Biarlah ia terpahat di sanubari & ana kira tidak perlu ana coretkan di sini. Namun, biiznillah jika diberi kekuatan akan ana buat cerpen tentang kisah persahabatan kita. InsyaAllah…

Hasil karyamu yang tercoret di lembaran cerpenku...~
(coretan pada hari-hari terakhir di bumi sambest & kini setelah lebih 2 tahun ana kembalikan semula pada enti)


Esok nan pilu...

Dan kerana itu...

Hari ini...

Biarlah… gelaklah dikau

Bersama denganku

Agar tak terkilan

Di esok nan pilu


Membongkar sejarah dalam sebuah diari usang

Milik kita bersama

Aku selak lembaran demi lembaran

Dan terkuntum madahmu di halaman terakhir

“Sahabat, bila dua hati mematri
Terbit satu rahsia hati
Dengan indahnya analogi
Merungkai kasih abadi
Kita bertemu kerana Ilahi
Menegakkan kalam yang hakiki…”


Oh… hatiku merintih

Mengenang hari esok yan pilu

Andai karakatua meletus,

Aku tetap aku

Duduk disini… menanti kepulanganmu

& Ketahuilah ukhtiku,
(ana masih simpan lagi madah2 darimu...)

“Ku impikan hidup setenang hati di hening malam
Sekental jiwa yang tenang berlari
Setinggi ukhwah sekencang dakwah
Beruntaikan seuntai kasih tasbih yang mematri kasih
Mendambakan persahabatan sehebat ‘Elya & Yusra’...”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...