Sunday, May 8, 2011

Kerana Hari Ibu...


بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak hari Sabtu, adik-adik perempuan ana sibuk nak mencari hadiah utk umi. Nak beli kek lah, beli kain baju, bunga & macam-macam lagi. Kebetulan pula tanggal 8 Mei itu merupakan hari lahir umi. Pening kepala abah nak melayan ragam mereka, sudahnya tugas mencari hadiah itu diserahkan pada ana. Tapi lain pula kisahnya dengan adik kembar ana, dari pagi hingga ke petang mereka menghilang, rupa-rupanya pergi mencari hadiah utk umi. Tidak diberitahu pada abah kononnya ingin membuat surprise. Mereka sanggup berjalan kaki dari rumah ke Medan Sg Besar, gara-gara utk meraikan umi. Manakala adik lelaki ana yang sorang lagi, dalam diam telah menyiapkan satu lukisan khas utk umi. Ermmm... ana pulak yang rasa terharu dengan fe'el mereka, umi apatah lagi.
Mereka hanyalah kanak-kanak, anak-anak kecil tapi tahu juga utk meraikan ibu mereka. Apatah lagi kita yang telah dewasa, sepatutnya lebih-lebih lagi...

Pagi tadi tatkala ana tiba di kedai, tiba-tiba ana ternampak sehelai kertas di printer,

.:PUISI BUATMU BONDA:.

Bonda...

Anakanda masih memerlukan petunjuk,

Ke jalan kebahagiaan,

Dunia & Akhirat,

Setia mengajar erti kekuatan,

Restu & doa bonda iringkan,

Terima kasih atas segalanya,

 Jasa bonda akan anakanda kenang hingga akhir hayat,

Kerana kau adalah ibuku...


KATA-KATA BUAT BONDA TERSAYANG...

Umi,
Kalau umi hendak tahu kenapa Safura sayang sangat dekat umi.
Kerana, umi yang telah melahirkan Safura,
Umilah satu-satunya ibu Safura.
Segala luahan hati ini ku beri kepadamu...
Engkau adalah permata hidupku &
tanpa engkau siapalah aku...~

Itulah warkah khas untuk umi kami dari adik ketiga ana. Macam-macam kan? Sungguh ana bahagia... Walaupun kami ramai & sering bergaduh tapi ana tetap rasa bahagia. Walaupun hari-hari terpaksa menjerit gara-gara perangai mereka, ana tetap sayang akan adik-adik ana. Ana sangat berharap kami anak-anak abah & umi akan menjadi anak-anak yg soleh & solehah juga yg akan berbakti kepada kedua-duanya... Amiin~  Allahu Ta'ala A'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...