Bibismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin...
Seminggu hanya mampu memandang blog ini sepi. Merasakan tiada entri yang bermanfa'at untuk dikongsi akhirnya, ditinggalkan begitu saja. Hari ini hari terakhir kita semua di 'akademi tarbiyyah ini'. Sebak di dada bila mengenangkan amal sepanjang 29 hari yang dilalui entah diterima atau tidak. Dapat bersua dengannya pada tahun depan atau tidak dan esok adalah hari kemenangan. Kemenangan bagi kita umat islam kerana berjaya menghabiskan latihan intensif iman ini. Namun adakah kita menang dalam erti kata sebenar? Kemenangan sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin? Juga natijahnya, adakah kita mampu mencapai tingkat tertinggi dalam akademi ini iaitu puncak taqwa? Ana mengharapkan, moga 1 syawal esok menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur & taqqarub billah. Dalam kita riang gembira menyambut hari raya, usahlah dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik. Pandanglah kiri dan kanan kita, selamilah kesengsaraan dan penderitaan mereka dan bantulah kepada insan-insan yang memerlukan. Kepada insan-insan tersayang yang telah terlebih dahulu dijemput panggilan Ilahi, usah lupa untuk sedeqahkan al-fatihah juga surah al-ikhlas untuk mereka. Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh & beriman. Perlu diingatkan juga untuk diri ana sendiri, bersederhanlah! Bersederhanalah 'ala kulli hal kerana Rasulullah amat suka umatnya yang bersederhana dalam setiap urusan mereka. Allah... Moga Dia redha segala usaha kita. Amiin...
Buat saudara-saudaraku yang dicintai Lillah...
Maaf andai diri ini bisa melukakan & mengguris hati kalian,
Maaf andai diri ini pernah terkasar bahasa, tersalah tingkah tanpa disedari,
Maaf andai diri ini bukan anak, kakak & sahabat yang baik untuk kalian,
Kerana diri ini bukanlah gadis yang kamilah
Namun cuba berusaha untuk menjadi muslimah, mukminah, muslehah & suffiah biiznillah
Moga rabithah hati antara kita tertaut berlandaskan cintaNya
Moga kita semua sentiasa dirahmati & diredhai
Amiiin....~
Ya Rabbul Jalal
Ampuni aku kerana diri ini bisa melanggar perintahMu
Meremehkan syariatmu juga tidak menjaga sensitiviti terhadap agamaMu
Aku hambaMu yang lemah ini mohon
Mohon nusroh agar Kau bisa pegang hati ini
tetap utuh pada jalanMu yang Kau redhai
Allahu Ta'ala A'alam
No comments:
Post a Comment