Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Friday, November 11, 2011

''ukhwah''

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


peringatan utk DIRI SENDIRI dan muslimat sekalian..^_^
Ukhwah' bukan satu tiket membolehkan perbualan mesra di alam maya


Cukup bagi kita bermesra dengan sesama jantina
Tinggikan rasa malu dengan yang berlainan jantina.


Ikhtilat di alam maya dan nyata perlu sama dijaga
Kerna Allah memerhatikan kita tiap masa dan ketika.


Wahai muslimah
Jangan mudah berbalas komen dengan lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting yang memerlukan perhubungan dengan lelaki
Pelihara maruahmu
Jaga akhlakmu


Wahai muslimin
Bataskan bicara dan kemesraanmu
Jagalah hati para mujahidah yang mudah terusik dengan kebaikanmu.


Jangan terlalu asyik di alam maya
Hingga terabai perjuangan di alam nyata


Peringatan buat diri agar tidak lalai dan terleka


InsyaAllah
Amin~

Bukan salah kamu...~

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Kerap kali wanita muslimah menyalah-nyalahkan diri sendiri bila ada kaum Adam yang menyatakan perasaan ataupun menunujukkan minat pada dirinya. Lantas terlahirlah di bibirnya :

“Ya Allah, aku sudah menjadi fitnah pada diri mereka…” lalu dihukum dirinya dengan mengatakan bahawa dia bukanlah wanita yang baik.

Adakah itu salah kita? Salah kita sebagai wanita muslimah yang sedang berusaha untuk menjaga diri? Jadi apakah yang perlu kita lakukan?

Duhai Wanita Muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu. Kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan juga bukan salah kamu. Itu hanyalah ujian dari Allah untuk menguji keikhlasan kamu beramal dengan ilmu yang ada pada dirimu. Ingat! Jangan kamu hukum diri hanya kerana kamu menganggap kamu gagal menjaga diri kamu! Usahlah kamu rasa putus asa untuk menjadi wanita solehah! Sedarlah semakin mantap imanmu, semakin besar ujian Allah yang akan diberikan-Nya kepadamu. Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian itu setanding dengan kemampuan seseorang. (2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada dalam diri.

Oleh itu, perkasakanlah dirimu dengan tarbiyyah dan amal soleh. Berlagak seperti biasa sahaja dengan mereka dan jaga tingkah lakumu agar mereka tidak terpesona dengan suaramu yang manja atau karenahmu yang keanak-anakan dan seyumanmu yang mempesonakan. Jika boleh, bersikap tegaslah dengan dirimu sendiri di hadapan mereka. Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya dan berusahalah untuk tidak menjadi fitnah buat mereka.

Salam Mujahadah buat gadis-gadis solehah!

Allahu Ta'ala A'alam...

Monday, June 27, 2011

Wanita bekerjaya~

Satu Keinginan @ Keperluan ?
~pandangan mereka~

PANDANGAN 1

"Bagi ana, kalau waktu skrg ni wanita memang patut bekerja memandangkan keadaan ekonomi yg tidak berapa stabil. Lagi satu, bila dikaji balik kos sara yuran utk sekolah makin naik & harga barang makin tinggi menyebabkan wanita mesti bekerja. Lagi2 yg tinggal di bandar, memang tak cukup sedangkan hidup bujang pun tak cukup apatah lagi yg dah berkeluarga..."

"Dalam bab pentarbiyahan anak2 pulak brgantung kpd ibu bapanya sendiri. Sesetengah ibubapa wlupn bekerja tp mereka boleh je memperuntukkan masa lepas habis kerja tak pun waktu hujung minggu dgn anak2. Cuma nak tak nak je ibubapa itu sendiri nak meluangkan masa. Lagi satu, walau sesibuk mana pun jika parents tu faham agama, budaya solat berjemaah & usrah boleh dilakukan. Ini jgk dapat mentrbiyah anak2 secara x langsung wlupn mereka bekerjaya. Mmg x dpt dinafikan, ibu2 skrg yg bekerja kurang bg tarbiyyah kt anak2 tp kita kenalah tengok skop didikan Islam. Cthnya yg ana prhatikan, ramai doktor2 muslimah yg faham Islam berjaya didik anak2 sampai jd mcm mereka sendiri yg arif jgk pasal Islam. Apa2 pun sesibuk mana pun kita ttp bila berbalik pd Islam, insyaAllah pasti takde masalah dalam mentarbiyyah anak2. WallahuA'lam..."


PANDANGAN 2

"Wanita bekerjaya dah jadi fatrah dlm ekonomi Malaysia skrg. Tapi ada syarat2 & batas2 yg perlu dijaga. Utk yg dh bersuami : 1.Mesti make sure suami dah redha dgn kerja itu & bukan krn terpaksa. 2.Harus ada orang yg dipercayai utk jaga anak2 bila dia keluar bekerja, cth:makcik, kakak mak au act. orang gaji tidak digalakkan sangat. 3.Kena korbankan banyak hak2 peribadi, cth: kena banyak korbankan masa rehat utk fulfil hak2 suami & anak2 juge emosi pun kena pandai kawal coz spt yg kita tau, wanita bekerjya potensi utk bercerai tu tinggi. Jd, kena fikir betul2 sblm amik keputusan utk bekerja. 
Utk yg belum berkahwin, kena jaga batas2 syaro' masa kerja. Jangan sampai letakkan diri yg boleh bawa fitnah pada diri kita. Tapi dari sudut ana la if suami mampu, biarla isteri kat rumah utk didik anak2 dgn sebaik-baik didikan. Apa yg penting, kena bahagikan masa & kena make sure kena fulfil hak suami, anak2 & diri sendiri. Sama jgk konsep dgn wanita yg kahwin ktk belajar. WallahuA'lam...~"    


PANDANGAN 3

"Bagusla wanita bekerja. Sebab wanita gitu, pemikiran dia lebih terbuka. Mungkin wanita mcam ni dapat menjadi ibu mengajar anak2 erti kehidupan. Bukan maksudnya surirumah tidal dapat jadi ibu yg baik, tapi wanita bekerja depa lagi expose pada dunia luar. Lagipun dunia makin maju & sara hidup pun makin tinggi. Tambah pulak nasib kita x menentu bila dah kahwin nanti. Sekurang-kurang bila kerja tu ia dapat jadi tulang belakang bila suami tinggalkan satu masa nanti, nauzubillah. WallahuA'lam...~"



PANDANGAN 4

"Bagi ana, ada baiknya wanita bekerja utk kebaikan diri & keluarga. Mungkin, kita tak tau kan apa jadi satu masa nanti. Cthnya: bila suami sakit au isteri itu diceraikan, sekurang-kurangnya si isteri ada simpanan. Jd, tidaklah nanti rasa terbeban sangat. Yg kurang baiknya, kadang2 bila dah sibuk bekerja sampai terabai keluarga, lari dari anggunjawab hakiki & akhirnya berlaku pertelingkahan suami isteri.
Bagi wanita yg belum berkahwin, memang bagus bekerja uk membantu keluarga & diri. Cumanya ikhtilat perlu dijaga agar maruah diri terselamat. WallahuA'lam...~"


Wanita... Hiasan Dunia
Seindah Hiasan Adalah WANITA SOLEHAH
Yang Akan Membahagiakan
SYURGA DI DALAM RUMAHTANGGA

Tuesday, June 21, 2011

Keluarga Sakinah 2

Bi bismillah wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin...

Sebagai wanita yang bepelajaran tinggi, rata-rata mereka pada hari ini ingin bekerja. Yalah kos sara hidup makin hari makin tinggi. Bila dah bekerja pastinya mereka ingin kelihatan anggun dan bergaya. Paling-paling pun pastinya ada kereta sendiri untuk kegunaan seharian. Sudahnya ikhtilat tidak terjaga & syariatNya pula entah ke mana. Ramai orang kata :

"Tak gunalah ada degree tapi akhirnya dok kat ceruk dapur..." 

"Buang duit sahaja kalau belajar tinggi-tinggi tapi sudahnya tak kerja..."

Tahukah kalian?

Punca perceraian masa kini adalah 30% daripada orang ketiga & daripadanya 80% adalah merupakan rakan sekerja. Nah, bahayakan!?

Tak salah untuk bekerja tapi berpadalah. Kadang-kadang kerana si isteri telah bekerja si suami pula alpa dengan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Si suami pula mengharapkan gaji si isteri untuk membayar duit rumah, duit kereta dan perbelanjaan sekolah anak-anak. Dek kerana itulah ramai pasangan hari ini perbelanjaannya dipegang oleh isteri & impaknya perangai si isteri makin menjadi-jadi sehinggakan mereka sukar lagi untuk dididik dan dibentuk kerana merasakan diri mereka lebih hebat daripada suami. Jadi,

Ke mana egonya si suami sebaga ketua keluarga dalam menjaga amanahnya?

Ke mana cemburu si suami apabila melihat isterinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahramnya?

Ke mana marahnya si suami melihat isterinya bertabarruj untuk tatapan lelaki ajnabi selain dirinya?

Pendapat ana, seorang wanita itu perlulah meletakkkan awlawiyat dalam kehidupannya. Bukan hanya kehidupan duniawi yang perlu dititikberatkan malah ukhrawi pastinya kena lebih lagi. Bukannya ana tidak setuju untuk tidak bekerja kerana mungkin satu hari nanti pastinya ana juga akan bekerja biiznillah. Namun biarlah kita bekerja itu bukan hanya untuk kepentingan keluarga sahaja malah untuk ummah juga. Bekerjalah kerana Allah & kerana Addin kita yang tercinta. Seboleh-bolehnya, carilah kerja yang ikhtilatnya terjaga dan yang pentingnya tidak sampai mengabaikan urusan rumahtangga. Kerja yang tidak perlu kita terlampau 'expose' terhadap lelaki ajnabi. Pernah satu hari Saidina Ali  karamalllahu wajhah  bertanya kepada isterinya :

"Wahai Fatimah, apakah yang paling baik bagi seorang wanita?" Fatimah menjawab: Bahawa ia tidak dapat melihat lelaki dan lelaki pun tidak dapat melihatnya."

& Saidina Ali r.a. juga pernah berkata :

"Apakah kamu tidak malu dan cemburu, jika kamu meninggalkan isteri dan membiarkannya berpergian dan berjalan di celah-celah kaum lelaki, isteri kamu memandang kepada mereka dan mereka pun memandang isteri kamu?" ~rujukan : Kitab al-Kabair, Az-zahabi m/s:171-172


Impian ana...>

Ana tidaklah mengharapkan kerja yang hebat-hebat, cukuplah sekadar ana dapat berbakti untuk Addin & ummah. Memang sedari kecil, ana bercita-cita untuk membuka Taman Asuhan Islam untuk kanak-kanak & cita-cita itu ana kongsi dengan sahabat tercinta Ukhti Asnida yang merupakan bakal seorang hafizah insyaAllah. Melihat para sahabat yang berkemungkinan besar akan menjadi wanita bekerjaya satu hari nanti seperti doktor, arkitek, pensyarah & sebagainya pastinya menuntut komitmen kerja yang sangat tinggi  & sebagai muslimah yang faham tarbiyyah pastinya mereka menginginkan anak-anak mereka mendapat didikan dan asuhan yang sempurna berlandaskan Islam. Justeru, ana juga ingin membantu mereka kerana mereka telah banyak berkorban untuk Addin & ummah biiznillah, InsyaAllah...~

Allahu Ta'ala A'alam...~

Thursday, April 21, 2011

S.P.I.E.S.

Spiritual.Physical.Intelectual.Emotional.Social

Alhamdulillah... bulan ni ana diberi peluang utk mengikuti Program SPIES iaitu 'Kursus Kepimpinan Belia' anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Memang Best! Kali pertama di Pusat Mini Convention Sabak Bernam & minggu berikutnya di Kalumpang, Hulu Selangor. 

Apa yang ana dapat daripada kedua-dua kursus itu ialah pentingnya jati diri kita sebagai seorang Muslim. Bagaimana untuk kita menjaga identiti kita apabila kita berdepan dengan masyarakat luar & menjadi Qudwah kepada mereka. Bagaimana untuk kita menjadi seorang muslimah sejati apabila bergaul dengan mereka yang tidak benar-benar menjaga syariatNYA. Allah... sungguh mencabar!

Masih ana ingat lagi ketika akitiviti 'cross sungai' di Kalumpang. Tika kami terpaksa menongkah arus sungai yang deras. Para peserta lelakinya masing-masing menyuakan tangan tanpa lapik atau apa-apa alat lain sebagai penghubung untuk membantu para peserta wanita menongkah arus. Mungkin niat mereka sekadar untuk membantu tetapi pada ana bagi mereka yang betul-betul sensitif dengan syariat Islam pastinya ada cara lain. Apa yang penting di sini NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!

Apabila tiba giliran ana,

"Kalau awak tak nak pegang tangan saya, awak pegang batu ni ya!"

Kata salah seorang peserta lelaki pada saya. Mungkin bila dia melihat ana bertudung labuh dan begitu bersemangat membantu peserta wanita yang lain, dia faham dengan prinsip ana. Tapi mengapa dia tidak berkata begitu kepada para peserta wanita yang lain? Itulah yang amat ana sesalkan.

Perkara yang sama berlaku ketika 'Night Walk'... tika mana tidak ada jalan lain untuk ana mendaki bukit melainkan kami terpaksa berpaut pada tangan lelaki yang berada di atas, lelaki itu berkata pada ana,

"Kejap ya, saya ambik kayu... Awak paut kat sini."

Peristiwa itu membuatkan ana berfikir. Sungguh indah menjadi Muslimah kerana sentiasa dipelihara Allah & ana sangat-sangat bersyukur padaNYA!

Banyak pengalaman baru yang ana dapat sepanjang bersama belia-belia di Kalumpang kerana para pesertanya terdiri daripada berbilang kaum. Boleh kata objektif  '1 Malaysia' tercapai kerana masing-masing memberikan komitmen yang baik. Kenangan yang paling ana tidak dapat lupakan apabila kami dipaksa untuk berbaring pada riba sahabat di belakang masing-masing & kebetulan ketika itu keduanya di depan dan di belakang ana non-muslim. Namun, kemesraan begitu cepat terjalin & masing-masing tidak berasa kekok walaupun berlainan agama & bangsa.

Allahu Ta'ala A'alam...

Saturday, March 19, 2011

Aku Wanita Muslimah...~

"Masih dalam pengislahan diri..."
Sombongkah diri ini?

Andai senyuman lelaki tidak dibalas,
Sapaan mereka tidak dilayan,
Bertanya khabar tidak dijawab,
Usikan nakal tiada respond.

Mungkin mereka berkata :
"Tak best la awek tu cam ustazah,
Bajet mahal, bajet alim..."

Saturday, February 26, 2011

Jagalah Auratmu...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kuserahkan jiwa dan hati ini sepenuhnya kepadaMU Duhai Pemilik Cintaku.

Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana diri ini masih lagi diberi kudrat, kelapangan masa juga kekuatan untuk terus menulis. Menulis adalah hobi ana dari kecil yang masih kekal hingga kini dan hari2 yang mendatang. InsyaAllah...

Masa zaman sekolah dulu, ramai adik2 junior juga para sahabat bertanya pada ana. Rata-rata tentang permasalahan dalam berpakaian dan soal cinta juga hati. Memang sudah lumrah dua perkara itu menjadi masalah besar ketika remaja. Masing2 buntu dan keliru! Tidak kurang ada dalam kalangan mereka ingin mersai nikmat keseronokan alam remaja seperti para remaja di luar sana sedangkan mereka membesar dalam biah yang cukup sempurna agamanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...