Saturday, February 26, 2011

Jagalah Auratmu...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kuserahkan jiwa dan hati ini sepenuhnya kepadaMU Duhai Pemilik Cintaku.

Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana diri ini masih lagi diberi kudrat, kelapangan masa juga kekuatan untuk terus menulis. Menulis adalah hobi ana dari kecil yang masih kekal hingga kini dan hari2 yang mendatang. InsyaAllah...

Masa zaman sekolah dulu, ramai adik2 junior juga para sahabat bertanya pada ana. Rata-rata tentang permasalahan dalam berpakaian dan soal cinta juga hati. Memang sudah lumrah dua perkara itu menjadi masalah besar ketika remaja. Masing2 buntu dan keliru! Tidak kurang ada dalam kalangan mereka ingin mersai nikmat keseronokan alam remaja seperti para remaja di luar sana sedangkan mereka membesar dalam biah yang cukup sempurna agamanya.

Sahabat se 'Fikrah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kuserahkan jiwa dan hati ini sepenuhnya kepadaMU Duhai Pemilik Cintaku.

Alhamdulillah baru-baru ini ana dapat berkenalan dengan seorang akhowat yang cukup ana kagumi bukan sahaja peribadinya, tutur katanya malah ilmunya. Walaupun beliau lebih muda 2 tahun tapi itu tidak menghalang kami untuk bermesra dan ana dapat rasakan seperti kami telah lama berkenalan. Mungkin apabila ukhwah yang dijalinkan tertaut kerana Allah amat terasa halawahnya. Alhamdulillah... Syukur tidak terkata dengan nikmatMU kerana selama ini kami hanya berhubung melalui telefon dan natijahnya masing2 teruja tika kali pertama pertemuan. Lama kami berbicara dari hati ke hati, dari minda ke minda. Bermula dari niat asal pertemuan kami iaitu berbincang mengenai modul kursus intensif nuqaba' untuk para junior di sekolah hinggalah ke cerita peribadi. Dalam banyak2 butir bicaranya, antara bait katanya yang paling terkesan di hati ana ialah jawapan dari soalan yang ana ajukan padanya :

"Parents Isma tak risau ke Isma pergi sana sini buat kerja dakwah, naik bas sorang2. Bahaya kan."

Jawapannya :

"Alhamdulillah... Ayah dan ibu saya tidak pernah menghalang saya aktif dalam kerja dakwah. Saya bersyukur kerana mereka telah wakafkan diri saya untuk agama."

Menitis air mata ana tatkala mendengar jawapan dari bibir mungilnya. Terserlah kemanisan senyumannya dihiasi dengan 2 butir tahi lalat di bawah bibir dan itulah persamaan kami berdua. 2 butir tahi lalat di bawah bibir. Ana cuba untuk tersenyum. Hati ana sebak. Terasa betapa tulus jiwanya kerana telah mewakafkan dirinya untuk agama. Ana?

Benarlah dalam menyelusuri kehidupan ini, kita perlu teman yang JELAS FIKRAHnya & KUAT ADDINnya kerana teman sebegitulah yang bisa menemani kita jatuh bangun dalam episod kehidupan.

"Ya Allah... Moga Kau terus mengurniakan sahabat yang bisa membantu tika daku jatuh & bisa mengingatkan tika daku lupa..."

Allahu Ta'ala A'alam...~


Ingatan : Hargailah SAHABAT yg masih berada di sisi kita krn 1 hr nnt pasti dia pergi meninggalkan kita...~


Friday, February 25, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (4)

Tahun 2013
Hotel 5 bintang

Majlis reunion batch SPM 2008 berlangsung dalam suasana yang cukup Islamic walaupun di hotel yang bertaraf 5 bintang.

“Faheem! Camne akhowat yang tsiqoh macam Aula’ boleh sangkut dengan enta ni?”

Soalan cepu emas yang terlontar dari mulut Haikal menarik perhatian ikhwah yang lain.

“Lelaki soleh kan untuk wanita solehah.” 

Thursday, February 24, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (3)

Kolej Insaniah, Baling, Kedah
Di rumah sewa Aula'

Aula’ berjalan berseorangan. Tika kakinya  melangkah ke pintu utama Univesity Al-Azhar cawangan Mansourah, matanya tertancap akan seorang ikhwah yang memakai baju batik serba hijau. Itu bajuk batik sekolah lamaku..” bisik hati kecil Aula’. Tiba-tiba kitab-kitab yang dibawanya terjatuh. Ikhwah itu seraya menoleh dan spontan menghulurkan bantuan. Mata mereka bertentang. Kemudian ikhwah itu berlalu pergi. Aula’ terpaku. Bukankah itu Faheem Taqries…

Monday, February 21, 2011

Kecewa Lagi ??

Semalam keputusan STPM diumumkan. Perasaan? Alhamdulilah... Ana bersyukur sangat kerana Allah berikan sedikit kekuatan & ketenangan buat ana kerana bukan ini kali pertama ana merasai situasi begini. Jadi tidaklah terasa cuak seperti imtihan yang lepas-lepas.

Kenapa ya?
Hati tidak berdebar, jiwa tidak gelisah... 
Mungkin apabila ana pernah mengalami banyak kekecewaan dan kegagalan kini ana sudah tidak pandai lagi untuk meletakan harapan yang tinggi cuma ana hanya mampu berdoa :

"Ya Allah, Kau berikanlah apa yang terbaik untuk aku dan agamaku"

Natijah?
Tidaklah semantap mana namun ana yakin itulah yang terbaik buat diri ana dan agama. Ana juga yakin setiap apa yang terjadi pada kita ada hikmahnya...

Bila ana renung kembali, sirah perjalanan hidup ana selama ini. Alhamdulillah, memang telah diaturkan olehNYA tersusun indah. Subhanallah...

Jazakumullah khairan jazak buat para guru. Jasa kalian tidak terbalas rasanya. Sungguh kalian adalah pelita hidup kami. InsyaAllah akan ana buat 1 post istimewa buat para guru SLISS.



Sekitar tanggal 21 Febuari 2011 :


Mengorak langkah sebelum menapak ke Dewan Seminar Ibnu Batutta


Jenuh jugakla nak menengok slip keputusannya

 Jadi,
Tidak perlu ana kecewa kerana ana yakin Allah pasti akan membantu hamba2NYA dlm usaha mengutip mutiara ilmuNYA.
Moga Allah buka jalan yang terbaik buat ana & teman2 seperjuangan yang lain.
InsyaAllah...



Thursday, February 17, 2011

JaGa HaTi...~

Ya Rabbi...

betapa kotornya HATI ini...
lalai daripada mengingatiMu,

BIBIR ini...
tidak dibasahi kalam AgungMu,

MULUT ini...
gagal membicarakan maslahah ummahMu,

TELINGA ini...
tidak mendengar kalimah suciMu,

TANGAN ini...
tidak ku sumbangkan ke jalanMu,

KAKI ini...
tidak ku arah ke Taman-taman SyurgaMu,

dan JIWA ini...
sakit tiada penawarnya.

Sejak akhir-akhir ini jiwa ana rasa sakit. Hati sentiasa resah dek kerana tidak lagi disirami dengan muhasabah. Memang benar dunia itu mengalpakn kita dan sudahnya kita LALAI dgn tanggungjawab kita kerananya. Ana jeles dgn teman baik ana krn jalan hidup yang diaturkan padanya cukup indah. Belajar di Bumi DQ yg menjadi idaman pencinta Qur'an, tiada facebook, ikhtilatnya terjaga dan bakal hafizah lagi. Sungguh, dia memang Mujahidah Solehah. Ana? erm, terasa diri ini bagaimana ya? Ana sebenarnya ingin menjadi Deejay yang dulu. Seorang yang tidak dikenali ikhwah, jarang berbicara dengan mereka apatah lagi ingin bertentang mata dan tidak pernah menyimpan nombor mana2 ikhwah. Indahnya saat itu, tapi kini...
Banyak urusan yang perlu ana selesaikan dengan mereka. Ana dihimpit rasa bersalah. Memang sukar untuk berMUJAHADAH! Hanya mereka yang betul2 kuat mampu untuk melakukannya. Ana dapat rasakan ia adalah satu UJIAN yang DIA berikan untuk mentarbiyyah diri ana.

Ana dalam tarbiyyahNYA, ana dalam ujianNYA. 

Astaghfirullah... ana perlu nilai diri ini semula. Ana perlu atur langkah untuk itu dan terus mengoraknya supaya bisa menjaga diri ini. Fikir punya fikir antara beberapa langkah yang perlu ana ambil :

1. Kurangkan keaktifan dalam facebook
2. Buang kwn2 dari golongan ikhwah
3. Buang nombor2 ikhwah yang tiada urusan penting
4. Berurusan hanya yang penting sahaja

"YaAllah tunjukkanlah jalan yang terbaik dan yang Kau redhai..."

Wednesday, February 16, 2011

Srikandi Abu Bakar

Salah satu PUISI daripada sahabat ter'chenta' yg amat ana hargai :


Siti Khadijah...
Nama setegar tekadnya
Hati sekental srikandi
Yang setia menemani Baginda

Dijah...
Jiwamu nun jauh di sana
Di lembah jerlus berbisa
Walau kau mengerti panahan insani
Walau kau akur azab duniawi
Ingin sekali aku tuturkan

Wahai Srikandi Abu Bakar
Masakan pernah aku lihat kau mengalah
Kian tak pernah melunturkan jihad
Biar kelopak suci tak pernah kering
Kau tega di sini
Memburu janjiNYA

Andai ilusi tak mekar nyata
Kalau mimpi bukan firasat
Tetap kan ku khabarkan padaNYA
Kau mujahidah sejati...~

Sebenarnya Srikandi Abu Bakar adalah gelaran yang diberikan seseorang kepada ana iaitu Nurul Khaliesah. Manakala beliau pula ana gelarkan Srikandi Umar kerana seorang yang tegas, tetap pendirian dan tangkas dalam gerak kerja dakwah. Lain benar dengan ana cara dan pendekatan kami amat berbeza. Mungkin sebab itulah beliau ana gelarkan dengan Srikandi Umar manakala ana Srikandi Abu Bakar seperti Asiah Yusra & Elya Khadeeja dalam novel “Tautan Hati” karya Saudari Fatimah Syarha Mohd. Nordin.

Syukran Liesah sebab banyak bantu ana dalam usaha diri ini mengislahkan diri. Puisi ini amat bermakna di hati ana. Walaupun ana tidaklah seperti yang digambarkan insyaAllah ana akan cuba ke arahnya...>

Saturday, February 12, 2011

Maulud Nabi vs Valentine's day

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teringat perbualan ana dengan abah beberapa hari lalu,

"Abah nak pi Pahang hari apa?" 

"Selasa kot, katanya kursus tu hari Selasa."

"Hari Selasa cuti ke? Cuti ape? Takkan programnya hari Selasa?"

"Selasa kan cuti kak, MAULUD NABI..."

"Ya Allah... masakan aku boleh lupa hari kelahiran Kekasih Allah?
Dhaifnya aku... erm kalau 14 Febuari tu ingat aje, hari Kekasih."

Itulah manusia zaman sekarang
Begitu terikut sekularisme yang dibawa yahudi
Sedangkan ajaran yg benar itu diabaikan...

Astaghfirullah, ana jadi takut!

Takut dengan kekhilafan diri,
Takut dengan masalah Ummah
yg tidak ada lagi 'cahaya' di hati mereka,
Ana jadi takut dengan maksiat yg berlaku di depan mata saban hari,
Takut dengan kesibukan warga bumi  
yg mengabaikan tanggungjawabnya pd Sang Pencipta,
Takut jg dgn kealpaan 'nikmat dunia'
yg bisa memusnahkn hidup kita...

"Ya Rabb...
Moga aku tidak tergolong dalam golongan itu
Tunjukkanlah aku jalan yg lurus & yg Kau redhai..."

Wednesday, February 9, 2011

Khali...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ku titipkin rasa rindu juga cinta buat Sang Pemilik hati2 ini...


Tarbiyah ?

Usrah ?

Jemaah ?

Macam tak best je...
Untuk orang baik2 kan?

Itulah yang ana fikir

Tapi itu dulu...



Kini...
Bila ana mula kehilangan
Ana mula merinduinya
Mencarinya...

Mencari shabat2 yang sama fikrah
Juga mereka yang memikirkan masalah ummah
Duduk bersama akhowat yang sma2 berusaha mengislahkan diri
Juga teman untuk bermuhasabah

Sungguh...
Ana mula rasa kehilangan
Khali
Jiwa kosong
Hati gersang dengan ketenangan

Bilakah kan tiba saat itu semula?
Saat yang tertautnya cinta padaMu Ya Rabb...

Ya Allah...
Bantulah hambaMu ini ~





Kursus ASAS TALAQQI

Alhamdulillah... 15 Jan. yang lalu ana diberi peluang olehNYA untuk mengikuti satu kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Quran As-Syatibiah. Kursus itu amat bermakna pada ana kerana Ustaz Surur @ nama sebenar beliau Us. Surur Shihabuddin An-Nadwi, pensyarah UIA selaku penceramah juga penulis buku telah berjaya membuatkan ana JATUH CINTA. Ya jatuh cinta untuk mempelajari Al-Quran. Walaupun ianya bukanlah kursus yang pertama kali ana ikuti, tapi kali ini rasanya lain benar.

Mungkin kerana ana mula memahami kepentingannya. Ana jadi kagum dengan para peserta yang hadir, semua golongan tua-tua. Mana golongan muda-muda? Kesungguhan dan semangat mereka menjadikan diri ini begitu berkobar-kobar. Apatah lagi ana adalah peserta termuda, sepatutnya ana perlu tunjukkan semangat darah muda ana melebihi mereka. Ini tidak...hehe sebenarnya kursus ni pun abah yang ajak pergi. Ana langsung teringat hadis Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain) – Riwayat al-Bukhari-

Subhanallah... Begitu indah perjalanan hidup yang telah DIA aturkan untuk ana. Ana begitu terkesan dengan hadis di atas dan cuba untuk mendalami, menghayati dan berusaha untuk mengamalkannya. Ana bersyukur kerana diberi peluang untuk mengajar mengaji walaupun ana sedar takat manalah sangat ilmu di dada, sedar diri ini banyak yang perlu dipelajari.

“Diri pun belum cukup sempurna ada hati nak ajar orang lain.”

Tuesday, February 8, 2011

1 Misr 1 Malaysia

Sangat beruntung bagi Kerajaan yang memiliki rakyat-rakyat seperti kalian..

Ya Shabab..

Ya Misr..

Ya Al-Azhar..

kami mengidolakan kalian..

akan kami bawa semangat kalian,

ikrar kalian,

kepewiraan kalian bersatu dalam nyali kami.

Kegagahan kalian akan kami bawa pulang ke tanah air tercinta.

Nantikan beraksinya anak-anak didikan Shabab Misr ... di Pentas Bumi Malayasia


Kalian dalam kerinduan kami..Ya Misr..


* Kata2 yg diambil dr fb Acik Anum...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...