Thursday, February 24, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (3)

Kolej Insaniah, Baling, Kedah
Di rumah sewa Aula'

Aula’ berjalan berseorangan. Tika kakinya  melangkah ke pintu utama Univesity Al-Azhar cawangan Mansourah, matanya tertancap akan seorang ikhwah yang memakai baju batik serba hijau. Itu bajuk batik sekolah lamaku..” bisik hati kecil Aula’. Tiba-tiba kitab-kitab yang dibawanya terjatuh. Ikhwah itu seraya menoleh dan spontan menghulurkan bantuan. Mata mereka bertentang. Kemudian ikhwah itu berlalu pergi. Aula’ terpaku. Bukankah itu Faheem Taqries…
Tiba-tiba Aula’ terjaga. “Astaghfirullah…” Aula’ beristighfar menenangkan hati. Termasuk ini sudah tiga kali dia bermimpikan mimpi yang sama. Tempat, situasi dan ikhwah yang sama. Aula’ gagahi diri ke bilik air untuk berwudhu’. Mencari ketenangan dan memohon perlindungan daripada  KekasihNya yang setia. Setia menunggu kehadirannya saban hari. Setia mendengar segala rintihan dan keluhannya. Tahajjud yang dilakukan oleh Aula’ diiringi air mata keinsafan. Dia takut andai mimpi itu membawa kepada titik hitam dan menjadi punca untuk bertiup sifat-sifat mazmumah dalam diri yang menjadi perosak generasi rabbani sepertinya.

“Ya Allah…selamatkanlah hambaMu ini dari fitnah dunia. Peliharalah diriku umat di akhir zaman ini dengan iman yang terpelihara!”  

Rintih Aula’ di sepertiga malam yang terakhir.

Keesokan paginya seusai menunaikan solat Subuh bersama ahli baitnya, memang sudah menjadi rutin Aula’ membuka mail boxnya.  Dada Aula’ berdegup kencang tatkala menerima e-mail seorang ikhwah yang cukup dikenalinya.

From : Faheem Taqries

Di sini ana wakilkan pada ukhti untuk menyampaikan kalam ini buat akhowat terutamanya akhowat ex-Sam Bestari… Juga sebagai tatapan ukhti yang lahir daripada qolbi diri ana yang hina ini. Afwan (maaf) kerana ana bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan perkara ini. Namun. Disebabkan tuntutan dakwah dan tarbiyah, ana merasakan berkewajipan walaupun usaha ini tidaklah sehebat enti dan du’at yang lain. Ana tak nak akhowat kita lalai, leka dek hiburan dunia semata dan tidak mahu maruah yang antunna pelihara semasa di sekolah dulu punah dek kelalaian dan kealpaan kita.

Allahu Ta’ala A’alam..

Seindah hiasan adalah wanita solehah… Namun sekiranya seorang wanita itu
tidak dihiasi dengan sifat malu, maka hilanglah segala perhiasan itu..

Akhowat fil Islam…

Kini…
Bagaimana keadaanmu
Aku sedih melihat tutur bicaramu
Segala perilaku dan apa yang terjadi pada dirimu

Akhowat
Mengapa tidak hijab yang menjadi balutan tubuhmu
Mengapa tidak kalamullah yang menghiasi bibir merekahmu
Mengapa tidak Al-Qur’an yang menjadi perisaimu
Mengapa tidak kesopanan yang menjadi perhiasanmu
Mengapa

Akhowat
Mengapa hargamu tidak semahal dulu
Mengapa dirimu tidak seindah dulu
Mengapa tidak kau getarkan hati ini
Dengan keindahan akhlakmu
Mengapa tidak kau sejukkan hati ini
Dengan kalimah tayyibah yang keluar dari butir bicaramu

Akhowat
Tercipta dikau dari rusuk lelaki
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat juga di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Akhowat
Adakah kau tidak ingin lagi digelar hiasan duniawi
Bagaiman pula dengan tugasmu sebagai sayap kiri
Sayap kiri perjuangan suci

Akhowat
Tidak mungkin kau mampu menjadi Muslimah Sejati
Tidak mungkin kau mampu menjadi Mukminah Jannati
Andai kau terusan begini

Sedarlah akhowat
Ikhwah perlukan bantuan darimu
Kami perlukan serikandi-serikandi
Sebagaimana Rasulullah memerlukan
Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah
Dalam meniti perjuangan Baginda
Menentang arus tsunami jahiilyah
Yang terus bergolak di akhir zaman

Meremang bulu tengkuk Aula’ membacanya. Hatinya bergetar hebat.
Dia pasti e mail ini daripada Faheem Taqries. Sahabatnya ketika di sekolah dulu.
Dia juga pasti ikhwah inilah yang hadir dalam mimpi-mimpinya sejak kebelakangan ini. Tapi…
Adakah dia sudah berubah. Telah sedarkah dia akan tanggungjawabnya sebagai penyambung rantai perjuangan Rasulullah, sebagai seorang Da’ie.. Hamdallah… Memang dari dulu Aula’ yakin dengan fikrah sahabatnya itu. Walaupun Aula’ tidak pernah kenal secara dekat namun itulah yang dirasainya dan itulah yang diharapkan daripada lelaki itu. Kerana dia yakin Faheem lahir daripada keluarga yang baik-baik dan punya jiwa sepertinya.

Akhirnya, Aula’ mengambil keputusan untuk solat dhuha sebelum ke kuliah. Dia berwudhu’ kemudian bersiap-siap mengenakan jubah hitam dan tudung berwarna kelabu.   Aula’ tidak mahu sampai lambat ke kelas talaqi. Kini hamdallah dia sudah menghafal 15 juzuk. Dia bertekad untuk menyatakan rasa kecewanya pada ikhwah, ikhwah yang ditarbiyyah yang mungkin hari ini hanya nampak salahnya pada akhowat sahaja. "Ikhwah juga perlu disedarkan." Bisik hati kecilnya.

 
From : Aula’ Amr Dzukran

Jazakallahu khairan jazak. Betul apa yang enta katakan akhowat kini bagaikan sudah hilang malunya seperti dunia yang hilang serinya. Ana turut sedih melihat keadaan mereka. Namun hanya akhowat sahajakah yang sedemikian? Bagaimana pula dengan Ikhwah? Apakah peranan antum? Adakah antum hanya mampu melihat atau bagaimana?

Ikhwah
Mengapa dirimu tidak segagah dulu
Mengapa jiwa pemudamu tidak sekental dulu
Mengapa tidak kau hiasi dirimu dengan semangat juangmu
Mengapa tika maksiat berlaku di depan mata kau hanya diam membisu
Mengapa tika wanita melintasimu tidak kau tundukkan pandanganmu

Ikhwah
Mengapa sms haram yang menjadi zikirmu
Mengapa carutan yang menjadi butir bicaramu
Mengapa pakaian yahudi yang menjadi kebanggaanmu
Duhai Ikhwah

Ikhwah
Jadikanlah Al-Quran sebagai teman akrabmu
Para rasul sebagai role modelmu
Sirah perjuangan sebagai skrip hidupmu

Ketahuilah kami amat memerlukan mujahid-mujahid
Yang kuat Addinnya
Yang jelas fikrahnya
Yang mantap imannya
Yang tsabat qolbinya
Yang teguh jiwanya
Yang ikhlas ibadahnya
Yang molek akhlaknya
Yang bernas hujahnya
Yang tinggi ilmunya
Juga pengabdiannya pada Yang Esa

Allahu  Ta’ala A’alam

bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...