Wednesday, February 16, 2011

Srikandi Abu Bakar

Salah satu PUISI daripada sahabat ter'chenta' yg amat ana hargai :


Siti Khadijah...
Nama setegar tekadnya
Hati sekental srikandi
Yang setia menemani Baginda

Dijah...
Jiwamu nun jauh di sana
Di lembah jerlus berbisa
Walau kau mengerti panahan insani
Walau kau akur azab duniawi
Ingin sekali aku tuturkan

Wahai Srikandi Abu Bakar
Masakan pernah aku lihat kau mengalah
Kian tak pernah melunturkan jihad
Biar kelopak suci tak pernah kering
Kau tega di sini
Memburu janjiNYA

Andai ilusi tak mekar nyata
Kalau mimpi bukan firasat
Tetap kan ku khabarkan padaNYA
Kau mujahidah sejati...~

Sebenarnya Srikandi Abu Bakar adalah gelaran yang diberikan seseorang kepada ana iaitu Nurul Khaliesah. Manakala beliau pula ana gelarkan Srikandi Umar kerana seorang yang tegas, tetap pendirian dan tangkas dalam gerak kerja dakwah. Lain benar dengan ana cara dan pendekatan kami amat berbeza. Mungkin sebab itulah beliau ana gelarkan dengan Srikandi Umar manakala ana Srikandi Abu Bakar seperti Asiah Yusra & Elya Khadeeja dalam novel “Tautan Hati” karya Saudari Fatimah Syarha Mohd. Nordin.

Syukran Liesah sebab banyak bantu ana dalam usaha diri ini mengislahkan diri. Puisi ini amat bermakna di hati ana. Walaupun ana tidaklah seperti yang digambarkan insyaAllah ana akan cuba ke arahnya...>

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...