Wednesday, February 9, 2011

Kursus ASAS TALAQQI

Alhamdulillah... 15 Jan. yang lalu ana diberi peluang olehNYA untuk mengikuti satu kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Quran As-Syatibiah. Kursus itu amat bermakna pada ana kerana Ustaz Surur @ nama sebenar beliau Us. Surur Shihabuddin An-Nadwi, pensyarah UIA selaku penceramah juga penulis buku telah berjaya membuatkan ana JATUH CINTA. Ya jatuh cinta untuk mempelajari Al-Quran. Walaupun ianya bukanlah kursus yang pertama kali ana ikuti, tapi kali ini rasanya lain benar.

Mungkin kerana ana mula memahami kepentingannya. Ana jadi kagum dengan para peserta yang hadir, semua golongan tua-tua. Mana golongan muda-muda? Kesungguhan dan semangat mereka menjadikan diri ini begitu berkobar-kobar. Apatah lagi ana adalah peserta termuda, sepatutnya ana perlu tunjukkan semangat darah muda ana melebihi mereka. Ini tidak...hehe sebenarnya kursus ni pun abah yang ajak pergi. Ana langsung teringat hadis Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain) – Riwayat al-Bukhari-

Subhanallah... Begitu indah perjalanan hidup yang telah DIA aturkan untuk ana. Ana begitu terkesan dengan hadis di atas dan cuba untuk mendalami, menghayati dan berusaha untuk mengamalkannya. Ana bersyukur kerana diberi peluang untuk mengajar mengaji walaupun ana sedar takat manalah sangat ilmu di dada, sedar diri ini banyak yang perlu dipelajari.

“Diri pun belum cukup sempurna ada hati nak ajar orang lain.”

Kadang-kadang terbit juga kata-kata seperti itu di hati ana namun ana berpegang pada prinsip :

“Mengajar untuk Belajar...” bukan belajar untuk mengajar.

Terngiang kata-kata Ustaz Baharuddin guru kesayangan ana. Ustaz yang berjaya menarik minat ana untuk mempelajari Bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh.

“Enti, talaqqi ya Khadijah! Talaqqi!”

Lontaran vokal ustaz pada malam itu (kelas tambahan) mengecutkan perut ana apatah lagi tika itu ana
sedang buat pembentangan di hadapan kelas.

“Enti dhaif jiddan...Hakaza ka SAMBEST? Laisa mumtaz! Laisa jayyid jiddan! Walakin dhaif la enti!”

Sambungnya lagi sambil beristighfar dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau ustaz begitu pasti ustaz tak puas hati dengan hasil kerja ana. Ana hanya tunduk takut untuk menentang mata dengan ustaz manakala sahabat-sahabat yang lain memang telah lama menyepikan diri. Sememangnya ana tidak kecil hati jika dimarahi oleh ustaz malah ana semakin suka. Rasa diri ini diberi perhatian dan diambil berat. Mungkin sesetengah orang kurang setuju dengan kata-kata ana tapi itulah yang ana fikir. Entahlah... ana ni pelik sikit gamaknya.Cara ana fikir bagi sesetengah perkara tak sama macam orang lain. Pernah satu ketika ana diminta untuk buat announcement oleh ketua umum menggunakan microfon di urusetia, bematian-matian ana menolaknya. Hujah ana,

“Kalau nak suruh ana cakap guna microfon, biar nampak muka macam kat musolla tu bolehla.”

Akhirnya sahabat ana Mumtaz yang menjadi mangsa. Syukran Mumtaz! Enti begitu memahami ana.
Aduh... rindunya ana pada zaman sekolah. Marah-marah ustaz ana tahu itu tandanya beliau sayang. Beliau mahu ana berjaya bukan sahaja di dunia malah di Akhirat. Jazakallah ustaz, malu jugak kalau ustaz bace pos ana kali ni. Begitu juga dengan abah,

“ Macamman tadi?”

Soalan pertama yang keluar dari mulut abah sebaik sahaja ana masuk ke dalam kereta. Ana hanya tersengih.

“Ok je, Banyak yang kakak dapat.”

“Kan abah dah cakap... talaqi tula tak nak dengar.. dulu bukan abah suruh belajar dengan Ust. Hafid tak nak...”

Hehe. Hanya sengihan yang mampu ana berikan tidak mampu ana untuk membalas kata-kata abah.
Bukan tak nak bah, tapi tak tau nak celah amik masa kat mana. Masa ustaz buat kelas KAQ dengan pelajar form 5 ana ada kelas lughah ustaz. Jadi, tidaklah ana jadi untuk belajar. Itulah alasan yang ana berikan pada abah dulu-dulu dan jawapan abah,

“Bukan takde masa kak, kakak yang tak nak cari masa yang sesuai, tak de kesungguhan dalam menuntut ilmu.”

Betul kata abah. Masa tu ana belum matang. Sekarang pun taklah matang sangat tapi boleh jugak la berfikir dan mampu membuat sesuatu keputusan lebih baik daripada dulu.

Ana adalah seorang insan yang masih banyak kekurangan. Masih banyak yang belum tahu dan tak tahu. Masih banyak Ilmu Allah yang belum ana terokai. Benarlah kata Imam Shafie :

“Aku bila mana bertambah pengetahuanku, semakin bertambah kebodohanku...”

Ya.. ana memang mengakuinya. Terasa diri ini kerdil di hadapanMU Ya Rabbi. Terasa diri ini hina ditambah dengan titik-titik hitam yang menguasai hati ini. Ana juga pernah rasa diri ini futur, jauh dengan Allah. Amalan tidak dijaga, tidak istiqamah, mungkin juga tidak ikhlas. Astaghfirulllah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...