Friday, February 25, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (4)

Tahun 2013
Hotel 5 bintang

Majlis reunion batch SPM 2008 berlangsung dalam suasana yang cukup Islamic walaupun di hotel yang bertaraf 5 bintang.

“Faheem! Camne akhowat yang tsiqoh macam Aula’ boleh sangkut dengan enta ni?”

Soalan cepu emas yang terlontar dari mulut Haikal menarik perhatian ikhwah yang lain.

“Lelaki soleh kan untuk wanita solehah.” 

Belum sempat Faheem memberikan respond Safri telah menjawab spontan. Masing-masing ketawa namun jauh di sudut hati mereka mengakui firman Allah itu. Memang diakui sebenarnya Faheem punya fikrah Islam yang tinggi. Dia lahir daripada keluarga yang baik-baik. Dia juga sebenarnya seorang hafiz dan ketua Imam di sekolah dahulu. Suaranya yang merdu tatkala mengalunkan ayat-ayat Qur’an mampu mencairkan hati-hati yang keras. Dia juga sebenarnya banyak melakukan dakwah fardhiah pada teman-temannya secara tidak langsung tanpa disedari. Namun ramai yang tidak tahu itu kerana dia lebih dikenali dengan kenakalannya.

Rata-rata akhowat yang hadir pada majlis itu tampak sempurna pakaian mereka. Tidak kurang di kalangan mereka yang memakai furdah berjubah dan bertudung labuh. Kebanyakannya memakai hijab seperti yang dikenakan oleh isteri-isteri nabi.Walaupun mereka semua tergolong dalam golongan yang professional namun hijab yang menjadi penghias diri amat mangagumkan. Hamdallah…

Haikal teramat kagum dengan akhowat yang ditarbiyyah. Mereka nampak secara luarannya macam tidak pandai bergaul tetapi sebenarnya mereka seorang yang flexible dan mudah didekati. Mereka juga senang dibawa berbincang dan disenangi oleh akhowat yang lain. Cuma dengan ikhwah mereka sedikit sombong. Namun bagi Haikal mereka bukannya sombong tetapi mereka menjaga adab sebagai seorang muslimah. Jika dahulu. dia tidak menyukai golongan seperti mereka tapi kini baru dia tahu bahawa susahnya untuk mencari wanita solehah di luar sana. Dalam diam, timbul keinginan Haikal untuk menjadikan akhowat sebegitu sayap kiri perjuangannya.Namun dia sedar siapalah dia yang layak untuk mendampingi gadis-gadis di sekolah. Iri hati dia dengan sahabat baiknya, Faheem yang kini telah mendirikan baitul muslim pada tahun lepas dengan seorang akhowat yang begitu tinggi semangat mujahadahnya. Aula’ namanya. Aula’ di zaman persekolahan dikenali dengan seorang yang tegas dalam berbicara soal agama dan ummah. Sampaikan ikhwah tidak berani untuk menyakat atau bergurau senda dengannya. Haikal akui walaupun dia seorang yang nakal namun dia amat segan dengan Aula’ dan sahabat-sahabatnya yang lain. Apabila berurusan dengan mereka, dirasakannya dirinya teramat sopan sampaikan teman-temannya yang lain tidak habis-habis menyakatnya. Itulah kelemahan yang telah mencacatkan machonya sebagai seorang lelaki dan menjatuhkan keegoannya. Walaupun dalam akademik, Aula’ tidaklah sehebat mana namun peribadinya dan akhlak yang terjaga menyebabkan ikhwah begitu hormat dengannya.

Seingat Haikal, memang dahulu ikhwah banyak main-main. Tidak serius dan tidak ambil berat akan maslahah yang berlaku di sekolah. Bukan tidak mahu tapi segan untuk melakukannya kerana mereka juga tergolong dalam kalangan pelajar yang bermasalah. sehinggakan zaman kehancuran Taman Islami iaitu sekolah mereka telah kelihatan pada ketika itu. Pelbagai masalah yang timbul bermula dengan ibadah sehingga masalah social seperti couple, dating, dan sebaginya. Akhowat pada ketika itu bagai sudah hilang malunya dan ikhwah pula bagaikan hilang pedoman. Namun hamdallah segala-galanya dimulakan oleh pihak akhowat terutamanya Jemaah Fatayat Badar (JFB). Merekalah yang membuka mata dan menyedarkan Ikhwah akan maslahah tersebut sehingga Ikhwah tercabar akan kredibiliti mereka. Tika itu, mereka sama-sama berusaha untuk kembalikan zaman kegemilangan Taman Islami, kembalikan Biah Solehah yang selama ini tidak dihayati oleh penghuninya. Impaknya, walaupun keputusan SPM jatuh namun mereka berasa puas kerana dapat menyelamatkan sekolah tercinta.

Lamunannya terhenti tatkala Faheem mencuit bahunya. Dia tahu apa yang difikirkan oleh sahabatnya itu. Haikal mula bersuara setelah lama menyepikan diri.

“Im… Aku jeleous dengan kau sebenarnya. Kau punya segala-galanya sedangkan aku. Kau punya keluarga yang bahagia. Serikandi yang solehah…Aku tidak punya apa-apa Im...".

“Kal… Ada kalanya kita ragu-ragu dengan ihsan Allah…kerana kita kecewa dengan dugaan hidup yang tidak berkesudahan…Sedangkan dia menyusun setiap keperitan itu agar kita tidak lupa untuk sujud di sisiNya…Allah menanti dan mengharap kehadiran kita melebihi kerinduan kita kepadaNya… Dia tidak pernah berhenti menunggu sebuah pengabdian dari seorang hamba yang tiada rasa sangsi sedikit pun tentang kasih sayangNya…” 

Panjang Faheem bermuqaddimah.

“Kau tengok aku nampak bahagia tapi sebenarnya tidak Kal. Hati aku diselubungi noda dek kerana terlalu lama dalam pentarbiyahan. Aku rasa seperti dikongkong dan tidak bebas. Aku jadi lemas Kal hidup dalam kelurga yang penuh dengan didikan dan tarbiyah.Dulu aku pun macam kau jugak.. Jiwa aku memberontak.

Masa tahun satu di UIA.. aku bagaikan bukan pelajar keluaran sekolah agama Kal.. Aku bagaikan bukan seorang hafiz. Aku tidak lagi berjemaah di surau… Ayat-ayat Qur’an yang menjadi alunan saban hari bertukar kepada lagu-lagu yang tidak soleh.. Kadang-kadang aku sms dan chatting juga dengan perempuan walaupun aku tidak ada hati pada mereka dan jiwa aku tidak merelakan. Entahlah…
Aku frust sebenarnya dengan seorang akhowat yang ditarbiyah. Bagi aku dulu. Mereka ni kolot kerana tiada masa langsung untuk menikmati keseronokan hidup.
Itulah fitrah Kal… Itulah zaman peralihan yang paling mencabar. Memang fitrah remaja inginkan keseronokan dan kebebasan dalam hidup. Jadi tidak hairanlah mengapa di akhirat nanti Allah menyerahkan panji berwarna hijau untuk para belia yang baik akhlaknya. Yang tika zaman remajanya berjaya menahan diri daripada nafsu syahwat yang bergelora lantaran dorongan nafsu dan syaitan semata. Alangkah bertuahnya kita Kal andai kita terpilih olehNYA berada di bawah panji tersebut. Panji yang  diketuai oleh nabi termahsyur. Nabi Yusuf AS yang mana baginda berjaya menghadapi fitnah wanita dengan kekuatan dan ketabahan qolbinya."

"Aku pernah bertanya pada Aula’ ketika sesi ta’aruf di rumahnya. Tidak teringinkah dia untuk menikmati keseronokan zaman remaja. Bercinta. Chatting dan spesies dengannya.  Kau nak tahu apa jawabnya?"

Haikal mengangguk perlahan.

"Akhi yang ana hormati…Siapalah ana untuk merasai semua nikmat itu di dunia
sedangkan ana tahu ana bakal merasai penderitaannya di akhirat sana. 
Ana rela untuk menanggung bebanan perasaan itu untuk menikmatinya di sana."

“Terkedu aku Kal..Jawapan dia yang ringkas tu sampai sekarang aku ingat dan madah itulah yang menjadi motto hidup aku secara tidak langsung. Aku rasa tak layak sebenarnya nak berdamping dengan wanita sepertinya. Memang kini aku betul-betul merasai yang wanita itu adalah sayap kiri perjuangan Islami..”

“Kal… Rasulullah ada meriwayatkan : Barangsiapa berpegang teguh kepasa Sunnahku ketika rosak Ummatku, maka ia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid. Jadi, hiduplah kita berlandaskan Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah…” Aku sayang kau Kal. Kita dah berkawan sejak tingkatan dua lagi."

Bergenang air mata Haikal mendegar kalimah tayyibah yang keluar daripada mulut sahabatnya. Sedaya upaya dia menahan nangis namun tidak berdaya. Faheem bersyukur kerana sejak di tingkatan dua lagi dia cuba membeli hati sahabat tercintanya itu dan akhirnya setelah lapan tahun menanti dengan penuh sabar, Haikal kembali kepada fitrah yang sebenar. Dipeluk erat sahabatnya itu agar mengalir mahabbah seterusnya memberikan quwwah kepada pemuda itu untuk terus berhijriah. 

Tamat...

2 comments:

nachen said...

betul tu..

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Apa yg betulny husna?
Akk rase byk kot...hehe
sama2lah kta berusaha ya dik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...