Saturday, February 26, 2011

Sahabat se 'Fikrah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kuserahkan jiwa dan hati ini sepenuhnya kepadaMU Duhai Pemilik Cintaku.

Alhamdulillah baru-baru ini ana dapat berkenalan dengan seorang akhowat yang cukup ana kagumi bukan sahaja peribadinya, tutur katanya malah ilmunya. Walaupun beliau lebih muda 2 tahun tapi itu tidak menghalang kami untuk bermesra dan ana dapat rasakan seperti kami telah lama berkenalan. Mungkin apabila ukhwah yang dijalinkan tertaut kerana Allah amat terasa halawahnya. Alhamdulillah... Syukur tidak terkata dengan nikmatMU kerana selama ini kami hanya berhubung melalui telefon dan natijahnya masing2 teruja tika kali pertama pertemuan. Lama kami berbicara dari hati ke hati, dari minda ke minda. Bermula dari niat asal pertemuan kami iaitu berbincang mengenai modul kursus intensif nuqaba' untuk para junior di sekolah hinggalah ke cerita peribadi. Dalam banyak2 butir bicaranya, antara bait katanya yang paling terkesan di hati ana ialah jawapan dari soalan yang ana ajukan padanya :

"Parents Isma tak risau ke Isma pergi sana sini buat kerja dakwah, naik bas sorang2. Bahaya kan."

Jawapannya :

"Alhamdulillah... Ayah dan ibu saya tidak pernah menghalang saya aktif dalam kerja dakwah. Saya bersyukur kerana mereka telah wakafkan diri saya untuk agama."

Menitis air mata ana tatkala mendengar jawapan dari bibir mungilnya. Terserlah kemanisan senyumannya dihiasi dengan 2 butir tahi lalat di bawah bibir dan itulah persamaan kami berdua. 2 butir tahi lalat di bawah bibir. Ana cuba untuk tersenyum. Hati ana sebak. Terasa betapa tulus jiwanya kerana telah mewakafkan dirinya untuk agama. Ana?

Benarlah dalam menyelusuri kehidupan ini, kita perlu teman yang JELAS FIKRAHnya & KUAT ADDINnya kerana teman sebegitulah yang bisa menemani kita jatuh bangun dalam episod kehidupan.

"Ya Allah... Moga Kau terus mengurniakan sahabat yang bisa membantu tika daku jatuh & bisa mengingatkan tika daku lupa..."

Allahu Ta'ala A'alam...~


Ingatan : Hargailah SAHABAT yg masih berada di sisi kita krn 1 hr nnt pasti dia pergi meninggalkan kita...~


4 comments:

Husna As Saedah :) said...

sbb tu kte rndu isma boleh tengok kak djah..hehe,prasan jgk kak djah persamaan tu ye..
tp bab maced isma lg maced la..hehe

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

klu akk ngn una pn una menang bab maced ni,
mmg diakui...
Akk kn awet muda..he

iela said...

isma mmg baik..mcm k.djah:)

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Allah...iela pn baik.
insyaAllah apbla seseorang i2 bersahabat dgn org baik2 dy jg turut dpt tempiasny kn...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...