Thursday, February 17, 2011

JaGa HaTi...~

Ya Rabbi...

betapa kotornya HATI ini...
lalai daripada mengingatiMu,

BIBIR ini...
tidak dibasahi kalam AgungMu,

MULUT ini...
gagal membicarakan maslahah ummahMu,

TELINGA ini...
tidak mendengar kalimah suciMu,

TANGAN ini...
tidak ku sumbangkan ke jalanMu,

KAKI ini...
tidak ku arah ke Taman-taman SyurgaMu,

dan JIWA ini...
sakit tiada penawarnya.

Sejak akhir-akhir ini jiwa ana rasa sakit. Hati sentiasa resah dek kerana tidak lagi disirami dengan muhasabah. Memang benar dunia itu mengalpakn kita dan sudahnya kita LALAI dgn tanggungjawab kita kerananya. Ana jeles dgn teman baik ana krn jalan hidup yang diaturkan padanya cukup indah. Belajar di Bumi DQ yg menjadi idaman pencinta Qur'an, tiada facebook, ikhtilatnya terjaga dan bakal hafizah lagi. Sungguh, dia memang Mujahidah Solehah. Ana? erm, terasa diri ini bagaimana ya? Ana sebenarnya ingin menjadi Deejay yang dulu. Seorang yang tidak dikenali ikhwah, jarang berbicara dengan mereka apatah lagi ingin bertentang mata dan tidak pernah menyimpan nombor mana2 ikhwah. Indahnya saat itu, tapi kini...
Banyak urusan yang perlu ana selesaikan dengan mereka. Ana dihimpit rasa bersalah. Memang sukar untuk berMUJAHADAH! Hanya mereka yang betul2 kuat mampu untuk melakukannya. Ana dapat rasakan ia adalah satu UJIAN yang DIA berikan untuk mentarbiyyah diri ana.

Ana dalam tarbiyyahNYA, ana dalam ujianNYA. 

Astaghfirullah... ana perlu nilai diri ini semula. Ana perlu atur langkah untuk itu dan terus mengoraknya supaya bisa menjaga diri ini. Fikir punya fikir antara beberapa langkah yang perlu ana ambil :

1. Kurangkan keaktifan dalam facebook
2. Buang kwn2 dari golongan ikhwah
3. Buang nombor2 ikhwah yang tiada urusan penting
4. Berurusan hanya yang penting sahaja

"YaAllah tunjukkanlah jalan yang terbaik dan yang Kau redhai..."

2 comments:

Husna As Saedah :) said...

asif ye kak dijah..klu ana ad menjadkn akk terpakse berurusan dgn ikhwah..hehehe

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

ala una ni ke situ pulak. xdeny la cuma akk ni je...he kn pemalu orangny..ceh2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...