Saturday, February 26, 2011

Jagalah Auratmu...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kuserahkan jiwa dan hati ini sepenuhnya kepadaMU Duhai Pemilik Cintaku.

Alhamdulillah... Ana bersyukur kerana diri ini masih lagi diberi kudrat, kelapangan masa juga kekuatan untuk terus menulis. Menulis adalah hobi ana dari kecil yang masih kekal hingga kini dan hari2 yang mendatang. InsyaAllah...

Masa zaman sekolah dulu, ramai adik2 junior juga para sahabat bertanya pada ana. Rata-rata tentang permasalahan dalam berpakaian dan soal cinta juga hati. Memang sudah lumrah dua perkara itu menjadi masalah besar ketika remaja. Masing2 buntu dan keliru! Tidak kurang ada dalam kalangan mereka ingin mersai nikmat keseronokan alam remaja seperti para remaja di luar sana sedangkan mereka membesar dalam biah yang cukup sempurna agamanya.

Situasi 1 :
Kak Dijah, tak boleh ke kalau saye nak pakai baju t-shirt ngan tudung bawal je kalau keluar jalan2. Seganla saye kalau stp kali keluar kena pakai baju kurung dan tudung labuh macam kat sekolah ni. Rasa mcm ustazh plk.

Situasi 2 :
Sorila Kak Dijah, kami kat luar memang macam ni pakainya. Kami tak baik macam Kak Dijah pakai baju besar-besar macam ni. Harap Kak Dijah tak seganla nak keluar dan nak berkawan dengan kami.

Situasi 3 :
Aku memang nak berubah tapi segan sebab dalam keluarga aku tak de sorang pun yang pakai tudung besar dan baju labuh macam ni. Kalau aku buat mesti diperlekehnya.

Astaghfirullah... Bagaimana ya utk ana menjawab persoalan2 sebegini.

Pada ana, aspek pakaian terpulang pada individu. Mungkin sesetengah orang nak ikut trend masa kini yang lebih ringkas, mudah dan bergaya. Ya! tafadhal... mungkin itu lebih selesa dan apa yang penting syariat mestilah dijaga. Syariat tetap syariat! Tapi renung-renungkanlah, kerana trend2 terkini kebanyakannya dibawa oleh kaum yahudi untuk menjatuhkan umat islam tanpa kita sedari. Namun, dalam Al-Quran Allah berfirman, surah (24:31) mafhumnya :

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau......" -ila akhiril ayah

Ana tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Tidak semestinya orang yang bertudung labuh kawannya hanya yang sama sepertinya. Tidak! Kalau begitu larilah para mad'u kita, para mad'u yg perlukan seseorang untuk membimbing mereka. Mereka seperti ini mungkin tidak faham agama, jadi kita yang ada sedikit kefahaman ini perlulah mendekati mereka bukan menjauhi. Dengan mendekati mereka, sebenarnya jiwa kita turut terdidik kerana baru kita dapat lihat kebaikan mereka yang terhijab dek ketidaksempurnaan dalam cara berpakaian.

Memang susah untuk kita berubah ke arah kebaikan dan menyeru ke arah kebaikan juga sukar. Tapi yakinlah kerana setiap orang mempunya fitrah kebaikan dan dalam usaha untuk mengislahkan diri ke arah kebaikan kita sendiri yang perlu MUJAHADAH. Letakkanlah pergantungan yang tinggi kepadaNYA, insyaAllah DIA tidak akn mensia-siakan hamba2NYA dan cuba renungkn firman Allah dlm surah (47:7) :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 

MasyaAllah tidak rugi jika kita membantu agama Allah krn pastinya Allah akn bantu kita. Jika tidak di dunia pastinya di Akhirat nanti, insyaAllah...
Ana rasa ana tidak perlu mengulas tentang hukum dan sebagainya kerana ana tidak faqih untuk itu dan masih dalam usaha memepelajarinya. semoga ana diberi kekuatan untuk terus berusaha dalam mengutip mutiara ilmuNYA yg ana kira byk lagi yg perlu diterokai. Subhanallah...

"Allahumma faqihni fiddin wa 'alimni takwil..."



Ya akhowat, pilihlah jalan mengikut kata IMANmu! Moga hidupmu diberkati dan diredhai...~

Berhati-hatilah duhai wanita muslimah!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...