Friday, January 3, 2014

sandaran ukhwah

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Hasan al-Banna menjadikan ukhwah sebagai salah satu rukun bai'at yang semuanya berjumlah 10 rukun. Beliau menjelaskan makna ukhwah ialah: "Berbagai hati dan jiwa terikat dalam ikatan akidah, sedangkan akidah merupakan ikatan yang paling kuat dan tinggi. Ukhwah adalah saudara iman sedangkan perpecahan adalah saudara kekafiran. kekuatan paling minimum adalah persatuan sedangkan persatuan tidak mungkin wujud tanpa cinta. Tingkatan cinta paling rendah adalah hati yang tulus sedangkan tingkatan cinta yang paling tinggi adalah sikap mengutamakan orang lain (itsar)."

Duhai sahabat, ukhwah itu akan terasa indah jika kita tautkan bersama cinta kepadaNya. Kata Syeikh Ibnu 'Atha'illah:

"لا تصحب من لا ينهضك حاله ولا يدلك على الله مقاله"

Maksudnya: Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaannya tidak membangkitkan semangatmu dan pembicaraannya tidak membimbingmu ke jalan Allah.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?" Baginda menjawab, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah. Apabila kamu mendengar percakapannya, pengetahuan kamu bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat pada kehidupan Akhirat..."

Ketahilah, tingkat ukhwah ada 3. Tingkat yang paling rendah ialah berlapang dada manakala tingkat ukhwah yang tertinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain). Antara keduanya ada lagi satu tingkat ukhwah iaitu kesamarataan.

Atas kanvas oren itu ---->>> 
Indahnya ukhwah bersulamkan cinta Ilahi.
Disaluti tarbiah atas jalan dakwah yang penuh mehnah.
Semoga halawatul ukhwah ini bisa membawa halawatul iman.
InsyaAllah...
ukhuwwah itu. tempat untuk saling bersandar tika lemah. tempat bermuhasabah waktu tersalah arah. tempat cerminan sahabat untuk berubah.


Tuesday, October 1, 2013

h.a.l.a.q.a.h c.i.n.t.a

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Alhamdulillah, masih diberi nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk hidup menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu untuk curi masa memberi ruang pada hobi. Oh ya! waktu a.k.a masa juga merupakan satu nikmat kepada manusia. Apabila kita ambil berat dengan masa, kita akan rasa bahagia kerana apabila kita manfaatkan masa dengan sebaiknya, insyaAllah tidak akan timbul penyesalan dalam kehidupan. Ya Allah, moga kami dimatikan dalam husnul khotimah.

Bila rasa sedih dan hilang semangat
Letaklah segala pergantunganmu pada Allah
Bila rasa sendirian dan tidak punya teman
Yakinlah bahawa Allah ada untuk mendengar coretan insan
Ambillah hikmah di sebalik didikan itu
Kerana bicaramu tidak akan sebarangan

Usahalah didik hati untuk jauh dari melakukan maksiat
Dengan dekatkan diri pada Allah
Bersahabat dan dampingilah orang-orang soleh
Juga mereka yang berusaha untuk mengislahkan diri ke arah kebaikan


Solat bersama ahli halaqah cinta KIZ. Allah ghoyatuna... Allah! Allah!

Bulatan yang menyatukan hati-hati kami. Al-Quran dusturna.






25 Zulkaedah 1434H
01.40 a.m.
Kolej Ibu Zain, UKM

Wednesday, August 21, 2013

F.i.t.r.i R.a.h.m.a.d.a.n.i

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Fitri Rahmadani. Seungkap nama yang cukup indah. Dia merupakan adik angkat yang paling aku sayang ketika aku mengikuti ekspedisi dakwah ke Kepulauan Riau anjuran PMFPI pada semester lepas. Seminggu aku bermalam di rumahnya, seminggu aku bersama keluarganya. Selama itulah aku menjalani kehidupan bersama mereka yang tidak menjalankan syariat agama sepenuhnya. Sungguh. Aku sedih pada mulanya dan rasa tidak mampu untuk bertahan di rumah Ibu Nelly. Namun akhirnya aku pula yang sedih untuk meninggalkan mereka. Hati ini sangat rindukan ibu dan cucu-cucu ibu. Ibu tak tunjuk yang ibu sayang kami, tapi hari-hari terakhir kami di sana kami sangat merasainya. Setiap kali kami ajak ibu bergambar, hanya ini jawapan ibu.

“Muka ibu jelek. Bu tak suka berfoto,buat rosak aja fotonya.” 

Tapi kata si Fitri padaku satu pagi, “Nenek mahu ke bandar kak, cuci foto kita semalam di laut buat kenang-kenangan. Kata nenek lagi, kapan kami boleh ketemu lagi sama kakak-kakak.”

Malam terakhir sebelum aku berangkat pulang, ibu sangat gelisah. Ibu keluar masuk dari bilik kami lalu ibu kata, "Betul juga si Fitri tu. Kenapa ya orang lain yang nak pergi, orang lain yang rasa gelisah?"

Ya malam itu malam terakhir kami di rumahnya. Ibu memang kelihatan tak senang duduk. Banyak ibu kongsi cerita dengan kami. Kisah suka duka kehidupannya. Cucunya Fitri lebih-lebih lagi. Dia mula tegang dua hari sebelum kami nak balik. Dia langsung tidak mahu bercakap denganku mungkin kerana rasa sedih dan aku ada kenangan manis dengannya yang tidak mnugkin aku lupa.

“Fitri mau pakai jilbab macam kakak. Fitri mau coba jilbabnya ya?”

Pintanya satu malam. Dia ingin memakai tudung kesayanganku.

“Pakailah. Tapi Fitri kena janji dengan kakak. Belajar dan ngaji rajin-rajin, jangan tinggal solat, jangan lawan cakap ibu ayah dan nenek. Jangan buat apa yang Allah tak suka. Barulah Allah sayang kita dan barulah Fitri boleh jadi anak yang baik.”

Aku membenarkan. Tidak mahu sekat kesungguhan anak kecil itu untuk suka bertudung. Dia suka sangat.  Malam itu dia tertidur dengan tudung kesayanganku. Aku hanya membiarkan sambil tersenyum.

“Ya Allah, Kau jagalah dia dengan nikmat iman dan Islam.” Doaku tanpa sedar.

Hatiku tiba-tiba sedih. Rindu bertamu lagi. Aku berharap moga ada peluang untuk ke sana lagi. Allahu musta'an.


Posing Dik Fitri bersama tudung kesayanganku^^,

 15 Syawal 1434H
11.20 a.m.
Selangor Arabic Centre, Kg Jawa

Thursday, August 15, 2013

d.o.a b.u.a.t m.e.r.e.k.a

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Jalla Wa 'Ala yang masih memegang hati ini untuk terus mengingatiNya. Semoga aku tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. Allah... malu dengan keadaan diri yang  iman sentiasa pasang surut. Moga Dia lindungi hati ini daripada perkara-perkara mungkar dan godaan syaitan, wa na'uzubillah. Selawat dan salam kepada habibullah wa habibuna Sayyiduna Muhammad Sallallah 'Alayh Wasallam. Moga Rasulullah mengaku aku sebagai ummatnya di padang mahsyar nanti. Amin Ya Rabb...

Mendengar khabar saudara-saudara seIslam di Mesir, hati ini pilu. Aku rasa mewahnya hidupku di sini. Punya banyak waktu untuk bergurau dan bergelak tawa. Ada masa untuk tidur dengan lena, makan dengan kenyang dan mandi dengan penuh rasa nikmat juga beribadah dengan penuh rasa selesa dan selamat. Aku takut sekali jika nikmat yang Allah bagi itu tidak menjadikan aku seorang yang bersyukur dan semakin jauh dariNya. Ya Allah, aku mohon redhaMu mengiringi setiap derap langkah ini.

Ya... Mana mungkin di sini kita nampak syabab segagah mereka. Mana mungkin di sini kita nampak serikandi seteguh mereka. Kita di sini dihujani dengan hiburan dunia semata. Sedangkan mereka di sana dihujani lontaran peluru dan percikan darah. Begitulah pemuda pemudi sebaya kita. Fikrah mereka tidak sama seperti kita di sini. Mereka di sana berfikrahkan Islam tapi kita di sini berorientasikan yahudi. 

Tidak malukah kita pada mereka? 
Pada Pencipta kita? 
Apa yang telah kita buat untuk mengislahkan diri?
Apa yang telah kita lakukan untuk Addin kita? 
Apa yang telah kita buat untuk memerdekakan saudara-saudara kita dari belenggu ombak tsunami jahilliah di tanah air sendiri?

Allah...Allah...Allah...


Jom lazimi diri kita baca doa qunut nazilah.
Mohon doa untuk mereka dari jauh.
InsyaAllah, moga usaha ini juga Allah pandang.

Allahu musta'an.


أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


8 Syawal 1434H
16.30 a.m.
Selangor Arabic Centre, Kg Jawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...