Showing posts with label pmfpi. Show all posts
Showing posts with label pmfpi. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

F.i.t.r.i R.a.h.m.a.d.a.n.i

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Fitri Rahmadani. Seungkap nama yang cukup indah. Dia merupakan adik angkat yang paling aku sayang ketika aku mengikuti ekspedisi dakwah ke Kepulauan Riau anjuran PMFPI pada semester lepas. Seminggu aku bermalam di rumahnya, seminggu aku bersama keluarganya. Selama itulah aku menjalani kehidupan bersama mereka yang tidak menjalankan syariat agama sepenuhnya. Sungguh. Aku sedih pada mulanya dan rasa tidak mampu untuk bertahan di rumah Ibu Nelly. Namun akhirnya aku pula yang sedih untuk meninggalkan mereka. Hati ini sangat rindukan ibu dan cucu-cucu ibu. Ibu tak tunjuk yang ibu sayang kami, tapi hari-hari terakhir kami di sana kami sangat merasainya. Setiap kali kami ajak ibu bergambar, hanya ini jawapan ibu.

“Muka ibu jelek. Bu tak suka berfoto,buat rosak aja fotonya.” 

Tapi kata si Fitri padaku satu pagi, “Nenek mahu ke bandar kak, cuci foto kita semalam di laut buat kenang-kenangan. Kata nenek lagi, kapan kami boleh ketemu lagi sama kakak-kakak.”

Malam terakhir sebelum aku berangkat pulang, ibu sangat gelisah. Ibu keluar masuk dari bilik kami lalu ibu kata, "Betul juga si Fitri tu. Kenapa ya orang lain yang nak pergi, orang lain yang rasa gelisah?"

Ya malam itu malam terakhir kami di rumahnya. Ibu memang kelihatan tak senang duduk. Banyak ibu kongsi cerita dengan kami. Kisah suka duka kehidupannya. Cucunya Fitri lebih-lebih lagi. Dia mula tegang dua hari sebelum kami nak balik. Dia langsung tidak mahu bercakap denganku mungkin kerana rasa sedih dan aku ada kenangan manis dengannya yang tidak mnugkin aku lupa.

“Fitri mau pakai jilbab macam kakak. Fitri mau coba jilbabnya ya?”

Pintanya satu malam. Dia ingin memakai tudung kesayanganku.

“Pakailah. Tapi Fitri kena janji dengan kakak. Belajar dan ngaji rajin-rajin, jangan tinggal solat, jangan lawan cakap ibu ayah dan nenek. Jangan buat apa yang Allah tak suka. Barulah Allah sayang kita dan barulah Fitri boleh jadi anak yang baik.”

Aku membenarkan. Tidak mahu sekat kesungguhan anak kecil itu untuk suka bertudung. Dia suka sangat.  Malam itu dia tertidur dengan tudung kesayanganku. Aku hanya membiarkan sambil tersenyum.

“Ya Allah, Kau jagalah dia dengan nikmat iman dan Islam.” Doaku tanpa sedar.

Hatiku tiba-tiba sedih. Rindu bertamu lagi. Aku berharap moga ada peluang untuk ke sana lagi. Allahu musta'an.


Posing Dik Fitri bersama tudung kesayanganku^^,

 15 Syawal 1434H
11.20 a.m.
Selangor Arabic Centre, Kg Jawa

Monday, April 1, 2013

*CS 7 : Ikhtilat di Alam Maya*

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Poster Citra Siswi kali ke-7 (alhamdulillah), Special sempena minggu Biah Solehah.
Ke Arah Membina Generasi Soleh & Musleh. Muslimat yang mencintai ilmu :)

❀.。.:* Kupasan Citra Siswi sempena Minggu Biah Solehah *.:。.❀

# 29 Mac 2013
# DK2FPI
# Ukhti Sarah Azizul (finalis Solehah)

Persoalan : Bagaimana kita ingin menjadi wanita @ lelaki yang diredhai Allah di alam maya?

Ikhtilat ialah percampuran/pergaulan manakala alam maya ialah laman sosial untuk kita berinteraksi tanpa face to face. Sebenarnya, alam maya lagi banyak fitnah kerana kita susah nak kawal dan berhadapan dengan ramai orang yang kita tak kenal. Alam maya juga adalah wasilah terbaik yang cukup besar sebagai medan untuk kita menyampaikan dakwah.

Apa sahaja yang kita tulis, rakaman itu adalah bukti apa yang kita lakukan. Pastinya kita akan dipertanggungjwabkan dengan apa yang telah kita lakukan. Kita adalah duta agama! Duta Islam! Takut-takut susun atur perkataan, persoalan-persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan kita akhirnya dijawab oleh syaitan jadi fitnah kepada diri kita dan agama. Ya, kadangkala kita alpa, leka! Tanpa kita sedar, kita tidak bersedia dengan ujian yang Allah berikan natijah daripada apa yang telah kita lakukan.

'Sharing is Caring' daripada Ukhti Sarah Azizul :

1. JAGA PENYEBARAN POSTER @ BERITA. Sebelum kita menyebarkan sesuatu perkara, selidiklah dahulu. Jangan bila ditanya tentang perkara itu kita menjawab tidak tahu. Takut-takut perkara itu tidak benar dan natijahnya kita telah menyebarkan fitnah.
2. JAGA GAYA BAHASA PENULISAN kerana melalui penulisan orang dapat kenal diri kita bagaimana. Bila kita tulis sesuatu, kita telah berniat dan itulah diri kita. Tulisan mencerminkan adakah kita ini muslimin/muslimat yang hebat atau sebaliknya. Perlu kita tahu sebelum menulis, siapa yang akan baca? Berapa umur mereka? Bagaimana latarbelakang pendidikan mereka?
3. PENGGUNAAN GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI di laman sosial terutamanya di fb. Profile picture kita juga melambangkan diri kita, apa yang ada di fb kita, seumuanya terzahir di situ.
4. HIPOKRIT DI ALAM MAYA @ DI LUAR. Hanya kita yang boleh menilai sebab kita yang tahu apa yang ada di hati kita selain Allah. Kita baik di alam maya tetapi di luar bagimana?
5. JAGA KARISAMA DIRI. Tanpa sedar, ramai yang sedang memerhatikan kita di alam maya. Tanpa sedar, mungkin juga kita ini menjadi qudwah buat mereka. Tanpa sedar, kita telah menyebarkan dakwah kepada mereka.
6. KAWAL APA YANG KITA NAK CERITA. Tidak semua perkara perlu kita ceritakan dan kongsikan dengan semua. Fikirkan juga apa orang lain kata takut-takut ianya menjadi fitnah kepada kita dan yang paling dikhuatiri menjadi fitnah pada agama.

Buat sahabat-sahabat semua, 
Kalian adalah duta agama Islam!
Kalian penyambung rantai perjuangan Rasulullah!
Kalian adalah penggerak Biah Solehah!
Kalian penegak daulah Islamiah!
Kalian muslimin/muslimat hebat yang dicintai Allah!

InsyaAllah, biiznillah.
"Be An Excellent Muslimah"

Cinta ilmu, Cinta Ulama, Allah & Rasul Cinta Agung.

#sollu 'ala Nabiy#


20 J' Awal 1434H
3.15 p.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain. UKM.

Sunday, July 22, 2012

ya Ramadhan al-Kareem

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Alhamdulillah wa tabarakallah. Allah sampaikan juga diri ini pada bulanNya yang mulia. Betapa pemurahnya DIA pada hamba-hambaNya. Ramadhan Syahrut Taghyir! Ramadhan adalah bulan perubahan untuk kita. Jom sama-sama kita berubah ke arah kebaikan, tingkatkan momentum keimanan & yang paling penting mari sama-sama kita berlumba mengejar redhaNya dalam mencari kebaikan.

~Ahlan Wasahlan ya Ramadhan al-Kareem~

Salam Mujahadah buat semua!
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Sentiasa tajdid niat, update iman, topup amal.

InsyaAllah moga segala usaha kita tidak sia-sia.
Allahu musta'an...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...