Wednesday, August 21, 2013

F.i.t.r.i R.a.h.m.a.d.a.n.i

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Fitri Rahmadani. Seungkap nama yang cukup indah. Dia merupakan adik angkat yang paling aku sayang ketika aku mengikuti ekspedisi dakwah ke Kepulauan Riau anjuran PMFPI pada semester lepas. Seminggu aku bermalam di rumahnya, seminggu aku bersama keluarganya. Selama itulah aku menjalani kehidupan bersama mereka yang tidak menjalankan syariat agama sepenuhnya. Sungguh. Aku sedih pada mulanya dan rasa tidak mampu untuk bertahan di rumah Ibu Nelly. Namun akhirnya aku pula yang sedih untuk meninggalkan mereka. Hati ini sangat rindukan ibu dan cucu-cucu ibu. Ibu tak tunjuk yang ibu sayang kami, tapi hari-hari terakhir kami di sana kami sangat merasainya. Setiap kali kami ajak ibu bergambar, hanya ini jawapan ibu.

“Muka ibu jelek. Bu tak suka berfoto,buat rosak aja fotonya.” 

Tapi kata si Fitri padaku satu pagi, “Nenek mahu ke bandar kak, cuci foto kita semalam di laut buat kenang-kenangan. Kata nenek lagi, kapan kami boleh ketemu lagi sama kakak-kakak.”

Malam terakhir sebelum aku berangkat pulang, ibu sangat gelisah. Ibu keluar masuk dari bilik kami lalu ibu kata, "Betul juga si Fitri tu. Kenapa ya orang lain yang nak pergi, orang lain yang rasa gelisah?"

Ya malam itu malam terakhir kami di rumahnya. Ibu memang kelihatan tak senang duduk. Banyak ibu kongsi cerita dengan kami. Kisah suka duka kehidupannya. Cucunya Fitri lebih-lebih lagi. Dia mula tegang dua hari sebelum kami nak balik. Dia langsung tidak mahu bercakap denganku mungkin kerana rasa sedih dan aku ada kenangan manis dengannya yang tidak mnugkin aku lupa.

“Fitri mau pakai jilbab macam kakak. Fitri mau coba jilbabnya ya?”

Pintanya satu malam. Dia ingin memakai tudung kesayanganku.

“Pakailah. Tapi Fitri kena janji dengan kakak. Belajar dan ngaji rajin-rajin, jangan tinggal solat, jangan lawan cakap ibu ayah dan nenek. Jangan buat apa yang Allah tak suka. Barulah Allah sayang kita dan barulah Fitri boleh jadi anak yang baik.”

Aku membenarkan. Tidak mahu sekat kesungguhan anak kecil itu untuk suka bertudung. Dia suka sangat.  Malam itu dia tertidur dengan tudung kesayanganku. Aku hanya membiarkan sambil tersenyum.

“Ya Allah, Kau jagalah dia dengan nikmat iman dan Islam.” Doaku tanpa sedar.

Hatiku tiba-tiba sedih. Rindu bertamu lagi. Aku berharap moga ada peluang untuk ke sana lagi. Allahu musta'an.


Posing Dik Fitri bersama tudung kesayanganku^^,

 15 Syawal 1434H
11.20 a.m.
Selangor Arabic Centre, Kg Jawa

1 comment:

Unknown said...

Ok..series, saya rindu kak djah :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...