Thursday, April 21, 2011

S.P.I.E.S.

Spiritual.Physical.Intelectual.Emotional.Social

Alhamdulillah... bulan ni ana diberi peluang utk mengikuti Program SPIES iaitu 'Kursus Kepimpinan Belia' anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Memang Best! Kali pertama di Pusat Mini Convention Sabak Bernam & minggu berikutnya di Kalumpang, Hulu Selangor. 

Apa yang ana dapat daripada kedua-dua kursus itu ialah pentingnya jati diri kita sebagai seorang Muslim. Bagaimana untuk kita menjaga identiti kita apabila kita berdepan dengan masyarakat luar & menjadi Qudwah kepada mereka. Bagaimana untuk kita menjadi seorang muslimah sejati apabila bergaul dengan mereka yang tidak benar-benar menjaga syariatNYA. Allah... sungguh mencabar!

Masih ana ingat lagi ketika akitiviti 'cross sungai' di Kalumpang. Tika kami terpaksa menongkah arus sungai yang deras. Para peserta lelakinya masing-masing menyuakan tangan tanpa lapik atau apa-apa alat lain sebagai penghubung untuk membantu para peserta wanita menongkah arus. Mungkin niat mereka sekadar untuk membantu tetapi pada ana bagi mereka yang betul-betul sensitif dengan syariat Islam pastinya ada cara lain. Apa yang penting di sini NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!

Apabila tiba giliran ana,

"Kalau awak tak nak pegang tangan saya, awak pegang batu ni ya!"

Kata salah seorang peserta lelaki pada saya. Mungkin bila dia melihat ana bertudung labuh dan begitu bersemangat membantu peserta wanita yang lain, dia faham dengan prinsip ana. Tapi mengapa dia tidak berkata begitu kepada para peserta wanita yang lain? Itulah yang amat ana sesalkan.

Perkara yang sama berlaku ketika 'Night Walk'... tika mana tidak ada jalan lain untuk ana mendaki bukit melainkan kami terpaksa berpaut pada tangan lelaki yang berada di atas, lelaki itu berkata pada ana,

"Kejap ya, saya ambik kayu... Awak paut kat sini."

Peristiwa itu membuatkan ana berfikir. Sungguh indah menjadi Muslimah kerana sentiasa dipelihara Allah & ana sangat-sangat bersyukur padaNYA!

Banyak pengalaman baru yang ana dapat sepanjang bersama belia-belia di Kalumpang kerana para pesertanya terdiri daripada berbilang kaum. Boleh kata objektif  '1 Malaysia' tercapai kerana masing-masing memberikan komitmen yang baik. Kenangan yang paling ana tidak dapat lupakan apabila kami dipaksa untuk berbaring pada riba sahabat di belakang masing-masing & kebetulan ketika itu keduanya di depan dan di belakang ana non-muslim. Namun, kemesraan begitu cepat terjalin & masing-masing tidak berasa kekok walaupun berlainan agama & bangsa.

Allahu Ta'ala A'alam...

5 comments:

husna assaedah said...

assalam kak..lawak plak bce cter laki2 tu..hehe..lawak2x..

btw,,god job sis as u had finished the both proggrames!! may Allah bless u with quwwah n mahhabbah..n let's the programmes as asbab for u to have a good tarbiyah..cewah~~i'm practising to speak well..for the interview..(",)

rimbunhijau said...

assalam deejay, benar, indah menjadi muslimah krn sering dipelihara oleh ALLAH..

ana pernah merasainya sewaktu di plkn dulu..
walaupun kta tdk bersuara, ttp bla mana mereka mghaormati prinsip kita dgn hormat, itu adalah petanda baik hakikatnya...

proud to be muslimah!

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

husna> wslm... itulah realitinya skrng una. Klau bdk sliss mcm tu mmg nk kena ngn akk!
btw, gud luck 4 ur interview! do the best my dear! i know u'll do the best because u are THE BEST AMONG THE BEST! btlke ayt akk ni una? nk try speaking jgk...he

imah> wslm... ya imah. cuma kita shj yg gntar & takut krn dipandang asing. Tp sbnrny ia jg 1 dkwah bukan?

Bukankah DAKWAH BIL HAL AHSAN MIN DAKWAH BIL LISAN...~

QURRATULAIN said...

Subhanallah djah,,
bestnya dpt join program lagi,,
jelesla ana dgn nti ni!he
bagusnya program ni..wlaupun berbeza bangsa,,tpi cepat mesra,,dan bestnya dpt bertukar-tukar pndangan kan?

mmg terjaga bila jdi Muslimah!
ana dah merasainya,,
nikmat besar yg x ternilai,,Allahu Akbar!

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

hamdalah rezeki ana. bla peluang dtg rugi jk tolak. Biiznillah akn dtg peluang mcm tu utk nti...InsyaAllah~

Allahu Akbar! Mmg terasa nikmat, cuma utk mendaptkannya perlu JIDIYYAH! & tidak semua ada kesungguhan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...