Tuesday, July 16, 2013

s.o.a.l h.a.t.i

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

السلام عليكم ورحمة وبركته 

Akhowat fillah…
Indahnya ukhwah itu bila kita saling mengagumi
tanpa ada rasa benci dan hasad dengki


Buat sahabat-sahabat saya
Seronok saya dapat kenal awak semua
saya selalu berazam nak jadi macam awak semua
nak jadi anak yang solehah
sahabat yang mendengar
murid yang tekun berusaha
dan apa yang penting hamba yang takut pada Rabbinya
macam awak-awak semua :)

Akhowatku sayang...

Lama diri ini tidak berbicara soal hati. Siapalah kita yang tidak pernah memikirkan soal hati dan perasaan juga tentang cinta. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana hingga kini DIA masih pegang dan jaga sekeping hati ini. Kerana apa?

Kerana hati ini teringin sangat nak mewakafkan diri untuk agama dan ummah selain ibubapa dan keluarga. Alhamdulillah, disibukkan dengan pelbagai taklifan banyak mengajar diri ini agar tidak cepat melatah. Apalagi apabila berurusan dengan muslimin yang pelbagai latar belakang dan bidang. banyak yang dapat belajar dengan ragam fe'el muslimin yang macam-macam.

Namun percayalah akhowatku, tribulasi itu tetap ada. Lagi-lagi apabila melihat sahabat-sahabat yang sudah berpunya. Tapi selalu kata pada diri, kuatkan azam, bulatkan tekad kerana banyak lagi impian yang belum terlaksana. Macam-macam lagi ni'mat yang belum dikejar, majlis-majlis ilmu, kerja-kerja dakwah kampus, study yang menuntut jiddiyah (kesungguhan) dan pengorbanan yang bukan sedikit. Tanggungjawab sebagai anak dan kakak sulung kepada adik-adik. Biiznillah.

Selagi diri ini belum bersedia, tidak akan ku mula langkah ke arah itu kerana takut mengundang fitnah pada diri dan agama. InsyaAllah bila kita ambil masa yang lama, banyak persediaan yang dapat kita buat. Tidak berpunya bukan bermakna tidak laku dan menolak permintaan muslimin untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius bukan bermakna muslimin itu tidak layak dan tidak baik untuk diri yang penuh kekhilafan ini. Banyak faktor mungkin masa yang belum sesuai, hati tidak ada rasa cinta, tak sama fikrah dan sebagainya. Teringin nak jadi wanita mahal seperti buah epal di pucuk pohon. Hanya mereka yang benar bersungguh-sungguh akan mendapatkannya. (ceh-ceh)

Akhowatku yang disayangi…

Jadilah asbab kita kepada orang mendapat hidayah,
bukan asbab membawa mereka kepada dholalah...^^,

Jom akhowat semua sama-sama kita menjadi serikandi yang menggegarkan dunia. 
Kita kembara dan bermusafir bersama melangkah menuju mardhatillah.

InsyaAllah.

Allahu Ta'ala A'alam.


أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


mood : ceria berpraktikal di bulan Ramadhan.


8 Ramadhan 1434H
10.30 a.m.
Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...