Friday, June 14, 2013

m.o.o.d e.x.a.m

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Fatrah imtihan. berbekalkan semangat dan doa abah & umi diri ini terus gagah melangkah. Niat di hati bukan Dean List yang dikejar cuma mengharap untuk Deen List. Ya diri ini masih belajar dan akan terus belajar hingga mati. Belajar mengenal erti hidup. Belajar untuk tidak takut menghadapi exam. Belajar untuk tidak takut menghadapi kegagalan. Alhamdulillah, Allah uji  beberapa kali dengannya (kegagalan) untuk belajar menjadi lebih kuat. Terima kasih Ya Rabbi...

.: muhasabah bersama :.

"Kadang-kadang bila kita sibuk dengan muraja'ah (ulangkaji) untuk imtihan (exam) ni, kita terlupa ada perkara penting yang lebih aula (utama) iaitu AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR.

Jom sahabat-sahabat kita usaha sama-sama :

# Solat di awal waktu & berjema'ah
# Perbanyakkan istighfar & selawat
# Perbanyakkan baca al-Quran
# Perbanyakkan sedekah dan makan bersama
# Usaha untuk hadir / dengar ke majlis ilmu 
# Study group bersama (sebaiknya asing ler lelaki perempuan)
# Buat mind map sendiri
# Kurangkan gosip / cakap benda-benda lagha (sia-sia)
# Kurangkan dengar lagu-lagu lagha
# Kurangkan berjalan ke tempat-tepat yang tidak berfaedah
# Selalu contact ibu & ayah

Walaupun imtihan ini hanya ujian kecil dunia, namun tunjukkanlah yang ianya penting untuk kita! Oleh itu, berusahalah sehabis daya. Usah letakkan dirimu kepada fitnah dunia kerana kalian pembawa agama. Dan ingatlah ilmu itu milik Allah bukan milik kita. 

Salam mujahadah di fatrah imtihan!
Moga usaha kita sedikit sebanyak ini Allah redha & membawa keberkatan :)

Masih berbaki 3 madah lagi daripada 7 kesemuanya.
Moga diri ini dan sahabat-sahabat baik-baik saja di fatrah imtihan ini.

أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

06 Sya'aban 1434H.
10.35 a.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain, UKM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...