Friday, June 14, 2013

أحب اسرتي

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Jalla Wa 'Ala yang masih memegang hati ini untuk terus mengingatiNya. Semoga aku tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. Allah... malu dengan keadaan diri yang  iman sentiasa pasang surut. Moga Dia lindungi hati ini daripada perkara-perkara mungkar dan godaan syaitan, wa na'uzubillah. Selawat dan salam kepada habibullah wa habibuna Sayyiduna Muhammad Sallallah 'Alayh Wasallam. Moga Rasulullah mengaku aku sebagai ummatnya di padang mahsyar nanti. Amin Ya Rabb...

Allahurabbi... kerinduan buat  abah, umi, adik-adikku yang comot & comel yang berada kat rumah tak dapat dibendung lagi.  Apatah lagi cuti semester kali ini tidak dapat bersama mereka di rumah kerana tuntutan praktikal. Moga dipermudahkan 'ala kulli hal. Tiba-tiba teringat pesan Ustaz Wan pada 'Ummah Talk Exam oh Exam!' pada sem lepas yang ketika itu pada hari lahirku, kata ustaz Wan : "Cari keberkatan Allah daripada ibubapa. Apa nilainya duit jika kita pendam kerinduan kepada ibubapa dan keluarga..." Allah...Allah... Jazakallah Ustaz Wan atas nasihat yang membina. Sungguh kekuatan & keberkatan itu datangnya daripada mereka dengan izinNya. 

Fatrah imtihan, sahabat-sahabat tekun bermuraja'ah sambil i'adah hafazan untuk ujian syafawi. Namun hati ini seronok meluangkan sedikit masa untuk melayan hobi. Moga ianya menambahkan semangat. Dan kala ini, hati masing-masing sering diuji. Allahu Akbar! Moga diriku dan sahabat-sahabat berada dalam jagaan Allah. 

Tak sabar rasanya nak balik rumah walaupun hanya sebentar. Menatap wajah-wajah kesayangan. Sungguh, aku merindukan mereka yang selalu menceriakan. Rindu pada suasana rumah yang hingar-bingar. Rindu pada adik-adik yang keletah mereka menghiburkan. Rindu nak bargaduh dan mengusik mereka. Rindu nak story-story dengan gadis-gadis yang berada di rumah. Rindu nak makan bersila sama-sama dan yang paling rindu, rindu nak solat berjema'ah di rumah dan mengaji bersama. Uhibbukum fillah jami'an.

أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

"Keluargaku sentiasa di hati. rumahku Syurgaku."

"Semoga kita semua disatukan lagi di JannahNya, insyaAllah"

Firman Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada Allah terhadap apa yang mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (66:6) 


06 Sya'aban 1434H.
11.30 a.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain, UKM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...