Saturday, May 25, 2013

...4.5. m.o.r.e.s...

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, kaum keluarga Baginda, para hubaib dan masyaikh penyambung risalah Rasulullah s.a.w. Allahu Akbar! Lagi 45 hari a.k.a. 1 1/2 bulan Ramadhan bakal tiba. Adakah diri ini cukup bersedia? 

"اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان"

Bersantai membaca buku 'Usrah dan Harakah' karangan Ya'qub Muhammad Hussin sebelum menjerumuskan diri dengan lambakan tugasan di alam kampus. Suka untuk ana berkongsi dengan sahabat-sahabat, 'AMALAN ISLAMIYYAH HARIAN' seorang ahli gerakan yang bercita-cita untuk menjadi pejuang Islam. Jom kita cuba untuk lakukan bersama. InsyaAllah. Amalan ini didasarkan kepada Risalah al-Ma'thurat dengan tambahan berikut :
  • Adalah menjadi amalan orang soleh bangun pagi sebelum fajar. Datang ke masjid sebelum terbit fajar dan menunggu untuk solat subuh.
  • Solat subuh berjema'ah.
  • Selesai solat sunat subuh hendaklah dia membaca :                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           "اللهم رب جبريل وإسرافيل وميكائيل ومحمد النبي صلى الله عليه وسلم أعوذبك من النار"                                           Maksudnya : Ya Tuhanku, Tuhan kepada Malaikat Jibril, Israfil, Mikail, dan Tuhan kepada Nabi Muhammad s.a.w. aku berlindung kepada-Mu dari api neraka. (3x)
  • Bila dia berdiri dalam saf hendaklah berdo'a : "اللهم آتني أفضل ما تؤتي عبادك الصالحين"                         Maksudnya : Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku keutamaan, apa yang telah engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh.                                                                                                           
  • Dia hendaklah berzikir mengingati Allah s.w.t. sehingga matahari terbit.
  • Solat sunat dhuha. "Yang terus mengerjakan solat sunat dhuha ialah orang yang awwab."
  • Jika dia masuk masjid, hendaklah menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid 2 raka'at.
  • Mengamalkan wirid rabithah.
  • Membaca wazifah kubra @ sughra @ wirid do'a.
  • Wirid Qurani.
  • Mengkaji dan membacaa buka yang sesuai dan berfaedah.
  • Solat sunat witir sebelum tidur, jika yakin boleh bangun awal pagi maka kerjalanlah ia ketika di 1/3 malam terakhir kerana pahalanya lebih besar.
  • Memperbanyakkan zikir do'a dan munajat kepada Allah dengan khusyuk, sedar dan penuh perasaan. Kerana do'a ialah inti ibadah.
  • Melakukan solat sunat tahajud sehingga jiwa menjadi jernih, bersih dan tinggi himmah.
  • Muhasabah sebelum tidur. Jika ternyata baik bersyukurlah kepada Allah. Jika tidak bertaubatlah dan memohon ampun dari-Nya.
  • Di samping itu hendaklah diamalkan riadah harian supaya sihat tubuh badan, cergas dan ringan walaupun dengan berjalan kaki sahaja.
Moga kita sama-sama dapat istiqamah untuk melakukannya.

Seronok bila tengok planner denang catatan yang full dan padat. Rasa macam sibuk sangat (kononnya). Padahal banyak juga kerja tak jalan pun. Astarghfirullah. Moga kelalaian itu tidak terus melemahkan diri ini untuk melakukan amanah-amanah dari-Mu. Harap-harap masa tidak terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah untuk diri, keluarga ummah dan paling penting agama.

Allahu Ta'ala A'lam.

Di lewat panggilan telefon daripada abah sebentar tadi,
"Kak, jangan lupa buat solat hajat.
Doa semoga dipermudahkan urusan kita semua."

Senyum.
Aku akan sentiasa rindu nasihat-nasihat abah.

Dan.
Tanggal 15 Rejab adalah tarikh pemergian mama.
Sudah 18 tahun mama pergi.
Sekejapnya masa berlalu.

*Al-fatihah...
15 Rejab 1434H.
9.25 p.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain, UKM.

1 comment:

motivasi5k said...

Semoga dapat diamalkan bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...