"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."
“Kenapa kau ni sombong sangat. Kami bukannya nak makan
kau pun.” Mulut Najwan sememangnya boleh tahan.
“Maafla… Tak betah la saya nak naik kereta dengan korang
berdua. Jauh pulak tu dari sini nak balik UKM.” Kalau esok tidak ada kuliah
awal pagi tidaklah dia begitu resah begini. Tak perlu dia fikir untuk balik
larut malam dari Konvensyen Fiqh Ummah ini.
“Habis kau nak balik dengan siapa ni? Sorang? Naik tren
kan?” Najwan bertanya. Lydia hanya diam. Kemudian kepalanya dianggukkan. Sememangnya dia tidak berani. Lagipun dia
tidak tahu jalan. Namun Lydia yakin ada sahaja bantuan daripada Allah untuknya.
“Oklah nanti kalau kau nak balik cakap kat aku. Aku
temankan kau balik dari sini. Jangan kau balik sorang pulak nanti. Bahaya!”
Sekali lagi Najwan bersuara apabila tiada respon daripada gadis di hadapannya
itu. Kali ini nadanya lebih tegas daripada tadi.
Lydia hanya mengangguk lalu berlalu pergi meninggalkan Najwan
keseorangan.
“Ish...aku tak habis cakap lagi dah bla... Dya, Dya.”
Najwan geram dengan sahabatnya itu. Memang degil dan agak
keras kepala. Ikutkan hati dia biarkan sahaja Lydia balik sorang namun melihat
wajah sahabatnya yang tampak keletihan itu, marahnya beransur-ansur hilang. Risau
pulak jika berlaku apa-apa pada gadis itu.
“Bak sini beg kau tu.” Najwan meminta untuk membawakan
beg Lydia.
“Takpelah, tak berat pun.” Jawab Lydia
perlahan.
“Eh kau kata tidur UM kan? Tak banyak barang pun?” Najwan
tukar topik. Dia tidak mahu suasana kaku menyelubungi antara mereka.
“Sehari je, buat apalah bawa banyak barang. Lagipun saya
bawak jubah je pun.” Seperti tadi, Lydia menjawab sekadarnya.
“Haaa sebut pasal jubah, sepanjang aku ada kawan-kawan
perempuan sejak sekolah, kaulah satu-satunya kawan perempuan aku yang asyik
pakai jubah. tak pernah aku tengok orang yang macam kau ni yang pakai jubah
sentiasa. Banyak ye koleksi jubah kau? Kau tak rimas ke asyik pakai jubah je?”
Najwan bertanya. Memang dari dulu dia teringin nak tahu apa kata gadis itu.
“Kenapa? Awak tengok orang pakai jubah rimas?” Pertanyaan
Najwan dijawab dengan pertanyaan juga oleh Lydia.
“Eh takdelah, bukan
aku yang rimas, kaulah. Kau tak rimas ke? Aku tak pernah nampak kau pakai baju
kurung, t-shirt apatah lagi. Kau AJK lajnah sukan persatuan kan? Habis macam mana kau
turun padang ya?” Najwan ketawa.
“Wan, seorang muslimah itu ada prinsip dan identitinya
sendiri. Dia berhak memilih. Saya selesa berpakaian begini dan pada saya ianya
tidak membataskan pergerakan saya pun. Saya bebas nak buat apa yang saya suka.
Saya bebas bergerak ke sana sini. Cuma, bila kita menampilkan imej muslimah ni,
banyak perkara yang perlu kita jaga kerana takut mengundang fitnah pada agama.
Apa yang penting buat sesuatu itu bukan hanya taqlid semata tapi mestilah beramal
dengan ilmu. InsyaAllah pasti ada barakahnya.” Lydia petah menjawab. Najwan
terdiam. Tidak pernah dia fikirkan serumit itu tentang imej, prinsip, identiti
dan sebagainya.
Bagi Najwan, Lydia seorang gadis yang berprinsip. Buat
sesuatu itu tidak ikut-ikut. Kalau perlu sahaja baru dia akan berurusan dan
bercakap. Lydia tidak seperti sahabatnya yang lain, pantang offer pertolongan,
laju je nak terima. Tak offer lagi pun dah minta tolong. Padahal benda
ringan je pun. Jarang sekali dia mendengar gadis itu bersuara kecuali dalam
kelas tutor. Memang suara mereka sahaja yang kedengaran kerana bertekak memberi
jawapan.
“Maaf. Aku nak bagi pandangan sikit boleh?” Suara Najwan
sudah perlahan tidak tegang seperti tadi. “Orang macam kau kena kahwin awal. Senang kau nak ikut
majlis-majlis ilmu macam ni, ada muhrim dan lebih selamat. ”
Lydia tersentak. Bukan seorang dua muslimin yang berkata
begitu kepadanya. Sudah ramai menyatakan perkara yang sama namun dia tidak
pernah ambil kisah. Padanya dia tidak perlu memikirkan soal itu sekiranya belum
bersedia dan dia tahu mana yang lebih aula untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment