Tuesday, January 22, 2013

ke mana 'itqan'ku?

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Alhamdulillah. Selawat dan salam kepada Rasulillah s.a.w.
kata seorang sahabat kepada saya,


"Allah dah takdirkan awak ada kat sini dan inilah jalan yang terbaik untuk awak."

Saya tersenyum. Kini, mula nampak hikmahNYA. Setiap kali masuk kuliah atau kelas tutor, ada saja mutiara hikmah daripada para asatizah yang membuatkan diri ini sentap. Adakalanya kata-kata mereka terkena batang hidung sendiri. Sedih dengan keadaan diri bilamana ustaz meminta untuk menyambung ayat-ayat al-Quran yang dibacakannya, lidah ini kelu. Sangat cemburu dengan mereka yang menghafal al-Quran. Allahu Rabbi... Itu belum lagi tanya pasal sirah, hukum fiqh dan sebagainya. Walhal, madah-madah tu semua dah  belajar, YA! Diri ini cepat sungguh lupanya! Selalu leka dan alpa! Astarghfirullah... 

Tapi bila difikirkan balik, salah diri ini juga kan? tidak ada ke'itqan'an dalam diri. Tidak ada mujahadah.

Bilamana solat, tidak dapat memahami kesemua makna ayat yang dibaca.
Bilamana membaca al-Quran, ada sahaja bacaan yang perlu diperbetulkan.
Bilamana menela'ah pelajaran, cepat saja terasa bosan.
Bilamana sibuk dengan urusan dunia, mudah saja lupa kepada Yang Menciptakan.

Sungguh banyak lagi perkara dalam diri yang perlu diperbaiki.Mood : dah habis exam, hanya tunggu natijah.

Banyak cakap, banyak dosa.
Takut-takut apa yg dikatakan itu tidak diamalkan. 

Na'uzubillah wa astarghfirullah.

Allahu Ta'ala A'alam.










11 R' Awal 1434H
1.45 p.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...