Tuesday, January 22, 2013

‎m.u.j.a.h.a.d.a.h

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Mujahadah itu payah. Mujahadah itu perlukan jiddiyah (kesungguhan) dan tadhiyah (pengorbanan) yang pastinya bukan sedikit. Untuk bermujahadah pasti kita perlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati. Mujahadah juga memerlukan penyerahan seluruh jiwa dan raga kepadaNya.

Kadang-kadang dalam meniti kehidupan ini, hadirnya keseronokan yang datang menutupi jalan mujahadah itu. Jadi, tika itu kitalah harus memilih jalan mana yang akan kita tempuh. Jalan mujahadah pastinya tidak akan dilalui oleh orang kebanyakan kerana ianya penuh liku dan onak duri. Hanya mereka yang terpilih sahaja mampu berada di jalan itu dengan izinNya. 


Beruntunglah jika kita tergolong dalam kalangan orang yang bermujahadah.


Sedikit perkongsian kepada semua sahabat-sahabat,

~(dipetik daripada buku Sehingga Para Pemuda Mengerti, tulisan Dr. Abdullah Nasih Ulwan)

"Adapun tugasan kamu yang terbesar yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan kamu diciptakan kerananya ialah: menegakkan hukum Allah di atas muka bumi, serta mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Allah Yang Maha Esa. Mengeluarkan mereka daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam..." 

Kemudian, adakah kamu tahu - wahai para pemuda - bagaimanakah kamu mahu merealisasikan tugasan ini?


Ianya akan terlaksana dengan 5 sifat asas yang perlu kamu hiasi dirimu dengannya, serta perlu kamu simpulkan hemah untuk memperteguh dan mendalamkannya.


1. KEIMANAN TEGUH yang tidak bergoncang dan tidak pula rapuh. (49:15)


2. KEIKHLASAN YANG BENAR, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-nunjuk. (98:5)


3. KEAZAMAN YANG TEGUH, tidak mengenal erti takut mahupun gentar. (33:39)


4. AMALAN (GERKA KERJA YANG BERTERUSAN), tidak mengenal erti lemah mahupun lesu. (9:105)


5. PENGORBANAN YANG TINGGI, yang hanya memilih samada kemenangan ataupun mati syahid. (2:214)

Jom sama-sama kita menjadi asbab kepada orang mendapat hidayah, bukan menjadi asbab orang mendapat dholalah.

Cinta ilmu, cinta ulama’. Allah dan Rasul cinta agung.

Allahu Ta’ala A’lam..
11 R' Awal 1434H
1.18 p.m.
Kolej Antarabangsa Ibu Zain

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...