Thursday, July 7, 2011

'Bebas'

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Alhamdulillah... Pertama kali dapat peluang main bowling di Plaza Kuala Selangor, teruja sgt2. Almaklumlah dulu zaman sekolah ada niat nak pi main kat Summit, USJ tapi sayang duit. Dengan hanya RM 5 sahaja, kami para peserta bukan hanya dapat bermain malah sarapan, makan tengahari dan pengangkutan disediakan. 

Setibanya di meja pendaftaran,

"Ait, ni datang utk main ke utk jadi AJK?"  

Sapa Kak Jai. Aku tersengih. 

"Kak Jai, kali ni bagi can la saya main, insyaAllah lain kali saya jadi AJK berkhidmat utk Nisa'."

Semangat aku menjawab. 

"Yelah... Nanti kalau Nisa' ada buat program Kak Jai cari Dijah dulu utk jadi Ajk."

Katanya sambil memaut erat bahuku.

Rata-rata para peserta Nisa' Bowling Games adalah orang-orang kampung yang mereka memang tidak didedahkan dengan tarbiyyah. Melihat pakaian, tutur kata dan cara mereka bergaul ana rasa sedih. Tiba-tiba rasa susahnya utk berhadapan dengan masyarakat luar mengajak mereka ke arah kebaikan. Tidak seperti di sekolah dulu kerana ianya terikat dengan peraturan. Tapi di luar, mereka 'bebas' memilih jalan hidup yang mereka suka.Tapi, jikalau orang yang faham tarbiyyah tidak mahu dekati mereka, bagaimana utk kita menegakkan daulah islamiyyah di negara sendiri. Astarghfirullah...   

Semasa di plaza, meriahnya memang tak boleh ceritalah. Sangat2 meriah!  Setelah habis game, kami ke Masjid Kuala Selangor utk solat zohor dan makan tengahari. Aku sangat2 kagum dengan kesungguhan para aktivis Nisa' menguruskan program supaya berjalan lancar. Pada pandanganku, programnya sgt2 sederhana. Kami hanya makan di bawah pohon2 di luar masjid beralaskan tikar tapi rasa bahagia bertemankan dengan para muslimat terasa 'bebas'. Anak-anak para muslimat 'bebas' bermain dan bergurau senda sesama mereka. Kami juga 'bebas' berbicara apa sahaja tanpa sebarang protokol. Rasa macam satu keluarga besar. Terasa bahagia.
 
Semasa majlis penutupan, seorang junior Sliss mengambil tempat di sebelahku. Tiba-tiba dia berkata,
 
"Akak... rindula nak dengar akak cakap, akak ingat lagi tak surat yang akak bagi kat pelajar puteri?"
 
"Ala, korang dulu kan tak suka akak cakap kat depan. Akak kan kuat bebel."
 
Aku menjawab dalam nada bergurau menahan malu.
 
"Mana adela kak. Kitorang suka dengar akak cakap. Ramai yang nak nangis bila dengar exco baca surat akak kat surau. Kitorang rindula kat akak..."
 
Hatiku betul-betul sebak. Tidak mampu lagi nak tatap wajah junior di sebelahku. Aku mengalihkan muka ke arah lain tatkala air mata mula bergenang dan akhirnya megalir perlahan-lahan tanpa disedari. Ya Allah... Terasa sangat2 rindu kenangan pahit manis di SMKA Simpang Lima. Bumi yang banyak mentarbiyyah diriku untuk bangkit semula dalam mengatur langkah seorang muslimah setelah jatuh satu ketika dulu. 
 
Allahu Ta'ala A'alam... 

5 comments:

KID said...

sliss da bez!!

Anonymous said...

ehem2..jgn lupa ajak fath skali yerr....hehe~

itqansyabiq said...

kiD> erm... best3!

fath> insyaAllah fath, org kuat ni masakan boleh lupa.Prrm besar terdekat bln 12
ni 'explorce'... tp, tem
tu sume dh xde kt cni.

Fath~ said...

ya Allah...org kuat mendenye... segan sy akk ckp camtu..hehe... rasa nya bulan 12 pon sy xde..agaknye time cuti sem nnt boleh lah join kot... btw tahniah atas kejayaan akk~

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

ape pulah segannya, kte kena semangat ye dak...he xpe byk progrm len yg boleh ikut insyaAllah.

Jazakillah kheir ats doa fath, uhibbuki fillah...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...