Thursday, June 30, 2011

Hasrat

Hati kecil ini...

Berbicara penuh resah,

"Adakah kan ku gapai hasrat itu?"

 Menghitung hari, mengorak langkah

 Bertemankan impian yang masih tersisa

Sesekali air mata leka mengalir

Dalam penantian penuh harapan


"Ku serahkan segala rahsia hati ini hanya kepadaMu duhai Pemilik Cintaku..."


Soalan dari seorang sahabat :

"Kalau contoh tak dapat U,
nak pi mana?"

Allah...hati ini tidak boleh tipu walau tampak tenang di wajah.

"Allahumma Faqihni Fiddin, wa 'Alimni Takwil..."


Monday, June 27, 2011

Wanita bekerjaya~

Satu Keinginan @ Keperluan ?
~pandangan mereka~

PANDANGAN 1

"Bagi ana, kalau waktu skrg ni wanita memang patut bekerja memandangkan keadaan ekonomi yg tidak berapa stabil. Lagi satu, bila dikaji balik kos sara yuran utk sekolah makin naik & harga barang makin tinggi menyebabkan wanita mesti bekerja. Lagi2 yg tinggal di bandar, memang tak cukup sedangkan hidup bujang pun tak cukup apatah lagi yg dah berkeluarga..."

"Dalam bab pentarbiyahan anak2 pulak brgantung kpd ibu bapanya sendiri. Sesetengah ibubapa wlupn bekerja tp mereka boleh je memperuntukkan masa lepas habis kerja tak pun waktu hujung minggu dgn anak2. Cuma nak tak nak je ibubapa itu sendiri nak meluangkan masa. Lagi satu, walau sesibuk mana pun jika parents tu faham agama, budaya solat berjemaah & usrah boleh dilakukan. Ini jgk dapat mentrbiyah anak2 secara x langsung wlupn mereka bekerjaya. Mmg x dpt dinafikan, ibu2 skrg yg bekerja kurang bg tarbiyyah kt anak2 tp kita kenalah tengok skop didikan Islam. Cthnya yg ana prhatikan, ramai doktor2 muslimah yg faham Islam berjaya didik anak2 sampai jd mcm mereka sendiri yg arif jgk pasal Islam. Apa2 pun sesibuk mana pun kita ttp bila berbalik pd Islam, insyaAllah pasti takde masalah dalam mentarbiyyah anak2. WallahuA'lam..."


PANDANGAN 2

"Wanita bekerjaya dah jadi fatrah dlm ekonomi Malaysia skrg. Tapi ada syarat2 & batas2 yg perlu dijaga. Utk yg dh bersuami : 1.Mesti make sure suami dah redha dgn kerja itu & bukan krn terpaksa. 2.Harus ada orang yg dipercayai utk jaga anak2 bila dia keluar bekerja, cth:makcik, kakak mak au act. orang gaji tidak digalakkan sangat. 3.Kena korbankan banyak hak2 peribadi, cth: kena banyak korbankan masa rehat utk fulfil hak2 suami & anak2 juge emosi pun kena pandai kawal coz spt yg kita tau, wanita bekerjya potensi utk bercerai tu tinggi. Jd, kena fikir betul2 sblm amik keputusan utk bekerja. 
Utk yg belum berkahwin, kena jaga batas2 syaro' masa kerja. Jangan sampai letakkan diri yg boleh bawa fitnah pada diri kita. Tapi dari sudut ana la if suami mampu, biarla isteri kat rumah utk didik anak2 dgn sebaik-baik didikan. Apa yg penting, kena bahagikan masa & kena make sure kena fulfil hak suami, anak2 & diri sendiri. Sama jgk konsep dgn wanita yg kahwin ktk belajar. WallahuA'lam...~"    


PANDANGAN 3

"Bagusla wanita bekerja. Sebab wanita gitu, pemikiran dia lebih terbuka. Mungkin wanita mcam ni dapat menjadi ibu mengajar anak2 erti kehidupan. Bukan maksudnya surirumah tidal dapat jadi ibu yg baik, tapi wanita bekerja depa lagi expose pada dunia luar. Lagipun dunia makin maju & sara hidup pun makin tinggi. Tambah pulak nasib kita x menentu bila dah kahwin nanti. Sekurang-kurang bila kerja tu ia dapat jadi tulang belakang bila suami tinggalkan satu masa nanti, nauzubillah. WallahuA'lam...~"



PANDANGAN 4

"Bagi ana, ada baiknya wanita bekerja utk kebaikan diri & keluarga. Mungkin, kita tak tau kan apa jadi satu masa nanti. Cthnya: bila suami sakit au isteri itu diceraikan, sekurang-kurangnya si isteri ada simpanan. Jd, tidaklah nanti rasa terbeban sangat. Yg kurang baiknya, kadang2 bila dah sibuk bekerja sampai terabai keluarga, lari dari anggunjawab hakiki & akhirnya berlaku pertelingkahan suami isteri.
Bagi wanita yg belum berkahwin, memang bagus bekerja uk membantu keluarga & diri. Cumanya ikhtilat perlu dijaga agar maruah diri terselamat. WallahuA'lam...~"


Wanita... Hiasan Dunia
Seindah Hiasan Adalah WANITA SOLEHAH
Yang Akan Membahagiakan
SYURGA DI DALAM RUMAHTANGGA

Thursday, June 23, 2011

Permulaan...~

Ya Allah... betapa nikmatnya tarbiyyah itu. Tarbiyyah yang aku terima sejak 7 tahun lalu. Ya... memang diakui proses pentarbiyahan diri sangat lama & halawahnya kita akan rasai apabila kita kehilangan nikmat itu. Kini, aku kehilangan nikmat itu. Nikmat tarbiyyah di alam persekolahan yang banyak membentuk diriku untuk membina jati diri sebagai seorang muslimah, InsyaAllah. Aku... seorang gadis kecil tapi insyaAllah berjiwa besar. Masih ingat lagi sewaktu tingkatan satu, ketika interview calon Badar, Kak Aqilah (KP Badar)  bertanya kepadaku :

"Jikalau betul Deejay (nama glamour in SAMBEST) dilantik menjadi AJK Badar, adakah Deejay akan terus istiqamah pada jalan ini?"

Aku blur tika itu, tidak tahu apa patut dijawab. Sambil malu-malu aku bertanya,

"Jalan apa kak?"

" Jalan Dakwah & Tarbiyyah..."

Aku hanya mengukir senyum. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Alhamdulillah... terasa nikmat apabila kita bergerak dalam jemaah. Ukhwah tersimpul erat kerana terdapat ikatan hati antara kita atas satu matlamat yang sama. Walaupun skopnya kecil hanya di sekolah namun aku rasakan sangat besar taklif yang diberikan padaku & sewaktu dicalonkan menjadi exco untuk memegang Biro Ibadah ketika di Sliss, aku dengan sopannya menolak. Biarlah aku hanya menjadi AJK sahaja bukan ketuanya. Bukan tidak mahu tapi aku takut, pastinya taklifat itu amat berat untuk membudayakan sebuah sekolah agama yang kurang 'Biah Solehah'nya. (Asif, seandainya ada yang terasa) Aku yakin pastinya sukar untuk membawa budaya baru untuk mereka. Tapi aku bertekad dalam hati : 

Biiznillah jika aku diamanahkan untuk memegang biro ini, aku akan buat satu perubahan untuk membawa iklim Dinni dengan nusrohNYA walaupun akan menyebabkan pelajar puteri membenciku & memberontak.

Teringat kata-kata Kak Maryam Jameelah (KP Badar 03/04) :

"Adik-adik, bila kita dah jadi AJK Badar orang akan sentiasa perhatikan kita. Tingkah laku, tutur kata malah segala tidak tanduk kita. Kita orang yang diberi amanah, orang juga akan nilai kita lebih-lebih lagi Allah. Jikalau kita asyik mencari salah dan menghukum mereka, mereka juga pastinya akan cari salah kita & kita sebagai manusia tidak akan lari untuk melakukan kesilapan. Oleh itu, bersabarlah dan jagalah diri kita kerana imej muslimah yang kita bawa ini mungkin satu hari nanti akan membuka hati mereka."

Ya... itu lumrah manusia bukan? Daripada organisasi ini banyak yang aku belajar. Belajar bagaimana untuk menghadapi kerenah pelajar yang bermasalah. Bukan masalah apa cuma benda-benda remeh seperti turun lambat, lari ma'thurat, solat kat dorm, masbuq imam kedua dan macam-macam lagi. Leceh kan? Memang, tugas kami hanya mencatit nama mereka. Boleh katakan setiap kali bertugas pastinya aku akan menangis. Aku tidak pasti sahabat seperjuangan yang lain. Dimarah dan dimainkan oleh senior-senior. Almaklumlah ketika itu masih di tingkatan satu. Sebenarnya, itulah proses awal tarbiyyah untuk menjadi seorang da'ieah. Kecekalan & ketabahan hati di samping pengharapan & pergantungan kita pada Rabbi untuk terus tsabat pada jalan ini.

Mesej dari seorang sahabat :

Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan.
Biarlah menangis terluka dari mati terkambus tanpa mujahadah.
Kita tidak sanggup selamanya terluka tap ingatlah bahawa tiap tititsan darah & air mata itu amat bermakna. Apabila ditanya, Kenapa Berjuang itu Pahit?
Kerana, Syurga itu Manis...~

Allahu Ta'ala A'alam...

Tuesday, June 21, 2011

Keluarga Sakinah 2

Bi bismillah wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin...

Sebagai wanita yang bepelajaran tinggi, rata-rata mereka pada hari ini ingin bekerja. Yalah kos sara hidup makin hari makin tinggi. Bila dah bekerja pastinya mereka ingin kelihatan anggun dan bergaya. Paling-paling pun pastinya ada kereta sendiri untuk kegunaan seharian. Sudahnya ikhtilat tidak terjaga & syariatNya pula entah ke mana. Ramai orang kata :

"Tak gunalah ada degree tapi akhirnya dok kat ceruk dapur..." 

"Buang duit sahaja kalau belajar tinggi-tinggi tapi sudahnya tak kerja..."

Tahukah kalian?

Punca perceraian masa kini adalah 30% daripada orang ketiga & daripadanya 80% adalah merupakan rakan sekerja. Nah, bahayakan!?

Tak salah untuk bekerja tapi berpadalah. Kadang-kadang kerana si isteri telah bekerja si suami pula alpa dengan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Si suami pula mengharapkan gaji si isteri untuk membayar duit rumah, duit kereta dan perbelanjaan sekolah anak-anak. Dek kerana itulah ramai pasangan hari ini perbelanjaannya dipegang oleh isteri & impaknya perangai si isteri makin menjadi-jadi sehinggakan mereka sukar lagi untuk dididik dan dibentuk kerana merasakan diri mereka lebih hebat daripada suami. Jadi,

Ke mana egonya si suami sebaga ketua keluarga dalam menjaga amanahnya?

Ke mana cemburu si suami apabila melihat isterinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahramnya?

Ke mana marahnya si suami melihat isterinya bertabarruj untuk tatapan lelaki ajnabi selain dirinya?

Pendapat ana, seorang wanita itu perlulah meletakkkan awlawiyat dalam kehidupannya. Bukan hanya kehidupan duniawi yang perlu dititikberatkan malah ukhrawi pastinya kena lebih lagi. Bukannya ana tidak setuju untuk tidak bekerja kerana mungkin satu hari nanti pastinya ana juga akan bekerja biiznillah. Namun biarlah kita bekerja itu bukan hanya untuk kepentingan keluarga sahaja malah untuk ummah juga. Bekerjalah kerana Allah & kerana Addin kita yang tercinta. Seboleh-bolehnya, carilah kerja yang ikhtilatnya terjaga dan yang pentingnya tidak sampai mengabaikan urusan rumahtangga. Kerja yang tidak perlu kita terlampau 'expose' terhadap lelaki ajnabi. Pernah satu hari Saidina Ali  karamalllahu wajhah  bertanya kepada isterinya :

"Wahai Fatimah, apakah yang paling baik bagi seorang wanita?" Fatimah menjawab: Bahawa ia tidak dapat melihat lelaki dan lelaki pun tidak dapat melihatnya."

& Saidina Ali r.a. juga pernah berkata :

"Apakah kamu tidak malu dan cemburu, jika kamu meninggalkan isteri dan membiarkannya berpergian dan berjalan di celah-celah kaum lelaki, isteri kamu memandang kepada mereka dan mereka pun memandang isteri kamu?" ~rujukan : Kitab al-Kabair, Az-zahabi m/s:171-172


Impian ana...>

Ana tidaklah mengharapkan kerja yang hebat-hebat, cukuplah sekadar ana dapat berbakti untuk Addin & ummah. Memang sedari kecil, ana bercita-cita untuk membuka Taman Asuhan Islam untuk kanak-kanak & cita-cita itu ana kongsi dengan sahabat tercinta Ukhti Asnida yang merupakan bakal seorang hafizah insyaAllah. Melihat para sahabat yang berkemungkinan besar akan menjadi wanita bekerjaya satu hari nanti seperti doktor, arkitek, pensyarah & sebagainya pastinya menuntut komitmen kerja yang sangat tinggi  & sebagai muslimah yang faham tarbiyyah pastinya mereka menginginkan anak-anak mereka mendapat didikan dan asuhan yang sempurna berlandaskan Islam. Justeru, ana juga ingin membantu mereka kerana mereka telah banyak berkorban untuk Addin & ummah biiznillah, InsyaAllah...~

Allahu Ta'ala A'alam...~

Sunday, June 19, 2011

Keluarga Sakinah 1

Bi bismillah wa astagfirullah 'ala kulli zanbin....

"Bagusla program ni buat campur-campur..." Kedengaran seorang pak cik memberi komen tatkala melihat ana, Ukht Farahani, Ukht Nasirah & Ukht Aisyah Ahmadi mengambil tempat duduk untuk bersarapan. Kami berempat tersengih. Malu... Yelah tajuk seminar pun "Keamanan dalam Berumahtangga" yang merupakan satu program keluarga sakinah anjuran JAIS Sabak Bernam dengan kerjasama IKRAM. Pastinyalah semua peserta sudah berkahwin. Nasib baik meja sebelah kami ada umi a.k.a ibu Aisyah jadi tidaklah berapa segan. Dapat juga kami membuka mulut beramah mesra dengan orang dewasa.

SLOT 1 : "CABARAN & PENYELESAIAN MELAHIRKAN KELUARGA CEMERLANG"
Oleh: Prof. Madya Dr. Harlina Halizah binti Hj Siraj

Melihat tajuk memang nampak berat untuk kami yang bergelar gadis. Namun tidak mengapa ianya sebagai persediaan untuk kami.He... Ana suka penyampaian Dr. Harlina, sangat bersahaja namun tertusuk di kalbu. Dr. Harlina menjelaskan, mengapa anak-anak zaman sekarang ini sukar untuk dibentuk dan dididik? Ini kerana ibubapa mereka pun tidak mendidik dan membentuk diri mereka sendiri terlebih dahulu. Jadilah Qudwah kepada anak-anak dengan mengikut teladan kehidupan Rasulullah S.A.W. kerana Bagindalah yang selayaknya menjadi ikon kita terutamanya para suami. Cara hidupnya, peribadinya sebagai seorang anak, suami & bapa cukup sempurna. Pesanannya pula untuk para isteri, letakkanlah cinta yang pertama itu ALLAH. Kedua, RASULULLAH & yang ketiga itu barulah SUAMI. Bukannya semua cinta seorang wanita itu adalah untuk SUAMI. Kerana apabila seorang isteri itu meletakkkan awlawiyatnya kepada suami, maka rumahtangga yang dibina itu pastinya jauh dari cinta Allah dan tidak diredhai. Antara pengisian penting suka untuk ana kongsikan dengan para pembaca.

~10 HAK ANAK-ANAK DALAM ISLAM /FAMILY PLANNING IN THE LEGACY OF ISLAM~
By : Prof. Abdel Rahim Omran

1.   Hak untuk Hidup
2.   Hak untuk Mendapatkan Ketulenan Baka
3.   Hak Diberi Nama yang Baik
4.   Hak Disediakan Keperluan Asas (termasuk penyusuan ibu)
5.   Hak untuk Mengasingkan Tempat Tidur 
6.   Hak Mendapat Pendidikan Agama yang Sempurna
7.   Hak Diberikan Pelajaran & Asas Kemahiran Hidup
8.   Hak Dijamin Keselamatan di Masa Depan
9.   Hak untuk Diberi Layanan yang Sama Rata
10. Hak untuk Diberi Hak Asasi

InsyaAllah, tajuk akan datang " IKHTILAT DI TEMPAT KERJA"
Allahu Ta'ala A'alam...~

Pesan Ustzh Zurhayana semasa di ting. 2:
"Untuk menjadi isteri solehah & ibu mithali,
sekurang-kurangnya kena bersedia 10 tahun sebelum walimah."

Pendapat penulis:
Untuk membina peribadi mukminah, ianya memakan proses tarbiyyah yang sangat lama. Jadi mulakanlah dengan diri sendiri terlebih dahulu. Biasakanlah diri kita mengikut syariatNYA & menghidupkan sunnah Rasulullah fil hayah agar diri ini biasa untuk membudayakannya & kelak biiznillah, baitul muslim yang dibina akan berlandaskan cinta keranaNYA dalam menuju mardhatillah, insyaALLAH...~

Wednesday, June 15, 2011

Bulan Penuh! Subhanallah~

Bi Bismillah wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Malam ini, buat pertama kalinya setelah berlalunya alam persekolahan ana merenung ke langit. Lama... Dulu, selalulah juga merenung ke langit menemani Mumtaz untuk melihat bintang dan acapkali ana mengusiknya, "Teringat orang jauh?" Dia hanya tersenyum.

Ya... bulan penuh! Maknanya, esok 14 Rejab la kan? Jadi?? MasyaAllah, dah separuh bulan Rejab berlalu tapi tak bertambah-tambah amal ibadah malah diri ini makin malas rasanya. Astaghfirullah... Ana pandang lagi ke langit. Kali ini lebih lama. Saja nak amik feel. "Subhanallah... Indahnya!"  Tapi bulannya tidak berapa terang. Suasana yang agak suram membuatkan ana cepat-cepat masuk ke rumah. (He... agak takut sebenarnya.) Terngiang-ngiang pertanyaan abah siang tadi,

"Kakak nak pi solat gerhana malam ni kat masjid?"

Ana apa lagi mengangguk laju tanda setuju. Semangat beno. Tapi yalah kita hanya mampu merancang kan? Mudah-mudahan ada peluang untuk itu. Hamdalah tiba di bilik, terbuka blog seorang sahabat Raihana Nazri. Jazakillah khoir about ur info. Katanya : "Malaysia bakal bergerhana malam ni, bermula jam 1.20 hingga 4.25 pagi (kalau tak silap, thanks IKIM.fm)."

Nak tahu tentang SOLAT GERHANA (Khusuf & Kusuf) ? KLIK DI SINI (Ihsan dari mukhlisahfillah.blogspot.com)

Jom! Jom sama-sama kita lipatgandakan usaha beribadah kepadaNYA! InsyaAllah. barakah bulan Allah yang mulia ini, moga-moga kita semua diredhai & dilindungi dengan rahmatNYA. Amiin...

Allahu Ta'ala A'alam...~

Friday, June 3, 2011

Kehadiranmu dinanti...~

Dengan nama Rabbi wa astaghfirullah 3la kulii zanbin...

Sudah lama jari-jemari ini tidak ditugaskan untuk menaip entri. Hati berkeinginan cuma kekangan masa & hal-hal lain menjadi halangan. Tup... tup... Dah masuk bulan REJAB. Cepat kan masa berlalu? Allah... Terasa futurnya diri ini. Bila makin dewasa, makin banyak pula khilafnya. Bila makin dewasa, makin banyak fe'el yang bukan-bukan yang mungkin tidak perlu sebagai seorang muslim. Ana akui, kini setelah 20 tahun berpijak di bumi Allah ini, ana masih belum mengerti akan hakikat kehidupan. Ana masih belum terasa halawahnya hidup sebagai seorang muslim dengan nikmat Islam & Iman yang sebenar. Astaghfirullah... Mungkin diri ini banyak main-main & berseronok dengan nikmat duniawi.

Kini,
Rejab sudah tiba!

Duhai diri...
Ayuh!!
Bangkit dari lenamu
Bulatkan tekadmu
Teguhkan azammu
Pergiatkan amalmu
Kuatkan semangatmu
Dekatkanlah dirimu dengan Rabb
Amiin...~


"اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان"

Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..."

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...