Sunday, June 19, 2011

Keluarga Sakinah 1

Bi bismillah wa astagfirullah 'ala kulli zanbin....

"Bagusla program ni buat campur-campur..." Kedengaran seorang pak cik memberi komen tatkala melihat ana, Ukht Farahani, Ukht Nasirah & Ukht Aisyah Ahmadi mengambil tempat duduk untuk bersarapan. Kami berempat tersengih. Malu... Yelah tajuk seminar pun "Keamanan dalam Berumahtangga" yang merupakan satu program keluarga sakinah anjuran JAIS Sabak Bernam dengan kerjasama IKRAM. Pastinyalah semua peserta sudah berkahwin. Nasib baik meja sebelah kami ada umi a.k.a ibu Aisyah jadi tidaklah berapa segan. Dapat juga kami membuka mulut beramah mesra dengan orang dewasa.

SLOT 1 : "CABARAN & PENYELESAIAN MELAHIRKAN KELUARGA CEMERLANG"
Oleh: Prof. Madya Dr. Harlina Halizah binti Hj Siraj

Melihat tajuk memang nampak berat untuk kami yang bergelar gadis. Namun tidak mengapa ianya sebagai persediaan untuk kami.He... Ana suka penyampaian Dr. Harlina, sangat bersahaja namun tertusuk di kalbu. Dr. Harlina menjelaskan, mengapa anak-anak zaman sekarang ini sukar untuk dibentuk dan dididik? Ini kerana ibubapa mereka pun tidak mendidik dan membentuk diri mereka sendiri terlebih dahulu. Jadilah Qudwah kepada anak-anak dengan mengikut teladan kehidupan Rasulullah S.A.W. kerana Bagindalah yang selayaknya menjadi ikon kita terutamanya para suami. Cara hidupnya, peribadinya sebagai seorang anak, suami & bapa cukup sempurna. Pesanannya pula untuk para isteri, letakkanlah cinta yang pertama itu ALLAH. Kedua, RASULULLAH & yang ketiga itu barulah SUAMI. Bukannya semua cinta seorang wanita itu adalah untuk SUAMI. Kerana apabila seorang isteri itu meletakkkan awlawiyatnya kepada suami, maka rumahtangga yang dibina itu pastinya jauh dari cinta Allah dan tidak diredhai. Antara pengisian penting suka untuk ana kongsikan dengan para pembaca.

~10 HAK ANAK-ANAK DALAM ISLAM /FAMILY PLANNING IN THE LEGACY OF ISLAM~
By : Prof. Abdel Rahim Omran

1.   Hak untuk Hidup
2.   Hak untuk Mendapatkan Ketulenan Baka
3.   Hak Diberi Nama yang Baik
4.   Hak Disediakan Keperluan Asas (termasuk penyusuan ibu)
5.   Hak untuk Mengasingkan Tempat Tidur 
6.   Hak Mendapat Pendidikan Agama yang Sempurna
7.   Hak Diberikan Pelajaran & Asas Kemahiran Hidup
8.   Hak Dijamin Keselamatan di Masa Depan
9.   Hak untuk Diberi Layanan yang Sama Rata
10. Hak untuk Diberi Hak Asasi

InsyaAllah, tajuk akan datang " IKHTILAT DI TEMPAT KERJA"
Allahu Ta'ala A'alam...~

Pesan Ustzh Zurhayana semasa di ting. 2:
"Untuk menjadi isteri solehah & ibu mithali,
sekurang-kurangnya kena bersedia 10 tahun sebelum walimah."

Pendapat penulis:
Untuk membina peribadi mukminah, ianya memakan proses tarbiyyah yang sangat lama. Jadi mulakanlah dengan diri sendiri terlebih dahulu. Biasakanlah diri kita mengikut syariatNYA & menghidupkan sunnah Rasulullah fil hayah agar diri ini biasa untuk membudayakannya & kelak biiznillah, baitul muslim yang dibina akan berlandaskan cinta keranaNYA dalam menuju mardhatillah, insyaALLAH...~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...