Saturday, May 14, 2011

Ikatan itU

Tidak ada kenikmatan seorang hamba yang lebih baik setelah kenikmatan Islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh, yang bila lupa dia akan mengingatkan & bila ingat dia akan membantunya. Justeru, alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Ta’ala..”

Jadual perjalanan harian Liyana masih seperti biasa. Tidak banyak berubah sejak kebelakangan ini. Cuma dia terasa begitu letih setelah seharian bekerja, mungkin disebabkan cuaca yang panas. Tambahan pula tugasnya sebagai seorang peguam menuntut komitmen kerja yang sangat tinggi.

“Allah… ini baru panas dunia apatah lagi di padang Mahsyar kelak.” Bisik hati kecilnya.

Liyana segera beristighfar. Tiba-tiba, dia teringat akan seseorang. Seorang yang sentiasa memberi kekuatan & semangat sewaktu di zaman persekolahan dulu. Pantas handsetnya dicapai. Keyphone ditaip pantas,

“Salam. Bagi Lin, Dya betul-betul sahabat Lin. Doakan Lin selamat dan kuat dari perkara kemudaratan ye. Betul la kata Dya, mase lepas sekolah la kita jadi diri kita yang sebenar. Lin sayang Dya sangat-sangat. Moga ukwah kita hinnga ke JannahNYA… Amiin-”

Butang send dihantar. Entah kenapa Liyana begitu rindu akan sahabatnya yang seorang itu. Walaupun lain perwatakan dan sikap mereka namun mereka berdua bagaikan serasi. Dia awal perkenalan ketika di tingkatan empat dia tidak menyukai Lydya. Memang dia cukup anti dengan pelajar baru apatah lagi Lydya itu kelihatan lebih cantik daripadanya. Pasti dia akan lebih famous dan namanya nanti akan meniti di bibir setiap pelajar lelaki. Lagi-lagi Lydya juga seorang hafizah. Gadis kampung itu pastinya akan menyaingi dirinya. Namun, setelah mengenali gadis itu lama-kelamaan sedikit demi sedikit persepsinya terhadap Lydya berubah lebih-lebih lagi sewaktu di tingkatan lima mereka ditakdirkan sebilik. Gadis yang dianggap kolot itu rupa-rupanya bersikap terbuka, yang dianggap lembut itu begitu pandai berhujah dan gadis yang dianggap lemah itulah yang sentiasa membantunya ketika susah. Sungguh, dia begitu kagum dengan gadis itu dan sebetulnya dia begitu cemburu dengan segala kelebihan yang Lydya miliki.

* * * * * * * * * * *

Lydya Nur Itqan, seungkap nama yang begitu indah sesuai dengan peribadinya. Kelembutan & ketulusannya dalam berbicara membuatkan Liyana selesa untuk berdamping dengan Lydya. Lydya juga tidak pernah memilih dalam bersahabat. Walaupun dirinya sentiasa dibaluti jubah dan bertudung labuh, namun dia tidak kekok untuk berkawan dengan orang sepertinya juga mampu bertahan di sekolah yang bukan sekolah agama mahupun Ma’ahad Tahfiz seperti sekolah lamanya.

Liyana Insyirah, seorang remaja yang bercouple, bertudung singkat dan berbaju ketat, yang sangat liat untuk bangun subuh dan sering melewat-lewatkan solat. Adakalanya dia meninggalkan solat tanpa asbab dan keuzuran. Di asrama dulu dialah juga ‘kepala’nya. Kepala otai kalau dalam bahasa asramanya. Ponteng usrah, bawa handset dan sebagainya memang sudah menjadi perkara wajib baginya. Malah dia juga punya ‘geng’ yang besar dan sangat berpengaruh. Namun apa yang dihairankannya setiap kali dia melakukan segala kesalahan itu pasti akan terkantoi dengan ketua muslimat itu. Apakah ilmu yang dipakai oleh Lydya yang seperti sentiasa mengikuti setiap gerak-gerinya. Allahu Ta’ala A’alam...

Namun, apa yang diperhatikan kekuatan Ketua Muslimat itu ialah dia tidak akan tidur selagi orang lain belum tidur dan akan bangun sebelum orang lain bangun. Mungkin kerana itu banyak perkara yang Lydya tahu apatah lagi aktiviti-aktiviti pada waktu malam ditambah dengan ibadah-ibadah sunat yang menjadi rutin hariannya. Benar dalam mencari kebenaran dan keadilan pastinya Allah akan bantu. Itulah yang selalu diperkatakan oleh Lydya kepadanya. Tiba-tiba, langsung dia teringat firman Allah :

“Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya”

Ayat itu sering diulang-ulang oleh Dya tanpa jemu apabila sesiapa sahaja menanyakan tentang segala kebolehan dan kelebihannya.

Sekolah mereka bukanlah sekolah agama. Namun, Lydya bisa mencorakkan biahnya seperti sekolah agama. Bukan dengan ketegasan tetapi dengan kelembutannya yang luar biasa. Caranya yang berhikmah dan tutur bicaranya begitu menarik minat pelajar puteri. Malah, tempias semangat mujahadahnya turut ke pelajar putera dan para guru. Tambahan pula, Ketua Umum mereka pada tahun ini juga merupakan pelajar baru dan fikrahnya sama seperti Lydya. Begitu juga saff badan kepimpinan, semuanya tampak berkaliber dan berkarisma. Sepanjang empat tahun dia di sekolah atas bukit ini, kepimpinan tahun inilah yang paling hebat. Masing-masing menunjukkan taring dan belang mereka, cukup berwibawa.

Seawal pagi, mereka dibiasakan dengan solat berjemaah kemudiannya disambung dengan bacaan al-Ma’thurat sebagai santapan rohani sebelum bersarapan. Kemudian ke sekolah seperti biasa. Tekun belajar maklumlah sekolah berasrama penuh. Pasti study pun gila-gila. Sewaktu mula-mula tampuk pemerintahan bertukar, masing-masing memberontak dengan peraturan dan sistem baru yang dijalankan oleh Badan Kepimpinan. Exco asrama dan Badan Dakwah dikecam hebat. Itu salah, ini salah dan semuanya tak boleh. Langgar syariat katanya. Kini, baru mereka terasa halawahnya iaitu kemanisan mengikut syariat Islam. Diri terasa terjaga dengan identiti seorang muslim. Bukan hanya muslim pada nama tapi dibuktikan dengan amal.

Awal-awal dulu, sewaktu Lydya mula ditaklifkan sebagai ketua muslimat,

“Dya, apasal kau asyik nak cari pasal ngan aku je hahhh... Asal aku buat jahat je kantoi ngan kau. Kau nak apa sebenarnya? Aku dah penatla ikut peraturan yang kau buat…” Lydya diserang oleh Liyana. Ketika itu dia berjalan berseorangan.

“Lin… peraturan itu bukan dari Dya tapi dari Allah, Pencipta kita. Arahan menjaga solat, menutup aurat itu semuanya ada dalam Al-Quran. Dya hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang khalifah dan hambaNya.” Lydya menjawab penuh hikmah. Senyuman terukir di bibirnya.

“Ahhhhhhh…….kau ingat ni sekolah agama ke nak semua budak jadi baik? Semua nak ikut kat dalam Al-Quran tu. Ni bukan sekolah kau dulu. Jangan nak berlagak hebat kat sini. Kau tu orang baru, sedarlah sikit diri tu…” Liyana menjawab kembali. Kasar… Ditambah dengan jelingan mautnya. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan membenci raut wajahnya tika itu.

Lydya terpana. Dia segera beristighfar. Memang Liyana sudah keterlaluan namun dia masih lagi mampu bersabar. Doa rabithah juga dibaca berulang kali di dalam hati. Moga ada lagi ikatan hati antara mereka. Dia yakin Allah takkan buang pandang akan usahanya.

“Lin… Dya sedar siapa diri Dya dan memang Dya rasa tidak layak untuk berada di sini bersama pelajar yang hebat-hebat. Cuma, Dya tak mampu berdiam diri Lin. Saban hari melihat kemungkaran yang berlaku depan mata kepala sendiri, Dya sedih. Melihat rakan-rakan yang berpelukan dan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, aurat terdedah sana-sini dan bermacam lagi yang melanggar syariat. Adakah Dya patut berdiam diri? Memang beginikah perlakuan umat akhir zaman Lin, tidak takut pada Allah? Juga langsung tidak mempedulikan syariat dan tidak ada sensitiviti pada agama? Dya tahu, Lin pelajar pandai dan sangat berpotensi untuk menjadi lebih baik.Pastinya Lin faham dengan apa yang Dya cakapkan. Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah…”

“Argh… boleh bla la kau! Nak bagi ceramah kat aku pula…” Pantas gadis itu ditolaknya hingga terjatuh. Lydya terduduk.

“Lydya... Kenapa ni?” Sapa satu suara yang cukup dikenali mereka. “Alamak… Uwais!” Bisik hati kecil Liyana. Dia jadi malu dengan ketua umum itu jika dilihatnya perlakuannya dia tadi terhadap Lydya.

Terpisat-pisat Lydya cuba bangun. Nasib baik auratnya tidak terbuka. Alhamdulillah… Terkejut dia dengan kehadiran lelaki itu. Belum sempat Lydya menjawab Liyana berbicara pantas,

“Eh… Uwais! Lydya terjatuh langgar batu ni. Dya, lain kali hati-hati ya! Nasib baik ada Lin. Ok, Lin pi dulu ya! Kita jumpa kat kelas nanti. Bye!”

Uwais membuka mulut semula selepas Liyana berlalu meninggalkan mereka. Geram dia dengan perlakuan biadap Liyana apatah lagi kepada Lydya. Dia cukup marah tapi ditahannya. Melihat Lydya yang tampak tenang, dia cuba untuk bersikap rasional.

“Ana nampak semuanya Dya. Ana perhatikan enti dari tadi. Enti sepatutnya lebih berhati-hati dengan dia. Dia sangat bermasalah. Enti tau kan?”

Lydya hanya mengangguk. Ketika itu dia sudah berdiri. Risau juga dia berdua dengan Uwais di situ, khuatir menimbulkan fitnah. Lain pula ceritanya nanti. Apa-apa pun dia sangat berterima kasih kepada Uwais namun tidak mampu untuk dia membuka mulut. Lain benar apabila di mesyuarat, suaranya sahaja yang kedengaran.

“Aiwah, ana pergi dulu. Timbul fitnah pula nanti…” Uwais seakan faham apa yang difikirkan oleh Lydya.

Liyana dapat melihat air mata rakannya itu bergenang tatkala melontarkan hujah yang cukup berbisa sebentar tadi. Walaupun nada suaranya tetap sama tapi kali ini Lydya mampu bertegas dan agak beremosi. Emosi seorang mujahidah. Apa yang terkejutnya, cukup berani gadis itu melontarkan kata dengan ‘kepala otai’ sepertinya. Liyana masih lagi termangu di sebalik pohon, seorang diri sambil memerhatikan dua sahabatnya itu. Timbul rasa iri hati dalam dirinya terhadap Lydya tatkala melihat dia berduaan dengan lelaki yang diminatinya.

Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah? Mampukah aku?”

* * * * * * * * * *

Satu malam, baru sahaja Lydya ingin melelapkan mata tiba-tiba, biliknya diketuk.

“ Kak Dya! Kak Dya!”

Kedengaran namanya dipanggil dari luar. Ketika itu jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Pada mulanya dia malas untuk bangun kerana katilnya di bahagian atas, namun ketukan masih lagi bertalu-talu malah namanya dilaung lagi kuat. Dia bingkas bangun turun dari katil lalu membuka pintu. Ketika itu, Liyana terjaga. Dia berpura-pura tidur. Hatinya sangat kuat ingin mengetahui apakah tindakan ketua muslimat itu.

+ “Ya Allah, Ain… kenapa ni?”

- “Kak Dya, Ain tak boleh tidur. Ain sedih sangat.”

+ “Ain kenapa ni, ada masalah? Tak nak kongsi dengan akak?”

- “Ain... Ain tak taulah kak. Dari petang tadi hati ni tak tenang.”

+ “Ok… Ain tenangkan diri dulu ya. Ain dah berwudhu’?”

+ Ain menggeleng. “Jom akak temankan…” Lydya pula bersuara. Cuba untuk menenangkan juniornya.

- Ain menggeleng lagi tanda tidak mahu. “Perlukah kak? Perlukah Ain berwudhu, Ain solat, berdoa tapi Allah tak pernah nak kabulkan permintaan Ain. Ain penat kak. Ain rasa Allah tak pandang pun Ain. Kenapa kak?” Ain bersuara perlahan. Wajahnya bingung.

+ “Astaghfirullah Ain… tak baik Ain cakap macam tu. Menidakkan ketentuan Allah. Mengucap Ain…” Terbuntang mata Lydya mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir mungil juniornya itu. Rasa mengantuknya terus hilang.

- “Kak… kawan-kawan Ain yang tak solat, couple tu semuanya dapat markah tinggi dalam periksa. Hanya Ain yang gagal. Ain selalu dapat markah corot kak. Ain malu. Ain ni tak baik ke kak? Allah tak suka Ain ke?”

+ “Ain sayang, cuba pandang mata akak dan dengar kata-kata akak baik-baik. Setiap orang Allah bagi ujian yang sesuai dengan kemampuannya dan ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Ain kini berada dalam ujianNya. Allah sedang uji Ain, Allah pandang Ain sekarang ni dik. Adakah Ain redha atau tidak? Adakah Ain mampu menghadapinya atau tidak? Ain kena kuat, jangan lemah macam ni sayang.” Lydya berkata lembut. Memujuk dengan penuh hikmah.

- “ Kak Dya… Ain tak pernah lagi merasai nikmat kejayaan kecuali dalam UPSR dulu. Dulu Ain selalu dapat nombor satu malah menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Allah tarik nikmat itu ya? Tapi kenapa?”

+ “Itu sebenarnya tanda Dia sayang pada Ain. Allah nak kikis sikap takabbur dan sombong dalam diri Ain. Dia nak bangkitkan Ain semula setelah jatuh sebagai seorang muslimah yang kuat dan cekal. Semua itu ada hikmahNya yang tersembunyi. Pandanglah ia dengan kaca mata iman dik, agar dirimu sentiasa rasa bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA. InsyaAllah, pasti ada kejayaan buatmu suatu hari nanti…”

Banyak lagi yang mereka bicarakan. Namun, Liyana tidak dapat menangkapnya. Kemudian kedengaran bacaan surah al-Mulk daripada Lydya diikuti Ain.

Jam telah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Lydya dan Ain mungkin baru sahaja terlelap sementara Liyana masih berjaga. Malam itu dia tidak dapat tidur. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Lydya malam tadi. Tidak lama kemudian, Lydya bingkas bangun. Dia keluar dari bilik dan beberapa minit kemudian Lydya kembali semula ke biliknya setelah membersihkan diri. “Awalnya bangun, tak penatkah dia? Bukankah baru sahaja dia tidur?”

Lydya memakai telekung. Mengangkat takbir penuh khusyuk tanpa menyedari ada mata yang memerhati. Selepas solat sunat tahajud dua rakaat, dia sambung dengan solat hajat dua rakaat. Sujudnya lama kemudian dia bermunajat kepadaNYA. Itulah kekuatan dirinya dan tidak siapa pun tahu kecuali Maha Pencipta. Setelah habis qiamullail, Lydya mengejutkan Ain kemudian ke meja study. Lebih kurang dalam 15 minit dia mengulangkaji pelajaran, tatkala jam hampir menunjukkan pukul 6.00 pagi, Lydya mengejutkan Liyana pula. Walaupun pada hari minggu, rutin gadis itu tetap tidak berubah. Selalu juga gadis itu menapak dari bilik ke bilik mengejutkan para pelajar puteri untuk solat berjemaah di musolla. Namun, seperti selalu Liyana pastinya tidak bangun. Kemudian Lydya berkata,

“Lin, Dya turun dulu ya. Dah nak azan ni. Bangun tau nanti, jangan sampai terlepas subuh.”

Setelah Lydya keluar, Liyana bingkas bangun. Dia masih terpaku di katilnya. Kagum mula menyelubungi dirinya kepada gadis yang bernama Lydya Nur Itqan. Setelah membersihkan diri, buat kali pertamanya untuk tahun ini dia solat subuh berjemaah di musolla. Digagahkan juga kakinya melangkah walaupun terdengar bisikan halus di hatinya menegah niat baiknya pada hening pagi itu.

Sungguh… Liyana merasakan begitu tenang. Apatah lagi imam subuh pagi itu ialah ketua umum mereka, Saudara Uwais al-Qarni. Menitis air mata Liyana tatkala mendengar alunan kalamullah dari lelaki itu. Lelaki yang dikagumi dan diminatinya dalam diam. Bacaannya tartil ditambah suaranya yang merdu sangat menyentuh hatinya. Sayu… Setelah itu, al-Ma’thurat dibaca secara berjemaah dipimpin oleh ketua muslimin mereka, Saudara Abdul Fattah kemudian disambung pula sedikit tazkirah daripada Uwais Al-Qarni.

* * * * * * * * * * *

Lydya tersenyum tatkala membaca sms dari sahabat kesayangannya. Dia bersyukur kerana akhirnya hati Liyana terbuka untuk menerima tarbiyyah malah menjadi pendokong kuat dirinya pada bulan-bulan terakhir ketika berkhidmat di sekolah dulu. Ya… hidayah itu milik Allah dan Dialah yang berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Alhamdulilllah… Pantas tangannya menekan butang-butang  Samsungnya,

“Ya Rabbi… Dakaplah erat-erat dirinya, agar dia tidak pernah rasa ingin meninggalkanMU walaupun ditinggalkan sekalian makhluk. Balutilah hatinya dengan kesucianMU, agar dia tidak pernah dikotori walaupun di sekelilingnya dipenuhi dengan dugaan dunia. Sertailah setiap gerak langkahnya, agar dia sentiasa dituntun ke arah jalanMU walaupun dalam kembaranya ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan. Peliharalah dirinya kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pemelihara. Semoga terus diberi kekuatan dan keredhaan olehNYA bagi kita untuk terus berjuang dalam medan Islam… Dya pun sayang Lin sangat-sangat kerana Allah. Ya, moga ukhwah kita kekal ke JannahNYA… Amiin-”

5 comments:

husna assaedah said...

kagum~~
terkesima~~
tersentuh~~
Subhanallah!!

cerpen yang hebat..

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Allah una... sekadar cuba2, xde hebat pn
Akk nk cerpen dr una... Pliss!!

Anonymous said...

erm...trsentuh gaklah bce crpen ni...tp, nk tanye sket an..mgkn akak ade perasaan ni kot...apa rasenye jd org beriman?? seronok ke? kenapa org selalu ckp 'aku syg ko kerana allah'? nape x ckp syg biase je? best sgt ke brkasih syg kerana Allah ni?? satu lg, apa yg menyebabkn seseorg 2 rjin kuat ibadah pada allah?? nape x buat mcm bese jer?? musykill.....

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Allahu Ta'ala A'alam... xberani nk jwb soalan tu. tp mmg rse seronok apbila kita hdup berlandaskan syariatNYA jg bersahabt dgn org2 yg sma2 ingin berusaha ke arah kebaikan...~

Psl syg krn Allah itu ada istimewany.. Klu nk thu kita syg sesorg itu @ tak krn Allah, kita akn sdih bila tgok dy buat kemungkaran, kita akn terluka bila dy jauh dgn syariat, kita x akn terasa dgn perkara2 remeh jk dy marah kita ke, dy xsuka kita ke yg akhirnya mjd sengketa & ianya akn hadir jk kita saling redha-meredhai ant stu sma lain ...

Soklan ke3 ni... erm, kita pn xtaw kn byk mna amal kita, apa kesudahan kita jd jk nk beramal tu tajdidkan niat dlu... ap yg kita bwt sume utk mencapai redhaNYA bkn mgharapkn pndgn dr org lain...InsyaAllah, jk i2 yg kita cari kita akn sedar bhw sglaNYA akn dihisab olehNYA & akn terfikir bgmna kesudahn hdup kita?

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Akk bkn arif sgt...asifla tp ini hny pndpt & pndgn. stp org pndg sesutu itu dgn pndgn tersndiri....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...