Thursday, May 5, 2011

Kampung...~


بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak dapat ana ungkapkan dengan kata-kata tatkala kaki ini menjejaki kampung halaman tercinta (kampung sebelah mama), Kg. Parit Hj. Manan, Kuala Kurau. Perak. Kedamaian & keindahan kampung masih seperti dulu cuma terasa sunyi... kosong... Mungkin kerana tok & tok wan sudah tiada. Namun kepulangan ana kali ini tetap ceria seperti selalunya. Gelagat sepupu-sepupu, pak & mak menakan masih seperti dulu. Mesra...

Ana? Seperti biasa, hobi di kampung pastinya ronda-ronda melihat panorama kampung sambil itu berangan kononnya memikirkan masa depan. Lagi satu, duduk kat titi batu & kunci air, Memang best! Cuma banyak benda yang dah ana tak dapat buat bila dah jadi anak gadis ni. Pertama, berkubang kat parit depan rumah tok. Kedua, panjat pokok pelam & main pondok-pondok dengan teman-teman sekampung.


 
Ya Allah... rindunya!

Inilah jalan yang selalu ana ronda2 waktu petang

Hijau... Saujana mata memandang

Bendang di belakang rumah tok

Pemandangan indah 'Ban Pecah', pantai di Kuala Kurau

Tenang...

Damai...

Indah nian...

Subhanallah...

7 comments:

rimbunhijau said...

damai itu hadir bila jiwa bersama pencipta..

ya, alam itu membawa kita kepada Dia, Al-Khalik Sang Pencipta..
subhanallah...indahnya :)

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Ya betul tu imah... Bila hati bersamaNYA ketenangan itu lain dr yg biasa...~ Subhanallah, DIA Maha Mengetahui utk hmba2NYa

funny_hani93 said...

indahnya la ciptaanNya...subhanallah~
xajk pOn blk kg..hehe.xde la

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Alhamdulillah fani... btpa besarnya nikmat kita dpt merasainya.
La... hang nak ekot ka? Len kali cek ajak na...

iela said...

like!!:)

حسنى نوردين said...

Salam ukhwah...
memang seronok pulang ke kg..tenang..
ana pun kg kt kuala kurau :)

itqansyabiq said...

ukht husna> salam ukhwah...
kita sekampung la ye, hamdalah.
Ya mmg tenang, tp skrg dh jarang balik.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...