بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak dapat ana ungkapkan dengan kata-kata tatkala kaki ini menjejaki kampung halaman tercinta (kampung sebelah mama), Kg. Parit Hj. Manan, Kuala Kurau. Perak. Kedamaian & keindahan kampung masih seperti dulu cuma terasa sunyi... kosong... Mungkin kerana tok & tok wan sudah tiada. Namun kepulangan ana kali ini tetap ceria seperti selalunya. Gelagat sepupu-sepupu, pak & mak menakan masih seperti dulu. Mesra...
Ana? Seperti biasa, hobi di kampung pastinya ronda-ronda melihat panorama kampung sambil itu berangan kononnya memikirkan masa depan. Lagi satu, duduk kat titi batu & kunci air, Memang best! Cuma banyak benda yang dah ana tak dapat buat bila dah jadi anak gadis ni. Pertama, berkubang kat parit depan rumah tok. Kedua, panjat pokok pelam & main pondok-pondok dengan teman-teman sekampung.
Ya Allah... rindunya!
Inilah jalan yang selalu ana ronda2 waktu petang |
Hijau... Saujana mata memandang |
Bendang di belakang rumah tok |
Pemandangan indah 'Ban Pecah', pantai di Kuala Kurau |
Tenang...
Damai...
Indah nian...
Subhanallah...
7 comments:
damai itu hadir bila jiwa bersama pencipta..
ya, alam itu membawa kita kepada Dia, Al-Khalik Sang Pencipta..
subhanallah...indahnya :)
Ya betul tu imah... Bila hati bersamaNYA ketenangan itu lain dr yg biasa...~ Subhanallah, DIA Maha Mengetahui utk hmba2NYa
indahnya la ciptaanNya...subhanallah~
xajk pOn blk kg..hehe.xde la
Alhamdulillah fani... btpa besarnya nikmat kita dpt merasainya.
La... hang nak ekot ka? Len kali cek ajak na...
like!!:)
Salam ukhwah...
memang seronok pulang ke kg..tenang..
ana pun kg kt kuala kurau :)
ukht husna> salam ukhwah...
kita sekampung la ye, hamdalah.
Ya mmg tenang, tp skrg dh jarang balik.~
Post a Comment