Friday, April 29, 2011

Pilihlah TING. 6

Assalamualaikum...
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian,

Buat adik-adik lepasan spm pastinya kini kalian dalam dilema. Maklumlah banyak sangat tawaran demi tawaran yang diterima membuatkan kalian semakin serabut. Kalau boleh, semua borang nak isi & mungkin pada pendapat adik-adik nanti senang untuk membuat pilihan. Terpulanglah pada kalian, & ingatlah yang akan membuat keputusan itu adalah kita sendiri, Jangan sampai kita tersilap langkah!

Di sini ana ingin promote sikit pasal Ting. 6. Mungkin, tidaklah nampak gah pada mata kalian  & semestinya ia merupakan pilihan terakhir setelah tidak mendapat mana-mana tempat di IPTA mahupun matrikulasi. Ana juga begitu. Namun ketahuilah ikhwah wa akhowat fillah, banyak kelebihan & kebaikannya yang ana sendiri melalui & merasainya. Alhmdulillah... ana sangat-sangat bersyukur kerana terpilih untuk berada di jalan ini.

Mungkin kalian tidak mahu memakai uniform sekolah, maklumlah pergi sekolah tidak boleh bergaya, tidak seperti di matriks au di universiti & masih lagi terikat dengan peraturan yang ketat memang cukup membosankan. Namun ketahuilah, itulah merupakan titik permulaan untuk kita membina jati diri yang sebenar. Adakah kita seorang yang kuat au lemah? Adakah kita dapat menilai au membuat keputusan dengan bijak dalam memilih haluan & jalan hidup?

Banyak sebenarnya kebaikan yang ana dapat sewaktu di ting. 6 yang memang ana tidak pernah dapat sewaktu bersekolah di 'sekolah atas bukit' satu ketika dulu. Antaranya ialah : 

Pertama, ana bisa menjadi seorang pelajar yang aktif & tidak segan bertanya di dalam kelas. Lain benar ana sewaktu di sekolah lama. Mungkin kerana ana faham apa yang hendak ditanya & faham apa yang diajar oleh para guru. Kami juga selalu mengadakan perbincangan dengan guru-guru au belajar berkumpulan sesama rakan-rakan terutamanya ketika waktu prep di asrama. Memang meriah & seronok!

Kedua, Hubungan kami antara guru ting. 6 & pelajar amat rapat. Para guru melayan kami seperti orang dewasa menjadikan diri kami lebih matang dalam bertindak & membuat keputusan. Selalunya dalam apa jua perkara pasti kami diberi keutamaan untuk membuat keputusan sendiri setelah berbincang. Terasa amat dihargai...

Ketiga, Ukhwah... ya, ukhwah kami tersangat rapat. Maklumlah kami pelajar ting. 6 tidak ramai jadi tidak susah untuk kami saling mengenali & memahami antara satu sama lain. Contohnya kelas ana dulu ketika ting. 6 atas hanya 13 orang, 2 ikhwah & 11 akhowat. Cukup bahagia...

Keempat, ana diberi peluang untuk memegang jawatan di sekolah mahupun di asrama. Memegang Lujnah Ibadah & menjadi Ketua Muslimat teramat sukar. Apatah lagi ana bukanlah pelajar ex-sliss, memang memerlukan jiddiyyah, quwwah & hamasah yang sangat tinggi. Sungguh, peluang inilah sebenarnya melatih diri ini untuk menjadi seorang mahasiswi yang berkaliber & berwibawa di alam kampus nanti. InsyaAllah...

Kelima, banyak skill yang ana pelajari sewaktu di ting. 6. Bagaimana cara untuk handle mesyuarat, bagaimana untuk membuat kertas kerja dalam sesi pembentangan di hadapan kelas, bagaimana hendak berurusan dengan ikhwah dalam gerak kerja, bagaimana untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah adik-adik di asrama & bermacam-macam lagi. Tak teringat dah ana jika nak menulis semuanya di sini & sebenarnya semua itu melatih kami agar lebih matang & bersedia melangkah ke IPT. InsyaAllah...

Keenam, JIMAT... Ini adalah perkara yang paling penting sekali! Jika adik-adik ke matriks, politeknik au universiti pasti banyak barang keperluan yang perlu dibeli. Pakaiannya, makan minumnya & yuran pengajiannya lagi, pastinya mahal. Jadi, apabila belajar di ting. 6 bolehlah meringankan beban ibubapa & kita juga bebas dari hutang. Lagipun, STPM staraf dengan Diploma. Tak rugi kan? Kalian juga akan mudah nak masuk Universiti untuk sambung Degree kerana peluang sangat banyak untuk student lepasan stpm & kurang persaingan dek calonnya yang tak ramai.

Allah... betapa besarnya nikmat DIA kurniakan. Jutaan terima kasih buat para guru & sahabat-sahabat yang sentiasa memberi quwwah & hamasah juga pada keluarga terutama abah tersayang yang sangat memahami & sentiasa bersama anakmu ini.

Allahu Ta'ala A'alam...

* Moga perkongsian ini bermanfa'at untuk adik-adik yang ana sayangi. Yakinlah bahawa masih ada jalan untuk kalian mengecapi kejayaan! InnaALLAHa ma'ana...~

2 comments:

funny_hani93 said...

syukron kak itqan...
mmg btol la rasany,,pljr stpm biasany lebih mtang dr pljr mtrik..
xtaw la..mungkin ada rs takut ckit kot nk msuk f6

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

afwan...ape2 pun moga diberi pilihan yg terbaik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...