Thursday, January 27, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (1)

Tahun 2010

UIA,
Bilik Faheem Taqries

From: Aula’ Amr Dzukran

Buat Ikhwah dan Akhowat fillah!
Salam Perjuangan!

Mana mungkin di sini kita nampak syabab segagah mereka. Mana mungkin di sini kita nampak serikandi seteguh mereka. Kita di sini dihujani dengan hiburan dunia semata. Sedangkan mereka di sana dihujani lontaran peluru dan percikan darah. Begitu juga dengan fatayat sebaya kita. Fikrah mereka tidak sama seperti kita di sini. Mereka di sana berfikrahkan Islam tapi kita di sini berorientasikan yahudi.. tidak malukah kita pada mereka, pada Pencipta kita! Apa yang telah kita buat untuk mengislahkan diri? Apa yang telah kita lakukan untuk Addin kita! Apa yang telah kita buat untuk memerdekakan saudara-saudara kita dari belenggu ombak tsunami jahilliah di tanah air sendiri!

Duhai para pejuang agama Allah!
Sedarilah kita..
Dari mana kita datang ?
Untuk apa kita hidup ?
Dan ke mana kita kan kembali ?

Renungkanlah…

Menyirap darah Faheem dengan artikel di blog I luv Islam yang dibacanya daripada rakan sekolahnya dahulu. Rakan sama-sama dalam satu jemaah, rakan sepersatuan dan rakan sekelasnya. Dahinya berpeluh-peluh. Gerun dengan semangat jihad yang mengalir dalam diri gadis tersebut. Dia tidak semangat untuk turun bermain bola bersama rakan-rakannya yang lain di padang seperti selalunya. Sebaliknya melencong di bawah sepohon pokok sambil bermuhasabah diri. Sudah lama amalan itu ditinggalkan semenjak dia melangkah kaki ke IPT. Halaqoh juga sudah lama dia tidak istiqomah. Astaghfirullah… Faheem meraup mukanya. Dia cuba bertenang dengan membaca doa rabitah hati berulang kali. Tapi kalau dia ingin berubah bagaimana? Apa pula kata kawan-kawannya nanti… Argh! Serabut!


UIA,
Maktabah Umar Al-Khattab

“Wei! Hujung minggu ni kitorang nak lepak kat KLCC, Im! Ko nak ikut tak?”

Soal Fareez memecahkan kedamaian pagi. Kini semua mata tertumpu kepadanya. Faheem buat derk dengan soalan yang dilontarkan. Dia perlu mulakan langkah pertama untuk berhijrah.

“Tak kot! Aku balik kampung hujung minggu ni… ada hal.”

Akhirnya dia berjaya mencipta alasan. Alasan yang dirasakan konkrit.


Lembah Keramat,
Di rumah walid dan umi Faheem

Salamnya bersambut dari dalam rumah oleh suara lunak seorang wanita. Faheem menarik nafas lega. Faheem mendapatkan uminya yang ketika itu sedang membaca Al-Quran.

"Syukurnya aku dengan rahmatMu Tuhan…"

Bisik hati kecilnya. Tangan uminya disalam dan dikucup dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat.
Dia dapat merasakan kesunyian yang membelenggu walid dan uminya. Terasa bersalah yang amat sangat. Abang-abangnya yang lain kini semua berada di luar negara. Cuma dia sahaja di tanah air tercinta. Kini baru dia merindukan halaqoh keluarga seperti dahulu, ketika dia kecil-kecil, walaupun dia tidak faham dengan apa yang didiskusikan oleh keluarganya. Namun, suasana tersebut sedikit sebanyak dapat membentuk dirinya yang kini ketandusan tarbiyah. Kadang-kadang sampai dia tertidur di pangkuan walid atau uminya setiap kali keluarga mereka berhalaqoh. Namun dia tetap bersemangat. Tersenyum Faheem apabila teringat gelaran Mujahid Kecil yang diberikan oleh abang-abangnya suatu ketika dulu.

Ketika dia sedang menyelak sebuah majalah sekolah lama, matanya tertancap pada hasil karya tulisan seorang akhowat sekelasnya ketika di tingkatan lima, Aula’. Yang mana akhowat seperti itu mendapat jolokan sebagai mawar berduri. Ada juga dalam kalangan ikhwah menggelarkan mereka seperti merpati. Kelihatan jinak tapi amat sukar didekati. Tapi bagi Faheem, spesies akhowat sebegitu seperti pohon semalu. Apabila disentuh tertunduk malu. Namun di sebalik pohon tersebut terdapat duri yang bisa melukakan tangan kepada sesiapa yang tidak berhati-hati. Pohon semalu juga mempunyai bunga yang harum. Begitulah pada pengamatannya. Entah mengapa dia begitu mencintai hasil karya gadis itu sejak dari sekolah lagi. Dia juga menjadi peminat setia karya gadis itu di blog I luv Islam.

bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...