Saturday, January 29, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (2)

Tersenyum aku
Tika kenangan meggamit di kotak memori
Dalam melayari bahtera hidup
Secerah pelangi pagi
Seredup petang nan kabus

Kini
Jihad memisahkan segalanya
Ukhwah yang terbina keranaNya
Terpahat kukuh di sanubari
Mengundang kecekalan
Dan ketabahan qolbi

Teringat aku
Di zaman persekolahan
Suasana biah solehah menjadi idaman
Qudwah hasanah sebagai jolokan
Diselit Quwwah sesama insan
Dibajai dengan mahabbah berpanjangan

Pasrah aku
Andai kita tidak sehaluan
Perpisahan ini bakal menjadi saksi perjuangan
Demi menegakkan syiar Islam
Dalam amar makruf nahi munkar
Meredah arus tsunami jahiliyah
Di bumi tandus nan goyah

Hasil nukilan,
Aula’ Amr Dzukran
5 Ibnu Qayyim

UIA,
Di bilik Faheem

Jam hampir pukul 1.30 pagi. Faheem masih tekun menelaah pelajaran. Dia bertekad untuk menjadi pelajar terbaik di UIA dan mendapat anugerah dekan. Baginya perkara itu tidak mustahil jikalau dia berusaha bersungguh-sungguh dan punya jiddiyah yang tinggi. Dia akan buktikan yang dia bukan lagi Faheem yang dulu. Faheem tidak mahu menjadi seperti dirinya yang sentiasa mendapat tempat corot di kelas bahkan dalam tingkatan. Faheem yang sentiasa dipanggil oleh guru disiplin kerana membuat masalah disiplin. Dia juga pernah dirotan oleh pengetua gara-gara menceroboh makmal digital dan meniru ketika ujian. Ketenangan malam membuatkan dia rasa begitu hampir dengan Allah. Rakan sebiliknya, Gadaffi sedang enak diulit mimpi. Nafsu jahatnya mula meronta-ronta untuk turut menyertai rakannya namun dia cuba untuk bermujahadah sambil hatinya berzikir dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Faheem gagahi diri ke bilik air untuk berwudhu’. Tidak sabar dia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Kedinginan di sepertiga malam tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghampirkan diri pada yang Esa.

“Bahagia bertautnya hati lantaran kasih tercipta olehMu, Sang Khaliq… Lantaran harumnya dek tertib kasturi yang ditabur. Mengundang mata yang liar melata mencemburui hubungan pemburuMU Robbi.Ya Tuhanku…aku hanya merindui pandanganMU..Sunnah tarbiyah Rasulullah yang aku cari, istiqomah adalah janji buatku hidupkan halawatul Ukhwah.. Andai tautan iman bisa mabuk dek tiupan angin lalu cuma. Jadikanlah insan yang ku sayangi jiranku di Syurga. Pateri dan nurani bahawa indah hidup hanya berTuhan.”

Faheem mengharapakan air mata yang mengalir kerana terkenangkan dosa-dosanya pada malam itu akan menjadi saksi dan membantu menjadi pemberat mizan di Akhirat kelak. Dia juga berharap air matanya itu layak untuk ditimbang bersama-sama darah para Syuhada’ dan dakwat-dakwat para ulama’ yang menghabiskan usia mereka menulis kitab-kitab demi menyampaikan dakwah dan risalah Rasulullah kepada manusia.

1 message received

From: Ulwan Aiman

Akhiku Faheem,
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Namun… Tautan ukhwah mampu berhadapan denagan sejuta kesulitan. Yang memberi suntikan semangat Perjuangan. Alirkan halawatul Ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati..Ya Allah! Peliharalah sahabatku ini dan peliharalah perjuangannya..Terima kasih sahabat kerana tidak kenal erti lelah dalam mengajarku hakikat perjuangan. Semoga dapat bersama-sama merasai nikamt perjuangan ini, moga terus kuat menempuh mehnah perjuangan ini dengan penuh keimanan kepadaNya…

Pasti Ulwan juga turut bangun untuk mendambakan kasih daripada Sang Pencipta.
Faheem terasa begitu hebatnya berkasih sayang kerana Allah. Dia dapat merasakan halawatul ukhwah mengalir menjadi pembangkit semangat untuk dia terus menyambung rantai perjuangan Rasululah. Ya. Begitulah kehebatan pemuda yang ditarbiyah. Jiwa mereka sarat dengan roh perjuangan. Ketegasan dalam berbicara soal agama dan ummah serta keberaniannya menegakkan yang hak dan mencegah yang batil usah dipertikaikan. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berada atas jalan dakwah dan tarbiyah. Kadang-kadang dia menangis seorang diri terkenangkan zaman remajanya yang dilimpahi keseronokan dan tipu daya dunia semata.Yang kerjanya asyik menyakat anak-anak gadis orang. Terdetik juga di hati Faheem apa yang dilakukannya itu salah namun dia tidak mahu digelar lelaki lembut, kopap dan spesies dengannya. Dia tidak mahu menjadi bahan umpatan akhowat kerana kepasifannya dan dek kerana itu dia lebih rela berlagak macho. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk tidak melakukannya dan sebenarnya dia bukanlah begitu.

Kadang-kadang dia rimas juga dengan kenakalan dan usikan rakan-rakannya yang suka menyakat orang walaupun dia turut menyertai mereka. Dia tidak mahu digelar pelajar yang baik kerana pastinya akan diboikot oleh teman-teman. Kebiasaannya pelajar yang baik akan digelar budak skema, budget alim, control macho dan sebagainya. Dia agak terkilan juga kenapa ikhwah di sekolahnya dulu amat takut untuk melakukan kebaikan termasuklah dirinya sendiri. Tapi kalau benda yang salah tidak pula dimalukan malahan semakin bangga kerana digelar hero dan jaguh di sekolah.. Mungkin itulah lumrah akhir zaman. Lebih sukakan gelaran sebegitu kerana akan menjadi perhatian akhowat. Apatah lagi dia merupakan seorang atlit sekolah ditambah dengan mempunyai rupa dan style ala-ala Hritrik Roshan gitu.. Jadi tidak hairanlah namanya sering meniti di bibir mereka dan menjadikan dia sebagai secret admirer.

Hamdallah… kini di UIA, dia bergiat aktif dalam kelab penulisan. Dia merasakan kelab tersebut menjadi medium kepadanya untuk menyampaikan dakwah dan dalam masa yang sama menjadi medan tarbiyah untuk dirinya. Tambahan pula terdapat ramai senior yang boleh dijadikan qudwah samaada dalam pelajaran mahupun semangat juang mereka. Para pensyarah juga merangkap murabbinya juga banyak membantu. Dan di situ lah dia berjumpa dengan seorang akhi, Ulwan Aiman namanya. Dialah yang banyak memberi quwwah kepadanya untuk terus mengislahkan diri.

bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...