"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang Allah beri masih diberi peluang untuk terus hidup. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Meniti semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu, insyaAllah. Berada di fatrah imtihan juga dalam proses menyiapkan latihan ilmiah pelajar tahun akhir menuntut masa dan tenaga yang luar biasa. Moga Allah redha.
InsyaAllah, bakal menamatkan pengajian bulan ini, ada beberapa persediaan yang perlu dibuat untuk turun ke medan lapangan. Adakalanya, diri ini takut untuk menghadapi dunia luar, adakalanya hadir rasa seronok kerana sudah ingin tamat belajar. Buat para akhowat, terdapat sedikit persediaan yang dapat dibuat bersama sebelum kita betul-betul terjun di medan lapangan, insyaAllah let's prepare ourselves :-
1. Berjuang di arena penulisan
2. Banyakkan berguru, menguasai ilmu
3. Menjadi pemidato yang berpengaruh
4. Menjadi golongan pembaca buku berat
5. Menjadi pembentang & pengkritik
Walaupun kita tidak akan mampu menjadi semua di atas, tapi berusahalah sesuatu untuk kita beri pada Islam terutamanya graduan daripada Fakulti Pengajian Islam. Ada tugas berat menanti kita iaitu mendidik masyarakat supaya kembali kepada Islam. Belajar untuk mendidik mereka dengan mata hati. Panggilan para muslimat dan akhowat untuk pulang berbakti di kampung terngiang-ngiang hingga kini. Allahurabbi...
Ada sahabat pernah berkata: "Selangor ini negeri yang tidak berkat sebab banyak gejala sosial, selalu tiada air walaupun negri maju dan kaya, barang mahal, banyak tol, kos hidup tinggi..." tapi saya tetap sayang Selangor saya kerana negeri ini menjadi tempat tarbiyah saya dan adik-adik. Di sini tempat berkumpulnya para ilmuan, profesional dan menjadi medan ilmu tidak kira peringkat umur. Di sini juga menjadi lubuk rezeki buat para penduduk dan para perantau.
InsyaAllah, kami membesar di sini menjadi seorang manusia untuk memberi kepada manusia lain.
InsyaAllah, kami membesar di sini menjadi seorang manusia untuk memberi kepada manusia lain.
sayangi Islam kembali ke negeriku^^, |
11 Sha'aban 1435H
08.15 a.m.
Kolej Ibu Zain, UKM
No comments:
Post a Comment