Friday, December 28, 2012

n.i.k.m.a.t.u.k.h.w.a.h

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk terus hidup hingga ke hari ini. Masih diberi nikmat untuk hidup sebagai seorang muslim insyaAllah. Teringat masa dulu-dulu, ana teringin sangat nak belajar luar negara. terutamnaya Syria. Kononnya, cinta pada ilmu, para masyaikh dan ulama'. Jika kat luar dapat menuntut lebih, bertalaqi dsb. Jeles dengan sahabat-sahabat yang berpeluang ke sana seperti Mesir, Morocco, Jordan, AS, Perancis dll. Namun hari ini, terasa bertuahnya kerana Allah masih beri peluang mencari ilmu di tanah air tercinta. Diberi peluang berada dalam majlis-majlis ilmu dan zikir bersama mereka walaupun hanya berada di Malaysia. Allahu Akbar!

Diriwayatkan oleh Abi Ad-Darda' r.a. Sabda Rasulullah s.a.w :

من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا من طرق الجنة وإن الملائكة لتضع أجنحتها رضا لطالب العلم

Subhanallah!

Tiba-tiba, teringat memori sewaktu di tahun satu. Ketika itu ana bersama sahabat-sahabat tercinta, Ila dan Mira sedang duduk di meja kami menanti untuk majlis dinner kolej bermula. Sedang ralit membaca buku 'Sehingga Para Pemuda Mengerti' tulisan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, ana dihampiri oleh Ukht 'Amal, pelajar PhD yang tinggal di kolej ana. Beliau merupakan warganegara Palestin. Ana ada memori indah bersamanya ketika pertemuan kali pertama. Alhamdulillah banyak yang ana dapat daripada beliau. Satu pesanan yang masih dalam ingatan hingga ke hari ini,

"Antara ciri-ciri yang membezakan manusia dengan haiwan ialah ILMU. Yang menjadi manusia MULIA adalah kerana ilmu bukan disebabkan kekuatan dirinya."

Alhamdulillah, semester ini Allah pertemukan lagi dengan sahabat-sahabat yang mempunyai minat yang sama.
Minat yang sama akhirnya membawa kepada keserasian dan menjadi sahabat suka duka.
Alhamdulillah moga Allah terus beri peluang menuntut ilmu pada kita semua.

 
Firman Allah s.w.t. :

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara."


Lama rasanya tidak mencoretkan rasa hati. (^^,)
Hati bahagia dapat menunaikan hak hobi pada diri.
Allahu Ta'ala A'lam.

15 Safar 1434H
10.15 a.m.
Rampai Kencana, Sg Besar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...