"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."
Alhamdulillah... minggu lepas berpeluang jalan-jalan bersama sahabat-sahabat sejabatan, masih diberi peluang untuk menjamah keindahan alam bukan hanya dengan mata kasar tapi mata hati... Subhanallah... hati ini berbunga tak terkata sebab hobi memang jalan-jalan kan. Sangat puas bila dapat berjalan sendirian di hutan, sambil melayan gelora hati. Memerhati ciptaanNya, Subhanallah... Saat paling best bila waktu turun daripada pendakian, sama-sama meluncur dengan air hujan... sangat-sangat best! Beberapa kali bergolek sendiri akhirnya ketawa juga sendiri. Seronok rasanya sesekali dapat bermain begitu (^^,). Sedang asyik memerhati alam sambil tersenyum sendirian, tiba-tiba ada sahabat bertanya,
"Djah, mak ayah tak kisah ke masuk hutan ni?"
Ana tersenyum. Mungkin diri ini yang berjubah dan bertudung labuh itu kelihatan tidak lasak dan nampak sopan barangkali. Alhamdulillah... abah dan umi sangat memahami anak gadisnya ini. Pesan abah,
"Kakak kalau nak pergi mana pun masa kat u nanti pergilah, cuma kena bagitau abah dan umi, jangan tinggal solat, jaga diri & agama. Jangan sampai leka & banyak buat benda lagho..."
Ana tidak menganggap dengan berjubah dan bertudung labuh itu menyekat pergerakan ana. Malah dengan berpakaian sebegitu ana akan berasa lebih selesa. Dengan berjubah dan bertudung labuh, masih lagi boleh memanjat batu, bergayut di tali, mandi di air terjun, berjogging dan sebagainya. Bukannya muslimah itu tidak boleh memakai seluar, tafadhali... ana juga memakai seluar dalam keadaan tertentu. Ianya tidak salah pun. Setiap orang ada stail dan keselesaannya sendiri, sama-sama kita raikan. Cuma, janganlah kita raikannya sehingga melanggar batas-batas syariat. Aurat dan maruah kita masih perlu dipelihara. Walaupun sukar & payah, namun kalian pasti akan merasai kemanisannya suatu hari nanti. Percayalah!
"Semoga ukhwah kita hingga ke Syurga..." |
Gadis-gadis Teratak Teratai 2. Kalian sangat istimewa. Masih terngiang-ngiang beberapa lontaran kata daripada sahabat-sahabat,
"Saya first time makan dalam talam ramai-ramai...."
"Tak sabar saya nak tidur ramai-ramai, rasa teruja sangat."
"Seronoknya dapat duduk ramai-ramai macam ni..."
Alhamdulillah... teruja bersama kalian. Rasanya, teratak kita yang paling meriah. Dari bangun pagi sampai ke malam, banyak kenangan yang kita cipta bersama kan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Allahurabbi... gembira sungguh hati ini dapat melakar memori bersama kalian. Cuma tak berapa best sebab takde semua dan agak jeles dengan muslimin yang dapat pi port air terjun yang lagi cantik. InsyaAllah, moga satu hari nanti kita dapat buat lagi jaulah sebegini dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan program-program yang bermanfa'at biiznillah.
Maaf andai diri ini tersalah bicara.
Jazakumullah atas segalanya.
Allahu Ta'ala A'alam...~
Salah satu cara untuk kita lebih merasai dekat denganNya ialah selalulah melihat ciptaanNya.
Subhanallah... betapa agung dan hebat kebesaranMu Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment