Tuesday, August 9, 2011

oh pinjaman

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Salam Ramadhan ikhwah wa akhowat fillah!

Untuk sesiapa yg bakal menjejakkan kaki ke universiti bagi sesi 2011/2012 pastinya sibuk uruskan itu dan ini. Urusan ptptn, medical-checkup, pengesahan sijil2, borang zakat, borang hadiah anak masuk ipt dan macam2 lagi borang. Itu belum lagi barang-barang keperluan peribadi yang lain. Allah... Jikalau tidak ada jiddiyah yg tinggi pastinya kerja-kerja itu kerap kali tertangguh. Begitu jugalah ana ni pun, sikap malas sentiasa menjengah.  Namun, semua itu cuba diuruskan semudah mungkin. Alhamdulillah... kesemuanya hampir siap cuma kini ana agak rungsing memikirkan yuran kemasukan RM 1725 yang perlu dijelaskan sebelum pendaftaran. Ramai yg kata, ambillah ptptn. Dia ada bagi duit pendahuluan utk bayar yuran. Ya, tidak dapat dinafikan, ptptn merupakan satu keperluan untuk saat-saat terdesak tika ini. Untuk memohon biasiswa memang ana tidak layak. Tapi, ketahuilah duhai sahabat-sahabat, untuk membuat pinjaman pelajaran bukan ada ptptn sahaja, masih ada kerajaan negeri atau yayasan negeri yang menawarkan pinjaman tanpa interest sebagai cth utk anak-anak selangor boleh memohon Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Ambil peluang itu dan manfa'atkanlah sebaiknya. Mungkin dalam kalangan sahabat-sahabat ramai yang ambil ptptn. Terpulanglah krn ianya hak masing-masing. Cumanya perlu diingat dalam memilih kita perlu ada ilmu, kita perlu selidik dan kaji terlebih dahulu agar tidak menyesal di kemudian hari dan dalam masa yang sama, jagalah sensitiviti kalian sebagai seorang muslim yang berilmu. InsyaAllah, ana yakin rezeki Allah ada di mana-mana  bila kita memilih yang haq dan mengikut syariat. Harapan ana, moga kalian dipermudahkan segala urusan 'ala kulli hal. Di sini ana ingin kongsi satu doa yang mungkin kita dapat amalkan bersama, insyaAllah...~

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN

اللهم لا سهلا إلا م جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Maksudnya : "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

~Sahih Ibn Hibban no. 2427 (Mawardi), Ibn al-Sunni no. 351~

Masing-masing ada hujah tersendiri begitu juga bagi mereka yang arif tentangnya. Namun ana tidaklah kata ambil ptptn itu salah. Macam yang ana kata tadi, terpulanglah... Kalian yang berhak menilai dan membuat keputusan. Usaha pihak ptptn itu seharusnya dipuji krn mereka telah berusaha mengurangkan kadar  interest 3% ke ujrah 1% walaupun masih kekal dengan sistem yang lama. Langkah itu sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban peminjam untuk membayar semula walaupun masih terdapat unsur-unsur riba di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel dari Dr. Zaharuddin PTPTN baru berasaskan Ujrah 1%

Allahu A'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...