Friday, April 1, 2011

Warkah buat mama...~

السلام عليكم ورحمة وبركته

Mama yang aku sayang,
Ketika ini aku betul-betul merinduimu,
Merindui bicaramu yang lembut menasihatiku,
Merindui belaian & dakapan hangatmu,
Merindui alunan zikir yang menemani tidurku,
Merindui irama nasyid yang menjadi hiburanku,
Merindui kalam agung yang sentiasa diperdengarkan di rumah kita dulu.

Mama,
Ketahuilah...
Anakmu telah menginjak dewasa,
Sudah menjadi anak gadis.
Tika dirimu seusia ku kini,
Aku pasti mama seorang Muslimah solehah.
Kerana itu mama pergi dulu,
Tuhan lebih menyayangimu bukan?

Pastinya aku sangat sedih mama,
Tika orang lain berdakap erat dengan ibu mereka,
Tersenyum mesra & riang ketawa,
Saling berkongsi cerita suka duka,
Menerima kucupan hangat di pipi & dahi mereka,
Sungguh bahagia...

Aku?
Aku hanya ada secebis kenangan denganmu 
yang itupun ingat-ingat lupa.

Mama...
Dapatku lihat dari barang-barang peninggalanmu
yang menjadi simpananku kini.
Buku catatanmu,
Fail masakanmu,
Bahan jahitanmu,
Replika sulamanmu,
Jubah-jubah & tudung labuhmu,
Jalan mana yang mama pilih...

Dan,
Itu semua menjadi pilihanku kini.
Aku bersyukur walaupun mama tiada di sisiku,
Namun darahmu tetap mengalir
di seluruh jasadku...

والسلام

*  Ianya sekadar luahan hati ana, walaupun mama tidak akan membaca warkah ini tapi sekurang-kurangnya rindu ana padanya sedikit terubat. Buat sahabat2 yang masih mempunyai ibu, sayangilah mereka dengan sepenuh hati kalian kerana kehilangan mereka satu hari nanti pastinya kalian cukup terasa...~


Ya Rabbi...
Maafkan aku andai aku khilaf
Aku dhaif  Ya Rabb...
Bukan aku tidak akur pada ketetapanMu
Cuma hati ini sukar untuk ku kawalnya
Tsabatkan hatiku, teguhkan jiwaku
Bimbinglah aku pada jalanMu
dalam menggapai redhaMu...Amiin~

Allahu Ta'ala A'alam...

7 comments:

Syed Hisham said...

kesedihan tu, boleh d jd kan sumber kekuatan utk menghadapi masa depan kan..be strong ok..

rimbunhijau said...

ujian hebat untuk orang hebat!

Deejay yang kuat..

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Syed hisham> ya, ia jd sumber kekuatan utk lebih tabah & berdikari.Jzkk

rimbunhijau> Biiznillah inshaAllah...~Jzkk

Husna As Saedah :) said...

bg una yg slalu leka dan lalai ni,, rindu itu dtg bila kita sepi..atau bila kita diuji..atau bila kita keseorngan.. tp akak kan kuat...

ujian hebat utk org hebat kan???

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Betul tu una, rindu i2 stu anugerah yg kdgkala perlu juga dilayan.
Allah, akk takla sekuat mna cuma berusaha utk mjadi hmbaNya yg kuat...~

Una jg hebat krn diuji dgn ujian yg hebat!!

~..MaWar BeRdUrI..~ said...

sesungguhnya setiap, ujian, kesedihan mengajar kita erti kehidupan..untungla ble diuji kerana ujian e2 mnjadikan kte lbeh hebat dan kuat,,semoga ketabahan milik ukhti..insyaALLAH..:)

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

jazakillah khoir mawar berduri....
Moga ketabahan i2 milik kita bersama!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...