Wednesday, March 30, 2011

Musafir se'pagi'...~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat & Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w...

Seusai menghantar adik2 seramai 5 orang ke SK Sg. Limau, ana & abah meneruskan permusafiran kami. Destinasi pertama, SAMBEST a.k.a. Madrasah Tarbiyyah ana selama 5 tahun yang telah ana tidak jejak hampir 2 tahun.
Tujuannya hanya satu iaitu utk mengambil Sijil SPM ana yg telah berkubur lama di situ. Sementara menunggu kerani mencari fail2 berkaitan, sempat ana bersembang dengan Ustzh Wardatul Hamra' & Teacher Marina Helianda. Mereka masih seperti dulu yang sering tersenyum & mesra dengan para pelajar. Sebenarnya ana agak terkilan kerana tidak dapat berlama-lama di sekolah kesayangan. Ingin juga duduk2 bersama para guru, mendengar sedikit nasihat & cerita2 terbaru lagi2 dari Cg. Siti Ngokison yg sebenarnya ana telah berjanji untuk bertemu dengannya dlm 2 bln yg lalu. Terngiang-ngiang kata2 Cikgu semasa kami ber'chat' di fb:

"Khadijah, nanti kalau kamu melawat SAMBEST jangan lupa jenguk Cikgu ya. Cikgu masih lagi di sini & insyaAllah akan terus berbakti di sini..." 

Namun, hari ini memang ana & abah berkejar masa supaya sempat utk mengambil adik2 sekolah dlm pukul 1.30 ptg. Jadi, Tidaklah ana berpeluang bertemu dengan Cikgu krn abah telah menunggu lama di dalam kereta. "Maafkan saya ya Cikgu..." Sebelum pulang, ana terserempak dengan Cg. Nurul. Segan bilamana Cikgu melihat keputusan SPM ana yang tidak secemerlang sahabat2 yg lain, namun sedikit kta2 semangat dari Cikgu & pelukan erat beliau masih ana rasa hingga saat ini. "Terima kasih Cikgu..."

Bila melihat banyak perubahan dari segi infrastruktur hanya satu harapan di hati ini agar adik2 ana di sana tetap menjaga ke'unggulan' sahsiah di samping akademik mereka yang cemerlang. Biiznillah, insyaAllah...~

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor utk mendapatkan borang pinjaman pelajaran dari kerajaan negeri. Abah begitu bersungguh-sungguh krn tidak mahu kami mengambil ptptn. Setibanya di sana kami dimaklumkan bahawa syarat permohonan mestilah telah mendapat tempat tawaran belajar sedangkan ana & adik masih lagi dlm status permohonan. Agak kecewa juga tapi kami belilah juga borangnya untuk tidak menghampakan perasaan & penat lelah ke sini. 

Destinasi terakhir ialah Pusat Jualan Produk An-Nusyrah di Meru. Sepanjang perjalanan banyak cerita yg ana kongsikan bersama abah. Cerita tentang pengalaman abah berkhidmat sbg pegawai kerajaan lebih 10 tahun dulu sewaktu zaman bujang beliau juga tentang alam kampus. Ana juga ada tanya beberapa perkara tentang hala tuju ana slps STPM & salah satu pendapat abah yg paling ana suka :

"Setiap orang Allah berikan potensi diri yg berbeza-beza. Mungkin ada yg cemerlang dari segi pelajaran tp tidak pandai menyelesaikan masalah dlm hidup & kakak kena ingat tak semestinya orang yg belajar agama itu betul2 mereka faqih tentangnya, tak semua yang hafal Qur'an itu mahir dengan ilmu berkaitan dengannya & tidak juga mereka yang  tidak belajar agama tidak mendalaminya dengan baik. Ilmu Allah itu luas & ada di mana2, kutiplah & carilah sebanyak mana yg mampu agar kita dpt menjadi orang yg bertaqwa..."  

Allahu Ta'ala A'alam...

2 comments:

Husna As Saedah :) said...

mai la jenguk mitib..cikgu buang ngan cikgu rosli ade kat sane...ex-cg sambes kan??hr tu cg2 tu dok crite..~~

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

nak2!! una boleh bwk akk kan? Ya, Cikgu Maths & add math stu ktk dlu...~
Teringat lawak jenaka cg. buang & keseriusan cg rosli, tp keduany guru yg baik hati...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...