Wednesday, January 19, 2011

Muslimah PLKN

Salam Perjuangan buat adikku Balqis!!
PLKN?

Apa khabar Muslimah di PLKN?

Ana sebenarnya sedih mendengar rintihan adik kesayangan ana ni...
Apa khabarlah dia di sana?

Kehidupannya...

Amalannya...

Pergaulannya...

Ana sebenarnya cukup risau sebab di sana tiada orang yang betul-betul boleh diharap untuk menjaga syariat.. Ustazah PLKN pun beri hujah tidak berlandaskan Syariat.. jadi bagaimana?
Bagaimana pelatihnya hendak beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya?

"Kak, macammana ni...? Adik sorang je yang pakai tudung kat dalam bilik ni."

"Keliling katil semua non-muslim... Macammana adik nak jaga aurat?"

"Kak, ustazah adik kata takpe kalau tak pakai tudung, ada rukhsah... Betulke?"

"Kak, jam adik hilanglah... Cakap ngan abah adik nak jam... Susah kalau takde jam nak tengok time solat."

Di atas adalah antara kiriman sms daripada adik ana, Balqis.

Inilah jawapan ana untuknya...

"Dik...
Kakak harap hang jaga diri baik-baik
Tunjukkan Islam itu indah.
Biar orang lain tak buat hang kena buat...
Hang orang yang faham agama,
kat sana baru hang belajar untuk beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya..
Untunglah hang kerana dekat sana hanglah yang paling dicintai Allah.
Allah masih pegang hati hang dan memilih hang untuk berada di jalanNYA,
menjaga syariatNYA..."

PLKN ada baik dan buruknya. Cuma apa yang paling aula ialah menjaga diri mengikut syariat. Carilah sahabat yang sefikrah dengan kita, yang sama-sama mahu untuk berusaha menjadi hamba Allah yang diredhai...

*Post ini ana buat khas untuk adik kesayangan Balqis yang kini berada di Kem PLKN teluk Rubiah,  Lumut. Semoga dia terus istiqamah dalam usaha menjadi Muslimah yang sejati...

3 comments:

zikrulmaut said...

salam ziarah dj...

terkadang kita rasakan kita kuat, tp bila berdepan dengan ujian baru kita tahu sejauh mana kekuatan diri kita,

jika kita mampu menolak maksiat disaat ia terbentang didepan mata, maka disitu ada jati diri.

ya, plkn bnyak mengajar tentang jati diri..maka, kutiplah sbyak mana pgalaman yg mampu membentuk jati dirimu..

helikopterkecil said...

Salam...

Ujian untuk adik. Kakak jangan lupa untuk sentiasa 'berada' dekat dengan adik. Selalu sms dan bertanya kabar. Jangan biar dia rasa 'keseorangan' di dunianya itu. Ternyata, kredibiliti kakak sebagai kakak juga sedang di uji. Semoag kita tergolong dalam golongan yang TERSELAMAT.. Amin ya Rabb...

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

zikrulmaut> ya itulah kita sbg insan... byk khilafnya. Cuma mrk yg btul2 menjaga IMANnya akn dpt mengharunginya dgn tabah...
syukran 'ala inzar...~

helikopterkecil > insyaAllah... selagi diri ini mampu melakukannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...