Sunday, January 16, 2011

Miftahul Jannah...1

Miftah tekun menela'ah pelajaran. Kedengaran suara rakan-rakannya galak berbincang, sesekali ketawa riang. "Seronoknya jadi mereka.." Bisik hati kecilnya. Namun malam itu dia tidak ada mood untuk menyertai mereka. Buku Sejarah dihadapannya ditatap lagi cuba untuk fokus dengan apa yang dibacanya, namun... Entah mengapa jiwanya sedih pada malam itu, sedih yang teramat sangat, sejak dia pulang dari bilik akses atau lebih dikenali dengan bilik Abang Hafiz.
Khabar seseorang dari Bumi Sham lah yang membuatkan dirinya jadi begitu. Dia bangun, kemudian berlalu keluar untuk mencari ketenangan. Dia memandang bintang-bintang di langit. "Subhanallah..." Kalimah agung keluar dari bibirnya. Dia seolah-olah sedang berbicara dengan mereka, bagaikan merekalah teman bicaranya, teman suka dan duka. Wajah syabab itu masih muncul di fikirannya. "Ya Allah, kenapa ni?" Hatinya merintih. Dia tidak tahu untuk berkongsi kesedihan ini dengan siapa. Dengan Aula' dia malu sedangkan gadis itulah yang sering mendengar luahan hatinya. Lagipun Aula' cukup mengenali Tariq kerana syabab itu merupakan sahabat sekolah lamanya. Mungkin juga kerana Aula' tidak mempunyai masalah sepertinya membuatkan dia kurang selesa untuk menceritakan masalah yang dihadapinya pada Ketua Muslimat itu. Sudah tentulah gadis itu tidak memahami perasaannya. Pada pengamatannya, Aula' bagaikan tiada masa untuk memikirkan tentang itu. Amat jarang sekali mendengar gadis itu berbicara mengenai cinta. Kalau adapun itu adalah rekaannya untuk tutup gosip atau saja untuk melawak.

Malam itu tika ahli dormnya yang lain sedang enak diulit mimpi, Miftah masih tidak mampu melelapkan mata. Perbualannya dengan Aula' sebentar tadi begitu mengusik mindanya. Terngiang-ngiang kata-kata Aula' apabila dia menceritakan rahsia hatinya. "Miftah, Tariq adalah syabab yang ditarbiyah. Mungkin dia dalam usaha untuk mengislahkan dirinya. Tidak bermakna dia mendiamkan diri itu tandanya dia tidak suka pada enti. Padanya, kalau berhubung dengan enti akan mengundang maksiat hati. Mungkin dia sedang berusaha untuk menjaga dirinya menjadi seorang mujahid Islam.." Jawab Aula' penuh hikmah. "Tapi dengan orang lain dia tak macam tu Aula', dengan kawan-kawannya dulu...?" Miftah bertanya lagi. "Mungkin dia anggap enti tak sama macam orang lain, lebih istimewa. Lelaki kan... sukar kita nak faham. Kenapa? Enti jeolus ye..."

Lantas dia menggagahkan diri untuk bangun berdating dengan Kekasihnya. Kekasih yang setiasa memahami dan sudi mendengar segala luahan hati dan rintihannya. Kekasih yang saban hari tetap setia menanti dia datang dan hampir kepadaNYA. Walaupun Miftah takut untuk ke tandas yang terletak di hujung blok seorang diri namun dia cuba memberanikan diri. Dia tidak mahu mengganggu sahabat-sahabatnya yang lain kerana mereka pasti keletihan. Lagipun biarlah malam itu dia mencari ketenangan seorang diri. Tanpa dilihat dan diketahui oleh sesiapa kecuali DIA. Kala sujudnya yang terakhir, Miftah merintih penuh syahdu.
“ Ya Allah... jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku seseorang yang melabuhkan cintanya padamu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU... Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebih cintaku padaMU... Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu... Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatimu,,, Ya Rbbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU... Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan SyurgaMU...”

Miftahul Jannah... Seungkap nama yang begitu hebat, sehebat orangnya. Wajahnya yang lembut mendamaikan, tingkah lakunya yang sopan dan bicaranya yang penuh hikmah membuatkan dia sentiasa disenangi oleh semua orang. Sejak dari sekolah rendah lagi dia punya ramai peminat malah hingga kini. Sifat kepimpinannya terserlah juga keterampilannya sebagai seorang pelajar. Tidak hairanlah mengapa semua orang begitu megenalinya sehinggakan pakcik-pakcik dewan makan pun turut ada hati dengannya. Sering dia menjadi usikan teman-teman yang agak nakal sehingga membuatkan dia berasa rimas. Mungkin pada sesetengah orang seronok menjadi seperti Miftah. Dirinya sentiasa diburui namun padanya itu adalah satu ujian. Ujian dari Allah supaya Dia tidak sombong dengan nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Kadangkala lagaknya seperti seorang kakak atau lebih tepat seperti seorang ibu. Jadi teman-temannya menggelarkannya sebagai mummy dan dek kerana sikap tanggungjawab yang ada pada dirinya membuatkan orang yang berada di sekelilingnya rasa dihargai.

Hari demi hari dirasakan hidupnya semakin mencabar. Bebanan tugas yang dipikul sebagai seorang anak, pelajar ditambah memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Umum membuatkan hari-hari yang dilaluinya terasa amat meletihkan. Masanya bagaikan tidak cukup. Masakan tidak, ada sahaja perkara-perkara yang perlu diselesaikannya dari seremeh-remeh hal hinggalah sebesar-besarnya. Mujurlah Aula' juga sepertinya jadi dia tidak terasa keseorangan. Mereka selalu berkongsi rahsia hati. Sememangnya sejak dari hari pertama persekolahan lagi mereka sentiasa bersama sampaikan ada dalam kalangan adik-adik junior yang berkata, "Seronokkan jadi macam Kak Miftah dan Kak Aula', ke mana pergi asyik berdua... Cute kan? Macam kakak ngan adik. Cikgu-cikgu suka dan adik-adik pun ramai sayang." Alhamdulillah... walaupun mereka dihambat kesibukan namun setiap kali imtihan tidak pernah lagi kedua-duanya mendapat pointer bawah 3.00 dan sentiasa maintain 5 prinsipal. Kadang-kadang sampaikan ada dalam kalangan rakan-rakan yang terasa dengan mereka berdua. Maklumlah selaku barisan kepimpinan pasti ramai guru-guru yang mengenali tidak kurang juga para pelajar. Memang sudah menjadi lumrah, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. pasti ada yang terluka dan kecewa. Tidak kurang ada juga yang tidak puas hati dan membenci. Dek kerana itu, mereka harus kuat dan tabah menempuh segalanya.

Satu malam ketika Miftah, Aula', Natrah dan Liyana di katil masing-masing tiba-tiba kedengaran Aula' bersuara. "Miftah boleh ana tanya sikit?" Masing-masing terkejut. Ketika itu mereka semua sedang bersiap-siap untuk berjihad. Berjihad di alam sepi. "Apa ye ciri-ciri Mujahid idaman enti?" "Apa punya soalan la Aula' ni. nanti ada yang tak tidur pulak kang..." Liyana bersuara. Miftah hanya tersenyum. Terasa dia, pasti kata-kata Liyana merujuk kepada dirinya. " Kalau boleh ana nak yang tinggi, baik, peramah dan pandai buat lawak, ada ilmu agama means boleh bimbing ana, muka menenangkan dan yang paling penting boleh merima ana seadanya." Aula' diam. Miftah pasti gadis itu pasti sedang menganalis ciri-ciri yang disebutkannya tadi. Aula' sememangnya begitu, ada sahaja topik atau isu yang dibawanya sebelum tidur. Kadang-kadang sampai mereka tidak dapat tidur contohnya seperti hari ini. "Mana nak cari tu Miftah?" Masing-masing ketawa mendengar soalan dari Aula'. "Ish Kak Aula' ni takkanlah tak tahu kot, itu kan ciri-ciri cik abang overseas kita..." Jawab Natrah dengan nada ceria. Suka benar dia kalau kakak-kakak kesayangannya membuka topik ini. "Aik, bukan kot... entah-entah Ketua Umum kita tak?" Usikan demi usikan membuatkan Miftah panas. “Oh... no! No! no! Tak naklah si Yusuf tu, nanti asyik bertekak je...” Bantah Miftah sekeras-kerasnya. Dia tidak suka jika dirinya dikaitkan dengan Yusuf. “Ok ape, memangla sekarang marah-marah, gaduh-gaduh, itu semua gaduh-gaduh sayang tu..." Natrah mencelah. Aula' hanya diam. Memanglah kalau rakan-rakannya dan junior melihat mereka seakan serasi. Sama-sama tinggi, sama-sama berwibawa. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukar berpartner dengan Ketua Umum mereka. Apatah lagi Miftah merupakan pelajar baru namun lain pula Aula' dan partnernya, Ukail. Mereka bagaikan serasi. Lagipun kedua-duanya bukanlah jenis yang suka berkira. Kekadang dia rasa lebih selesa bekerjasama dengan Ukail berbanding Yusuf dan dia lebih suka mendengar Ukail memberi nasihat atau menegurnya.

bersambung...

* Cerpen ini adalah adaptasi dari sebahagian kisah hidup seorang sahabat ana sepanjang permusafirannya di Bumi SMKA Simpang Lima.



WARKAHBUATSAHABAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sahabat yang ana cintai,
          Asif jiddan andai warkah ini menyesakkan dada enti dan menyerabutkan fikiran enti. Tidak ada niat di hati ana untuk membuat enti rasa begitu. Mumtaz yang ana sayang.. Maafkan diri ini atas segala kekhilafan semenjak perkenalan kita. Siapalah ana, hanya insan kerdil yang masih berusaha mencari redha Ilahi...

Mumtaz,
          Enti tahu bukan entilah orang pertama yang ana kenal di Sliss. Enti jugalah peneman bicara ana, yang setia melihat air mata ini jatuh berguguran, setia mendengar luahan hati yang kadangkala tidak menyenangkan, setia menemani jatuh bangun dalam menyelesuri jalan perjuangan... Ya perjuangan kita di Bumi Sliss ini yang ana kira penuh dengan onak duri. Dihambat kesuntukan masa dan tuntutan tanggungjawab membuatkan kita tidak boleh seperti orang lain.
Dalam diam, sebenarnya banyak perkara yang ana belajar dari enti & yang paling aula adalah kesungguhan. Kesungguhan enti dalam semua perkara seperti belajar, menjalankan tugas yang diamanahkan membuatkan ana kagum. Daripada enti juga ana belajar bagaimana untuk menghargai diri sendiri dan orang lain. Almaklumlah... ana kan berhati kering dan tidak punya perasaan. Bukan begitu sebenarnya, ana cumalah berlagak tabah agar tidak nampak lemah di mata orang lain namun tidak di depan enti duhai sahabatku. Enti jugalah mengajar ana untuk menjadi seorang yang sesitif dengan keadaan sekeliling, terutamanya terhadap rakan-rakan kita dan guru-guru. Enti juga membuatkan diri ini berani untuk bertanya tentang apa yang tidak faham di dalam kelas, aktif dalam sesi pembelajaran. Sifatmu itu membuatkan ana ingin turut menjadi pelajar seperti enti. Pelajar yang punya komitmen dan berketerampilan. Macam yang enti tahu, ana kan dulu seorang yang pasif, malu bertanya dan sebagainya. Syukran jazilan ya ukhti... mungkin enti tidak menyedarinya.

Mumtaz,
          Kadang-kadang ana teringin nak seperti orang lain. Maklumlah tanggungjawab yang kita berdua pikul bagaikan kita tidak punya waktu untuk bergurau senda & beramah mesra. Asal bincang pasti perkara-perkara yang serius. Mungkin enti perasan, gurau kita pun agak skema dan terbatas. Tapi ketahuilah sahabatku, ana teringin sangat... teringin ingin merasai nikmat halawatul ukhwah. Oleh kerana itulah yang membuatkan ana terfikir seperti ada jurang antara kita. Kerana itulah Miftah ana menjarakkan diri daripadamu. Bukan sebab lain bukan kerana enti, bukan atas peristiwa yang berlaku antara kita tapi kerana diri ana. Ana cuba untuk mencari ukhwah kita ini tertaut atas dasar apa?
Namun enti perlu tahu, walaupun ana buat begitu itu bukan bermaksud ana tidak menyenangi enti. Sejujurnya ana rasa sakit tapi biarlah kerana ana ingin menilai... adakah ukhwah kitaa tertaut atas dasar IMAN?
Ana akui, kadang-kadang ana sendiri ego untuk tidak bertegur sapa dengan enti, bukan tidak sudi atau membenci tapi entah mengapa mungkin kerana setiap ukhwah yang terjalin itu pasti ada dugaannya. Enti ingat tak yang ana pernah bicarakan tentang hal ini beberapa hari sebelum menjelang imtihan? Entah mengapa ana dapat merasainya.

Mumtaz,
          Ana sebenarnya rindu... rindu seperti dulu. Walaupun kini kita berjauhan harapkan ukhwah yang kita bina akan terus terjalin. Ukhti, marilah kita perbaharui ukhwah kita dengan meletakkan Allah yang paling aula. Marilah kita tautkan hati kita dengan keIMANan kepadaNYA agar kita dapat merasai halawatul ukhwah itu. Sungguh ana benar-benar ingin merasainya dengan enti kerana sesungguhnya enti adalah sahabat yang ana cintai...

Asif atas segala kekhilafan sepanjang perkenalan kita,
Moga kita bersahabat hingga ke JannahNYA...Amiin
Uhibbukifillah bi iznillah...

4 comments:

QURRATULAIN said...

salam ya ukhti kareemah..
syukran kathir,,
cerpen,,,kata2 keramat..rsenye prwatakan ana x seindah tu..
trima kasih terima seadanya..

" pilihlah sahabat yg membawamu kpd kebaikan "
syukran,,Allah telah hantar enti kpd ana..
yg byk mrubah diri ana..
shingga yg enti nmpak hri ini..

terharu,,bergenang tyme bce..he..
x sabar tnggu miftah 2..=)

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

salam dhai mujahidah solehah..
Afwan...
in je yg ana mampu utk menghargai pesahabatan kita..ceh2
Empunya badan memangla x perasan tp shbt2 lah yg akan menilai kita..

Ya enti juga byk membantu ana,
Moga kita sma2 terus berusaha utk mengislahkn diri menjadi Muslimah sejati...insyaAllah~

Husna As Saedah :) said...

hahaha..sonok bce blog org mood novel n cerpen ni..mmg real kat skolah ana..sama mcm kt skolah ana jgk la..

ahsanti writer!!
hehe...

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

akk tggu cerpen dr ana_husnafi ye, x sabr nk tengok hasil debater skolah...

mesti lg mantap!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...