Kuang, Selangor
Bait Ukhti Asneeda
Damai dan tenang sekali suasana di rumah Asneeda setenang jiwaku. Di dapur Umi Sakinah kelihatan sibuk menyiapkan hidangan dibantu oleh kedua anak gadisnya Asneeda dan Syafeeqa. Sesekali terdengar gelak tawa mereka diselangi usikan dan gurauan. Masing-masing saling menyakat dan mangsa keadaan utama mereka ialah tuan rumah iaitu Yusneeda. Gadis itu memang seorang yang cukup pemalu. Umi Sakinah kelihatan ceria. Ceria menerima kunjungan kami empat sahabat yang merupakan sahabat kepada anaknya Yusneeda. Dia bersyukur kerana anak gadisnya tidak salah pilih kawan. Semuanya kelihatan baik dan lahir dari keluarga yang baik. Walaupun badannya tidak berapa sihat namun digagahi juga dirinya untuk turut melayan kerenah gadis-gadis tersebut. Selain untuk mengenali mereka dengan lebih dekat, jauh di sudut hati Umi Sakinah beliau ingin menitipkan kemesraan antara mereka. Padanya, gadis seusia mereka perlu diberikan lebih perhatian kerana jiwa mereka mula memberontak dan merasai tekanan hidup.
Keceriaan terlukis di wajah masing-masing. Di pagi yang hening itu kelihatan lima orang gadis bersantai di taman bunga Umi Sakinah. Aku bersama empat sahabat yang lain iaitu As, Liesah, Kak Pah @ Nazifah dan makcik @ Ainie Latif. Kami berhalaqoh di situ sambil menikmati sarapan. Setelah masing-masing memperdengarkan ayat hafazan kami girang menasyidkan lagu akrab persahabatan. Syafeeqa adik As kelihatan kagum dengan ukhwah yang terjalin antara kami.
Bersambung…
Ujian atau Musibah?
6 years ago
No comments:
Post a Comment