Monday, August 3, 2015

b.e.l.a.j.a.r

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله 
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang Allah beri kerana masih diberi peluang untuk terus hidup. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. 
Masih meniti semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu dan hamba Allah, insyaAllah.


Tamat satu semester pengajian, aku masih lagi termangu-mangu. Masih tidak yakin dengan diri sendiri apabila dikelilingi mereka yang hebat-hebat. Bila orang kata "huntungla belajar tinggi, awak pandai..." aku tak fikir macam tu sebab aku rasa orang yang sambung belajar ni bukan sebab dia pandai, tapi dia punya kesungguhan untuk belajar dan terus belajar. 

Kesungguhan itu yang cuba untuk aku pertahankan supaya terus bersemangat memegang title sebagai seorang pelajar (eceh). Krisis diri yang sentiasa menghantui perlu aku nyah jauh-jauh. Pesan Dr. "You should proud to yourself. Think what you can do and perform it..."

Belajar untuk hidup sederhana. 
Belajar untuk tidak cemburu dengan orang lain. 
Belajar untuk sentiasa bersyukur. 
Belajar untuk sentiasa menghargai. 
Belajar untuk mengambil peluang. 
Belajar untuk mengenal potensi diri. 
Belajar untuk suka dengan apa yang kita buat. 
Belajar mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik semua perkara. 
Belajar merasai nikmat ujian dariNya. 

Belajarlah semua itu untuk kau dan aku rasa dekat dengan Allah.

19 Syawal 1436H
12.23 a.m.
Bilik Persatuan Siswazah FPI, UKM



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...