"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."
- "Bestnyer dapat makan kat canselori!"
+ "Kenapa? Lauk sedap?"
- "Takla... best dpt tgok ramai ustaz-ustaz kt sini. sejuk mata memandang. Untungnya awak kan?"
Allahu Akbar. Hampir tersembur air di mulutku mendengar jawapan daripada sahabat sekolej. Si dia hanya tersenyum simpul. Aku juga tersenyum. Beruntungkah? Hari-hari dapat melihat panorama ini. Panorama si muslimin berkopiah putih dan si muslimat bertudung labuh.
❀ KITA QUDWAH MEREKA ❀
Bila ana fikirkan semula rasa juga beruntungnya berada di Fakulti Pengajian Islam (FPI) ini lebih-lebih lagi apabila dikelilingi mereka yang betul-betul membudayakan ilmu dan hidup bersunnah. Rasa bahagia. Namun ada segelintir dalam kalangan kita tidak ambil peluang ini. Peluang berada di majlis-majlis ilmu, menghadiri program-program ilmiah dan diskusi agama malah ada yang tidak cakna langsung tentangnya. Alangkah ruginya bukan? Lagi rugi apabila kita tidak mengambil peluang untuk mengislahkan diri dalam biah yang solehah ini. Biah yang mana kita dapat peluang mendengar nasihat dan bimbingan oleh para asatizah dalam kalangan pensyarah-pensyarah kita. Biah yang mana kita berpeluang membuka kitab-kitab turath (lama) dan mengkaji kitab-kitab ulama' muktabar. Subhanallah, indahnya hidup ini!
Tiba-tiba teringat bait-bait hikmah para masyaikh al-kiraam beberapa bulan lepas dalam satu majils ilmu. Suka untuk ana kongsikan dengan sahabat-sahabat semua...~❀
♥ Beruntunglah kita krn telah terpilih utk mempelajari Sirah Nabawiyah krn kata syiekh: "Mereka yang tidak pelajari Sirah Nabawiyah adalah mereka yang gagal dalam kehidupan kerana mereka tidak dapat berhadapan dgn masalah itu mengikut sunnah Rasulullah..."♥ Beruntunglah kita krn telah terpilih utk mempelajari bahasa arab krn penyampaian para masyaikh sgt terasa zuqnya jika kita mampu memahami & menghayati bait2 mereka. Namun apakah daya, diri ini masih baru belajar, terpaksa menggunakan translater utk memahami mutiara hikmah masyaikh al-kiraam.
♥ Rasa sgt bahagia krn dpt menatap wajah-wajah para masyaikh & ulama' dunia. Subhanallah, tawadhu'nya mereka bkn hanya terpancar di wajah ttp pada bicaranya & pergaulan mereka. Rindu menjengah kepadamu Ya Rasul, Lau kana bainana al-habib~
♥ Kata al-Habib, "Mereka yang mencintai majlis ilmu & majlis zikir, dia berbeza dgn orang kebanyakan krn dia lebih dewasa dalam menjalani kehidupan..."
♥ "Kebangkitan Islam itu bukan hanya kebangkitan para ulama' tetapi ianya disokong oleh para pemerintah..."
♥ "Aku tidak pernah berasa bahagia sebahagia hari ini. Maka Ya Allah, saksikanlah di mana aku berada dalam kalangan orang yang aku cintai. Ya Allah, berikanlah cintaku kpd mereka. Maka kelak kumpulkanlah aku bersama mereka walaupun solat & ibadahku tidak seperti mereka..." ~Anas ibnu Malik~ (Doanya ketika berkumpul dgn Rasulullah & para sahabat)
Ayuh sahabat2, semaikan cinta kpd Rasulullah & jom hidup bersunnah! ~ ❀ إحيأ سنة رسول الله ❀
Andai diri ini leka & lupa mencintai baginda Rasulullah saw tolong ingatkan ya,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Alhamdulillah wa syukur lillah.
Allahu Ta'ala A'alam wa tabarakallah...~
No comments:
Post a Comment