Saturday, February 25, 2012

Mujahadah Cinta

Aula masih tertunggu-tunggu kalam dari abahnya. Dari tadi masih tidak bersuara. Hatinya berdebar-debar namun dia pasti ini mesti pasal taqdim lelaki kepadanya. Dari raut wajah abahnya, dia sudah maklum tentang itu.
“Kak… ada seorang lelaki soleh taqdim kakak melalui abah.”
Aula tidak terkejut kerana dia sudah menjangkakannya. Tapi siapa? Siapakah lelaki yang dikatakan soleh oleh abah itu? Dia malu untuk bertanya tapi akhirnya digagahkan jua.
“Siapa bah?”
Aula mengangkat muka. Matanya tepat memandang abahnya. Tidak sabar untuk menanti kalimah yang seterusnya.
“Ustaz Abdullah Muhaimin…”
Aula terkedu. Terdiam dia. Tidak disangka seorang imam yang disegani dan dihormati di tempatnya itu menyunting dirinya yang serba kekurangan. Agak lama kemudian barulah dia bersuara.
“Abah, maafkan kakak… Kakak masih lagi nak belajar. Bukan niat kakak nak tolak lelaki soleh macam ustaz bah, tapi...”
“Tapi apa kak? Kakak tak suka pada Ustaz Muhaimin? Cinta boleh datang selepas itu kan? InsyaAllah pasti ada barakahnya dan banyak manfa’atnya kalau kakak mendirikan baitul muslim dengan ustaz. Bukan hanya pada kakak, keluarga tapi pada masyarakat.”
Aula hanya diam. Sampai ke situ fikiran abahnya. Ya… dia tahu mungkin dirinya itu mampu untuk menjadi sayap kiri perjuangan Ustaz Abdullah Muhaimin tapi hatinya. Hatinya tidak ada untuk Ustaz Muhaimin.
“Kakak nak tunggu lelaki yang bagaimana lagi?”
Pertanyaan abahnya dijawab dengan pertanyaan juga.
“Tapi kan kakak muda lagi bah? Banyak lagi benda yang kakak nak buat dan impian yang belum tercapai.”
“Abah tidak memaksa. Tapi, abah suka sangat dengan Ustaz Muhaimin. Abah yakin dia dapat menjadi pelindung untuk anak kesayangan abah ni. Abah dah tak risau dah kalau kakak kahwin dengan ustaz. Pastinya dia mampu menjaga kakak dengan baik. Ustaz pun tidak akan menghalang kakak untuk belajar jika itu kehendak kakak. Abah sudah bincang perkara ni dengannya…”
“Bah…” Aula sudah memegang lengan abahnya tanda memohon simpati.
“Atau kakak sudah ada pilihan lain? Abah kenal anak abah, bukan kakak tidak bersediakan? Cuma hati itu…”
Dr. Amr Dzukran langsung tidak memberi peluang untuk anak gadisnya berbicara.
“Apa-apa pun malam ni ustaz nak datang ziarah. Kita buat ta’aruf dulu ya…”
Aula hanya diam. Tidak berani dia untuk menentang mata abahnya tika itu. Sungguh dia takut. Dalam usia semuda 21 tahun, mampukah dia menjadi seorang isteri untuk seorang lelaki yang cukup hebat. Disegani dan dikenali dalam masyarakatnya. Mungkin bagi sesetengah akhowat usia itu sudah dikira matang, lagi-lagi dia merupakan wanita yang ditarbiyah. Dia juga sudah menghafaz 30 juzu’ al-Quran. Namun Aula tidak beranggapan begitu kerana dia masih ada satu impian yang belum dicapainya. Impian dan hasrat yang menjadi rahsia dari sesiapa kecuali Dia Yang Maha Mengetahui. “Malam ni” Erm, pastinya sudah tiada lagi kompromi untuk dia mengelak.
“Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk diriku dan agamaku…”
Sungguh-sungguh Aula memohon. Dia tidak mahu mengecewakan hati sesiapa. Ketukan pintu dan suara seseorang memberi salam mendebarkan hati Aula. Lemah lutut dibuatnya. Umi yang sejak tadi di dapur masih lagi tersenyum. Bahagia… Dia serba-salah. Tidak tahu apa yang patut dibicarakan pada Ustaz Muhaimin nanti.
Setelah Ustaz Muhaimin makan malam bersama keluarga Aula, mereka diberi peluang oleh Dr. Amr Dzukran untuk berbicara dari hati ke hati.
“Assalamualaikum Ustazah Aula’. Keifhal?”
“Waalaikumussalam. Hamdalah khoir… Ustaz?”
“Alhamdulillah khoir. Maafkan ana jika ana terlalu terburu-buru. Ana tidak memaksa ustazah. Cuma sekadar ingin ustazah tahu yang ana berhajat untuk jadikan ustazah sayap kiri perjuangan ana.”
Tanpa orang tengah Ustaz Abdullah Muhaimin terus melafazkan tujuan kedatangannya.
“Ustaz maafkan ana, ana belum bersedia.”
“Tidak mengapa Aula. Ana pun tidak memaksa. Ini hanyalah ta’aruf dan ana tidak akan paksa Aula’ untuk menerima ana. Keputusan itu ada pada Aula’ kan? Jikalau kita tidak berkahwin pun, silaturrahim ini tetap terjalin kerana kerana kita sesama muslim adalah bersaudara.”
Ustaz Abdullah Muhaimin bijak menyusun kata. Sebagai lelaki dia perlu mengawal emosinya juga bersikap rasional.
“Tapi ustaz… derhakakah ana? Ana mungkin tidak berhak untuk menolak lamaran ustaz. Ustaz adalah lelaki yang cukup baik. Tapi ana. Mungkin tidak layak untuk menjadi sayap kiri ustaz, banyak khilaf dan banyak lagi yang perlu ana pelajari. Betul kata abah, mungkin ana tidak dapat mencari lelaki seperti ustaz.”
“Aula’ belum bersedia atau sudah ada hati pada orang lain? Maafkan ana. Dalam soal hati dan perasaan ana cukup berterus terang. Ana harap ustazah faham…”
Aula tunduk. Pandai betul Ustaz Muhaimin membaca isi hatinya. Tapi sebenarnya ada lagi satu rahsia besar yang masih dia simpan. Bukan soal jodoh, bukan soal hati dan perasaan.
“Ustaz… ana tak boleh tipu diri ana sendiri. Walaupun ana tidak pernah berjumpa dengan dia setelah kami habis sekolah di Ma’ahad dulu tapi hati ana cenderung untuk memilihnya. Maafkan ana, ana sedang menunggu seseorang.”
Betapa luluh hatinya mendengar jawapan daripada gadis itu. Memang Aula cukup berani dalam mempertahankan haknya. Itulah yang dikaguminya. Walaupun masih muda, fikrahnya jelas dan dia yakin Aula’ mampu menjadi sayap kiri perjuangannya. Cuma, soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Jikalau Aula bukan untuknya, pasti ada mujahid lain yang lebih layak untuk seorang mujahidah sepertinya.
“Mungkin dia tidak sehebat ustaz dan dia juga tidak pernah memaksa ana untuk menerimanya. Mungkin juga tidak tahu yang ana sedang menunggunya, sudah lama kami terputus hubungan.”
Aula menjelaskan apa yang terbuku di hatinya. Merah padam mukanya menahan malu. Malu dengan Ustaz Abdullah Muhaimin, Malu dengan ahli keluarganya dan yang paling utama ialah malu dengan Allah.
“Allah ustazah. Ana bukanlah siapa-siapa untuk dikatakan hebat. InsyaAllah ana yakin lelaki pilihan enti juga seorang yang soleh dan jelas fikrah Addinnya. Ana yakin Aula tidak silap dalam membuat pilihan. InsyaAllah mohon nusrohNYA untuk itu.”
Ustaz Abdullah Muhaimin cuba berlagak tenang. Hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa kecewanya dia. Aula juga melayan perasaannya tika itu. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ustaz Muhaimin satu ketika dulu,
"Siapa nak jadi Ahli Allah syaratnya kena hafaz Al-Quran dan antara kelebihan orang yang menghafaz Al-Qur'an di dunia ialah Allah akan pelihara dirinya dr segala perkara yg tak baik, wajahnya berseri walaupun tak cantik, akan dianugerahkan pasangan yg soleh, orang yg melihatnya akan berasa tenang dan orang lain tidak akan sampai hati untuk berbuat jahat padanya..."
Akan dianugerahkan pasangan yang soleh? Adakah Ustaz Muhaimin tu memang ditakdirkan untuknya. Hatinya berbelah bagi. Lelaki di hadapannya bukan calang-calang orang. Aula beristighfar. Dia cuba untuk mestabatkan hatinya. Dia yakin dengan mimpi-mimpinya kerana sudah berkali-kali dia beristikharah. Kini dia mengikut fatwa hati, fatwa hati yang membuatkan jiwanya tenang. Dia tahu, dia telah mengecewakan Ustaz Abdullah Muhaimin, abahnya dan juga keluarganya. Dalam masa yang sama, dia juga merasakan lambaian Bumi Damascus semakin dekat dan menggamit-gamitnya dari jauh. Dalam tidak sedar, akhirnya dia mengambil surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Syria di peringkat degree yang terletak di atas meja. Ditatapnya lama kemudian dihulurkan kepada Ustaz Muhaimin.
“Ustaz, sebenarnya surat tawaran ni baru ana terima petang tadi. Abah pun belum tahu tentang perkara ni sebab abah memang suruh ana sambung belajar di sini saja. Ana perlu masa yang sesuai untuk berbincang dengan abah mengenainya. Bukan tidak bagus untuk sambung di sini saja, banyak manfa’atnya. Cuma hati ana terlalu rindukan Bumi Anbiya’ itu. Ana ingin selusuri sirah nabawiyyah dan kegemilangan tamadun Islam di sana. Ana ingin bertalaqi dan menadah kitab di jami’-jami’. Sudah lama ana tunggu untuk menggapai impian dan cita-cita itu. Maafkan ana ustaz, bukan kerana ana tunggu siapa-siapa tapi kerana ana teramat rindukan bumi itu.”
Air matanya yang ditahan akhirnya tumpah juga. Aula tahu dia sangat mementingkan diri namun demi harapan dan cita-cita yang menggunung digagahkan dan dikuatkan hatinya juga. Apakah daya, mujahadah cintanya masih belum berakhir. Cintanya pada ilmu Allah menuntut kakinya untuk menjejaki bumi itu dan dia fikir jika dia menerima Ustaz Muhaimin pastinya impiannya akan terkubur begitu sahaja. 

9 comments:

Miss. ciku_cika said...

salam alaik. hebat lah penceritaan cerpen akak ni.. pengalaman ker??
hehe..keep writing~

Kaeyl said...

Allah...cita-cita dan cinta.. manusia sentiasa berbelah bagi untuk memilih yang mana satu.. namun, yakinlah dengan Allah..maka Dia akan tetapkan yang terbaik untuk kita.. :)

haru_maki said...

Subhanallah.,,nak baca lagiiiiii~

kiwi_baek! said...

alaaaaa.... mana lagi... dah habis dah ke???

sue said...

seronok,kak dijah...
:)))

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

miss ciku_cika> wslm. erm baru belajar dik. insyaAllah doakan ya moga terus tsbat.pglman? berangan kot~hi2 pglmn sorg shbt^__^

Kaeyl> Allah Maha TAhu utk stp hamba2Nya~

haru_maki> sambungan?kna ada pglmn dlu.... ^__^

kiwi_baek!> bgla idea utk akk smbung, biiznillah

sue> ap yg seronok tu? pglmn akhowt urdun lg best2.meh la share ngn kmi kt cni^__^

Nasirah noor said...

Subhanallah...ana nk like banyak2 kali.....:)....comel la jalan ceritanye....bertuah akhowat tu kan..:)

motivasi5k said...

Tahniah! Boleh buat novel ni...

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Nasirah noor> adkh ukhti akhowt itu? nntikan, insyaAllah mudah2an ya ^__^

motivasi5k> mohon doanya ya tuan motivasi5k, dlm proses insyaAllah. kena belajar lg ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...