Friday, July 22, 2011

RiNDu NaK..........

Bi bismillah wa Astrghfirullah 'ala kulli zanbin...

Selasa lalu, ana ke sekolah SMKA Simpang Lima bersama sebahagian teman-teman seperjuangan menziarahi guru2 dan warga sekolah serta mengambil sijil STPM. Allah... hati ini betul2 diselubungi rasa rindu. Rasa lain pulak bila melihat kelas yang telah bertukar wajah juga mereka yang  berada di dalamnya, bila melihat adik2 yang sibuk dengan tugas mereka ish, jeles sungguh...

Mula-mula macam biasalah pastinya bilik Badar yang akan menjadi destinasi pertama untuk berjumpa dengan Us kz. Ana sampai agak lewat bersama Amal yang datang dari jauh, Selekoh. Buka saja pintu, masing2 memandang ke arah kami dengan senyuman. Masliah, Mumtaz, Mek, Ida, Hamizah, Hidayah, Najwa Syakira (Kisas), Anis Zhofirah (Kisas) dan kawan Mas (Apium). Dua orang syabab Rashid dan Izwan tiba lebih lambat dari kami pada mulanya serba salah utk masuk. Ustaz macam biasa pasti tersenyum sambil melayan soalan2 kami.

"Sihat Khadijah?" 

Ustaz menyapa, mesra. Masih seperti dulu, sifat kebapaan beliau begitu terserlah.  

"Rasa macam kenduri pulak kan?" 

Kedengaran satu suara, ana pun tak berapa pasti milik siapa. Memang tersangat riuh rendah. Teringat kata2 Ust. Hatim dulu-dulu kalau kami ramai2 masuk Bilik Badar tolong ustaz buat kerja.  

"Seronoknya kalau saya ada anak2 perempuan besar2 kamu macam ni..."

Kemudian kami ramai2 menyerbu Tcr Zanariah di kelas 6 Atas Firdaus, kelas ana dulu. Seronok rasa dapat jumpa dgn adik2. Moga kedatangan kami menjadikam mereka lebih bermotivasi insyaAllah. Tika itu, teacher tengah check fail MUET junior2 kami. Malu jugak dengan mereka tapi besalah sume buat cool je. Sorang2 bersalaman dgn teacher sambil teacher tanya dapat mana dan kos apa.  Rasa macam raya je dan terukir senyuman di bibir Tcr Zana yang ana pun tak tau nak ungkapkan bagaimana.

Lepas tu, kmi masuk bilik APD. Ha... yang ini lagi gempak. Cikgu Najib yang baru bermuqaddimah dengan pelajar2 6 Atas Naim terdiam bila tengok kami sorang2 masuk sambil sengih2. Haa... memang  kami kacau cikgu nak ngajar pun. Selepas bertanya khabar sorang semi sorang,  

"Ok... sebab kamu dah kacau saya, haa tolong tutup pintu. Kita nak dengar sorang2 dapat U mana dan kos apa. Tolong ya! Inilah detik yang paling manis dalam hidup kamu, tolong kongsi detik2 yang paling gembira dalam hidup kamu ni dengan mereka." 

Kami pun ikut jelah dek tak nak menghampakan permintaan cikgu. Oh... malu jugak sebenarnya lagi2 adik2 tu tepuk2 tgn.  Cikgu Najib kalau bagi motivasi memang kow2. Apa yang terharunya di akhir pertemuan kami sebelum keluar, cikgu kata:

"Kamu tengok wajah abang2 dan kakak2 kamu yang ada kat depan ni, betapa bahagianya mereka. Kalau saya jika diberi pilihan samaada nak masuk U atau RM 50,00000 saya akan pilih nak masuk U macam mereka sebab itulah impian saya..." 

Sedang mengatur langkah ke bilik guru perempuan untuk follow teman2 yang lain. Adik-adik f1 melambai-lambai ke arah ana dan Mumtaz. Walaupun tidak pernah bersama mereka tapi mungkin pernah menjadi fasi dalam satu program utk mereka bagaikan ada tautan antara kami. Kedengaran adik2 group ana (Na'iesyulillah) melaungkan, "La Takhaf, La tahzan, innALLAHa ma'ana!" 

iaitu trademark kump kami. Isk3... terharu ana, masih depa ingat lagi. Sedang ana asyik bersalaman dengan adik2, kedengaran suara Ust Hatim bertanyakan sesuatu pada Mumtaz. Ana hanya sengih mesti ustaz tak nampak ana sebab tenggelam dikerumuni adik2, lainlah Mumtaz tinggi. Ustaz mengajak kami ke Bilik Badar utk bersembang. Rasa macam dulu2 pulak, selalu cari ustaz di bilik Badar andai ada perkara perlu dirujuk dari beliau au mengadu masalah kat Ust Kz. Ustaz masih spt dulu tenang.

"Dulu, masa kamu mula2 masuk. mukanya toya je, tak bersemangat... Semua ambil f6 sebab terpaksa."  

Kami berdua senyum je. Malu pulak bila mengenangkan waktu dulu2. Selalu ana menghabiskan masa berdua dengan Mumtaz di pondok puteri membicarakan tentang ini dan kemudiannya pasti menangis. Ermmm.. besalah wanita kan penuh emosi. Tak pun malam2 dok cot cet dgn teman sebilik masa awal2 masuk, lower 6 dulu iaitu Amal (along), Mumtaz (angah), Nani (alang), Ainur (ucu) dan ana sampai hati depa panggil ana umi sbb antara kami ana lah yg paling tua. Lawak bila ingatkan balik. Rindu nak pakai bedak sejuk mcm dulu, jadi 'radio karat', copek air teh dm  Cik Jah utk cicah biskut...Hmm rindunya!


Beberapa minit kemudian kami meminta izin untuk pergi, kami menyambung langkah utk join teman2 yang lain. Ketika itu, mereka bersama Ustzh Thuwaibah, Umi Habibah, Ustzh Thuraya dan Ustzh Buniamin. Ana  dan Mumtaz yang tiba lambat bersalaman dengan mereka.  

"Haaa Dijah, awat Umi tengok makin kurus ni, makin kecik. Tapi Dijah memang kecik pun..."
sapa Umi sambil memeluk mesra.

"haa...yeke umi, suka2!" 

Sekilas pandang pada mata Ustzh Thuwaibah, ana dapat rasakan satu perasaan bahagia seorang guru bila  melihat anak2 didiknya berjaya walaupun dulunya digelar 'Ummu Naum'.hehe... asifla ye Amal, (Amal la orang yang paling ustazah nak tau sangat dapat mana), selalu kena marah sbb tak pepare buat pembentangan, tak siap nota, asyik tak lulus memanjang dan macam2 lagi. Kemudian Umi berkata,  

"Seronoknya umi tengok hangpa semua dah nak masuk U! Umi yang rasa seronok sangat! Rasa kejap je kan?"

Kata Ustzh Thuwaibah,

"Ha... nanti kamu tunggang terbalikla nak bukak buku semula... Teringat saya dulu masa zaman2 kamu, masa mula2 masuk U dulu.Rindu pulak rasanya!" 

Masing2 tersengih. Rasa tersindir. Ustazah memang faham sangat dah fe'el kami ni. Nak bukak buku stpm pun terkial-kial, minta tolong ustazah ajarkan dulu sebelum membuat pembentangan. Hmmm.... rindu nak dengar suara ustazah. Bebelan dan nasihat yang sangat tertusuk di kalbu. Begitu juga Ustzh Buniamin, guru yg sentiasa bersemangat. dan bermotivasi. Selalu sahaja memberi hamasah bila nampak kami sume malas belajar.

Semasa di bilik guru lelaki pula, 

"Haa kamu kenapa datang lambat sangat? Kalau tak boleh kita minum-minum dulu kat kantin." 

 Kata ustaz Rahim a.k.a Ketua Warden kami sambil menyeluk-nyeluk poket dan melihat jam tangan. Mungkin niat beliau untuk belanja kami. Rindu pulak nak ustaz belanja makan. Rindu nak  ustaz buat annoncement dengan nadanya, "Perhatian kepada semua exco asrama 09/10, sila ke urusetia sekarang juga kerana ada mesyuarat tergempar." 

Sudahnya... ustaz bagi kami makan. Rindu nak kena denda macam dulu  berdiri kt tgh jalan smpai pukul 2.00 pagi. Hehe.

"Mumtaz nanti boleh ganti Ust. Rizalman Quran Sunnah, Khadijah ganti Ust Bahar Bahasa Arab...."

Kami berdua hanya menguntum senyum sambil meng'amin'kan kata2 ustaz. Mudah-mudahan kami semua diberi kefaqihan dalam menuntut ilmu Allah seperti guru-guru kami.

Ya! Ust Bahar... Ustaz dah takde kat sekolah. Bila ana pandang tempat duduk ustaz hari tu yang dah diganti dengan guru lain, sedih pilu hati ini. Banyak kenangan di situ. Guru yang scr tidak langsung memberi motivasi terus menerus sepanjang permusafiran ana di sini. Dulu, kalau jumpa ustaz nak tanya soalan mesti kena speaking arab, tapi ana malula nak speaking ngn ustaz sudahnya sengih2 je sambil cakap bahasa melayu. Nasib baikla ustaz layan jugak lepas tu ustaz pun kata "Khadijah...Khadijah..." dengan loghat jawanya. erm... rindu nak ustaz panggil macam tu.  

Sorang lagi guru lelaki yang berjaya ana tumpahkan air mata selain Ustz Bahar adalah Cikgu Sabar, guru ekonomi ana. Rasa sedih juga sebab tak dapat bertemu dengan beliau, guru yang sangat memberi semangat kepada ana sewaktu ana rasa 'down' sangat satu ketika dulu. Guru yang sentiasa mengambil berat akan pelajar2 beliau terutama kami puteri2 eko yang seramai 7 orang itu. Alhamdulillah... semuanya mendapat tawaran ke USIM kecuali ana dan Amira di UKM. Tapi mungkin cikgu agak terkilan krn tidak ada sorang pun antara kami yg dpt kos ekonomi. Minta maaf ya cikgu! Cikgu Sabar juga lah yang membuatkan ana serba-salah dan menangis utk drop subjek ekonomi sewaktu awal tahun upper 6 gara-gara ada ura-ura yang mengatakan kami hanya dibenarkan ambil 4 subjek sahaja. Beliau punya cara tersendiri hinggakan ana tengok muka cikgu ktk itu pun dah berjuraian air mata ana.

Setelah itu, kami turun bawah ke bilik Ustzh Fitri utk bertemu dengannya. Oh seri pengantin masih belum hilang ditambah pula khabar membawa 'orang baru'. Wah2 ustzh, barakallahuma! Suka kami menyakat ustazah... Almaklumlah bila dah dewasa ni faham banyak sikit kan... Walaupun ustzh tidak mengajar kami tapi mugkin jarak beliau yg tidak jauh dan haluan kami yg sama membuatkan kami serasi dan berasa lebih dekat. Sebelum tu, ana dan Mumtaz ditahan adik2 f3,  

"Akak, ada kawan kitorang mimpi jumpa akak berdua, akak datang sekolah..." 

Hamdan wa syukurillah... kami diberi peluang utk ziarah bumi Spg 5 yg meninggalkn plbg rasa dan kenangan walaupun hanya sempat bermukin selama setahun setengah sahaja. Sempat juga Cg Rudzanah mengambil gambar ana dan Mumtaz dgn adik2 sbg kenangan.  

"Cikgu... jangan lupa masuk dlm majalah sekolah ya!"

Subhanallah... Alhamdulullah... Allahu Akbar! Melihat senyuman lebar Ust Kz, Ust Hatim, Cg Najib, Cg Osman Cikgu Aziz, Cg Nazir, Ust Rahim, Ustzh Thuwaibah, Ustzh Buniamin, Tcr Zana, Tcr S.Falinda,  Ustzh Salmah, Ustzh Thuraya, Ustzh Fitri, Cg Rudzanah dan guru2 yang lain. Ana pula yang sebak. Jazkaumullah khairan jazak ats bantuan, tunjuk ajar dan doa  kalian! Terlukis kebahagiaan di wajah mereka. Dari anak mata mereka, tergambar satu impian dan harapan semoga kami semua menjadi manusia berguna untuk agama, bangsa dan negara. Biiznillah, insyaAllah...

Oleh itu, kepada pelajar2 ex-SMKASL yang sedang bercuti pergilah ziarah guru-guru terutamanya buat adik2 f5 tahun lepas. Sesungguhnya kedatangan kalian sangat2 ditunggu-tunggu oleh mereka. Moga beroleh barakah drNYA...

Allahu Ta'ala A'alam...

* Bila pulakla kaki ini nak pijak sekolah 'atas bukit' ?
   Ziarah guru2 dan adik2 di sana. Rindu...
   Allah... ana perlukan kekuataan utk itu...~ 

11 comments:

husna assaedah said...

x tau la nape sedih menyayat hati baca post ni..rasa nk g skolah skrg jugak..

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

pi la una jk ada kesempatan. Ssugguhny guru2 kita masih setia d sana berjuang mendidik anak bangsanya & kita, sesekali ziarahlah mrk past mrk gembira...~

Adik2 pun rindu kt k una tu!

haru_maki said...

wah..rasa macam nak nangis je! nak balik sekolah!!!!

itqansyabiq said...

nabila msih ada masa lg kn sblm flight ke mesir? luang2kanlah...he

Lia said...

k. dijah,, ari tu jump x smpt nk ckp ape2 sbb m'gelabah n pnat bru blik.. ape2 pn rndu sgt kt akak n kak mumtaz..

...:ASMA SYAZNIE:.. said...

rindu ngn kak dijah n kak mumtaz..rindu sgt2..!!

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

lia> xpela time tu lia busy letih lg. insyaAllah ade rezki kita jmpe lg... rndu nk cerita2 cm dlu kt surau, igt lg?

asma syaznie> akk pun rindu ngn adik2 akk ni. rindu sgt2 ngn kalian! uhibukum fillah jami'an...~

kiwi_baek! said...

sumpah sy pon sedih...~ rasa nk blik simpang lima~~ sliss mmg penuh dgn kasih syg.... jom kawan2...cuti sem pgi sekolah~

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

fath> kasih syg yg dipupuk dgn setulus hti krn Allah pastinya membuahkn memori yg sgt indah utk dikenang...~

sue said...

wawawa..akk!!rndu akk..
rndu simpang lima..
rndu ckgu:)

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

rindu iela jgk!!!
Akk hrp sgt dpt turun airport hantar antum nnt.
Allah yusahhil 'alaykum...~

Ziarahlah skolah sblum pi jauh...he

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...